Winamp Logo
Keluar Sekejap Cover
Keluar Sekejap Profile

Keluar Sekejap

Malay, Political, 1 season, 108 episodes, 5 days, 23 hours, 17 minutes
About
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.
Episode Artwork

Najib & Tahanan Rumah?, Rationalisasi Subsidi, Akaun 3 KWSP, PM Baharu Singapura

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 104 antaranya membincangkan jawapan PMX dalam interview bersama Bloomberg di Qatar tentang rasionalisasi subsidi dan tahanan rumah Bossku. Episod ini turut membincangkan penstrukturan semula Akaun KWSP. Keluar Sekejap turut mengulas tentang Perdana Menteri Singapura yang baru mengangkat sumpah pada rabu yang lepas. Bacaan Pilihan Minggu Ini (Read of The Week) KJ : The Edge May 13 - Chipping in to move the ENE value chain SH : Talking to my daughter by Yanis Varoufakis Tontonan Pilihan Minggu Ini (Watch of The Week) KJ : https://youtu.be/wRAQezn85tw?si=6jbzPRpzjcTet14o SH : The Stranger https://www.netflix.com/my-en/title/81621414 Statistik Pilihan Minggu Ini (Stats of The Week) KJ : https://news.online.ua/en/russia-china-economic-friendship-could-rattle-the-world-ft-878503/ SH : https://www.worldairportawards.com/worlds-top-100-airports-2024/ Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
5/17/20241 hour, 42 minutes, 4 seconds
Episode Artwork

Post-Match Analysis PRK KKB, Ulang Tahun UMNO Ke-78, Ranjau Sepanjang Jalan, PBB Iktiraf Palestin

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 103 antaranya membincangkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bahru yang telah dimenangi oleh Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao pada Sabtu yang lepas. Episod ini turut membincangkan tentang solusi untuk UMNO bangkit sebagai parti terbesar melayu sempena ulang tahun ke-78. Keluar Sekejap turut mengulas tentang kajian UNICEF yang bertajuk Ranjau Sepanjang Jalan serta PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
5/14/20241 hour, 9 minutes, 50 seconds
Episode Artwork

World Press Freedom Index, DSA: Pempamer Bekal Senjata Ke Israel, Belajar Tinggi Nak Ke Mana?

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 102 yang bersiaran secara langsung di UCSI University antaranya membincangkan kedudukan Malaysia yang jatuh 34 anak tangga ke tempat 107 dalam World Press Freedom Index yang disiarkan Reporters Without Borders (RSF). Episod ini turut membincangkan tentang Pempamer di DSA dan NATSEC Asia 2024 yang terlibat secara langsung membekal senjata ke Israel. Keluar Sekejap turut mengulas tentang Pengajian Tinggi di Malaysia yang juga menampilkan Professor Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah binti Tapsir, Vice-Chancellor UCSI University. Dikesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada UCSI yang telah menaja episod ini. Universiti UCSI mempunyai tawaran istimewa untuk penonton dan pendengar KS sejajar dengan pengambilan pelajar bulan Mei yang sedang berlangsung. - Pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 4A dalam SPM boleh mendapat biasiswa sebanyak 45%. Kuantum biasiswa ditentukan oleh keputusan peperiksaan dan pelajar boleh menikmati biasiswa sehingga 100%. - Pelajar yang mendaftar untuk pengambilan Mei juga akan menikmati pengecualian yuran pendaftaran sebanyak 50%. - Calon Sarjana dan PhD juga akan menikmati biasiswa pascasiswazah sehingga 50%. Hubungi Universiti UCSI dengan pautan WhatsApp ini https://api.whatsapp.com/send?phone=601135081585 *Tertakluk kepada terma dan syarat Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
5/9/20241 hour, 57 minutes, 37 seconds
Episode Artwork

MCA Akan Keluar BN?, MCA Parti Tauke, Boikot PRK KKB, MCA Bakal DAP 2.0?

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 101 yang menampilkan tetamu khas, YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong antaranya membincangkan tentang dakwaan MCA adalah parti tauke dan dakwaan MCA memboikot PRK KKB. Episod ini turut mengulas tentang hala tuju MCA jika UMNO dan Zahid Hamidi mengambil keputusan untuk bersama PH pada PRU 16 serta keberangkalian MCA bakal menjadi DAP 2.0 dengan imej baharu yang cuba dibawa oleh YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. Keluar Sekejap turut menyentuh prestasi Kerajaan Madani. Dikesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada Co-opbank Pertama (CBP) yang telah menaja episod ini. CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang patuh syariah yang merangkumi : Akaun Simpanan; Pembiayaan Peribadi; Pembiayaan Perumahan; Pembiayaan Koperasi dan Korporat; Ar Rahnu; Pengurusan Kekayaan (Takaful, wasiat, pembaharuan cukai jalan). Langgan mana-mana produk dan perkhidmatan kewangan dari CBP dan anda berpeluang untuk terpilih membawa pulang sebuah Proton S70 setiap suku tahunan melalui Kempen Hello CBP 2024. Banyak lagi hadiah boleh dimenangi dengan jumlah keseluruhan hadiah lebih rm1.5juta disediakan untuk pelanggan terpilih. Layari https://www.cbp.com.my untuk maklumat lanjut. Tertakluk pada terma dan syarat kempen. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
5/7/20242 hours, 7 minutes, 58 seconds
Episode Artwork

Gaji Penjawat Awam Naik, Microsoft : Peluang Kemahiran ≠ Peluang Pekerjaan, Temuramah KerusiSedap

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 100 yang bersiaran secara langsung di platform media sosial antaranya membincangkan kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan telah oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada sambutan hari pekerja.Episod ini turut membincangkan tentang komitmen pelaburan terbaharu berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) diumumkan Microsoft.Keluar Sekejap juga mengambil kesempatan sempena Episod 100 untuk menemuramah 6 pendengar dan penonton setia kami.Sempena Hari Ibu & Bapa, GINTELL menawarkan promosi khas terutamanya untuk peminat Keluar Sekejap. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau buat pesanan, sila hubungi Mohammad Hadi 016-661 7704 atau klik whatsapp link: https://wa.link/nv0tfkAtau boleh layari GINTELL website: www.gintell.com Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki kerusi urut!Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di [email protected].
5/4/20242 hours, 3 minutes, 42 seconds
Episode Artwork

Ekosistem teknologi negara, Jual tenaga hijau ke Singapura, UM jemput siapa tu?, PRK KKB

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 99 mengulas berkenaan penganjuran Sidang Kemuncak KL20 dalam usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi syarikat dan pemodal teroka serta penubuhan Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) bagi perdagangan bekalan elektrik hijau rentas sempadan. Episod ini turut membincangkan tentang kenyataan kontroversi pensyarah warga asing pro-Israel dalam program di Universiti Malaya, protes mahasiswa di Amerika Syarikat serta perkembangan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang sedang berlangsung kini.   Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
4/30/20241 hour, 40 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

Peranan PAC, Skandal LCS, Bersatu parti pengkhianat?, Tan Sri Muhyiddin vs Datuk Seri Hamzah

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 98 bersama tetamu khas YB Datuk Wira Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membincangkan tentang peranan PAC di Dewan Rakyat serta perkembangan terkini Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) TLDM. YB Datuk Wira Mas Ermieyati yang juga Naib Ketua Srikandi BERSATU turut berkongsikan bersama Keluar Sekejap perihal parti BERSATU termasuk berkenaan pemilihan parti, peranan PN sebagai pembangkang dan juga masa hadapan BERSATU dalam arena politik tanah air.   Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
4/25/20241 hour, 46 minutes, 56 seconds
Episode Artwork

Addendum Diraja Bossku, PRK di KKB yang ada ‘Ong’, Pembatalan PJD Link, Geopolitik 101

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 97 antaranya membincangkan tentang kewujudan Titah Adendum bagi Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara kepada tahanan di rumah dan habuan dari Kerajaan Madani menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu. Keluar Sekejap turut mengulas tentang anggaran ekonomi Malaysia suku pertama 2024, program kepakaran perubatan parallel pathway serta keputusan Kerajaan Madani membatalkan projek PJD Link. Keluar Sekejap juga menyentuh tentang konflik berterusan Iran dengan Rejim Zionis dan kegagalan Palestin menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di [email protected].
4/22/20241 hour, 25 minutes, 37 seconds
Episode Artwork

Genosid Gaza: Fakta di Lapangan, Pengalaman Misi Perubatan MSF

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 96 menampilkan tetamu khas iaitu Dr. Yuko Nakajima dan Paul McPhun dari Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) yang merupakan kumpulan petugas bantuan perubatan yang melaksanakan misi kemanusiaan di negara-negara yang mengalami konflik, wabak penyakit serta bencana alam dan manusia. Episod ini membincangkan tentang misi bantuan perubatan MSF di Palestin yang telah bermula semenjak tahun 1989 selain kedua-dua tetamu berkongsi pengalaman dan gambaran sebenar keadaan terkini di Semenanjung Gaza susulan genosid terbaharu Israel ke atas penduduk Palestin yang telah berlangsung sejak lebih 6 bulan yang lalu. Episod ini dijalankan dalam Bahasa Inggeris dengan pilihan sarikata Bahasa Melayu. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
4/19/20241 hour, 9 minutes, 27 seconds
Episode Artwork

7 ‘Katak’ BERSATU, Reformati 25 Tahun?, Zafrul Tikam UMNO Selangor?, Iran vs Rejim Zionis

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 95 antaranya membincangkan tentang kebarangkalian 7 pilihan raya kecil susulan pindaan perlembagaan parti Bersatu yang telah diluluskan oleh ROS dan perpaduan negara yang semakin rapuh akibat isu kalimah Allah yang belum reda. Keluar Sekejap turut mengulas tentang perjalanan reformasi PKR sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya dan keadaan dalaman UMNO Selangor termasuklah berkaitan peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai Bendahari UMNO Selangor. Keluar Sekejap juga menyentuh tentang konflik Iran dan Rejim Zionis. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
4/16/20241 hour, 28 minutes, 14 seconds
Episode Artwork

Aidilfitri Serata Dunia, Pengumuman Khas KS, Isu PADU

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 94 Edisi Khas Raya antaranya telah membincangkan refleksi episod bersama YB Anthony Loke dan isu yang berbangkit tentang sistem PADU yang baru sahaja tamat tempoh pendaftarannya. Keluar Sekejap juga mengulas tentang suasana sambutan Aidilfitri di negara luar disertakan video disediakan khas oleh rakan-rakan yang berada di Luar Negara. Keluar Sekejap turut mengumumkan Jugador TV sebagai Ahli Baharu KS. Dikesempatan ini Keluar Sekejap ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]. Kredit Video : Kaherah, Mesir Muhammad Najmi Rosni dari Badan Perhubungan Cairo Osaka, Jepun Muhammad Ammar Azman dari Malaysian Students Association Japan (MSAJ) Irbid, Jordan Muhammad Kamar Hazim dari Mahasiswa Malaysia Irbid Sydney, Australia Muhammad Syahir Supian dari Badan Perhubungan Sydney London Afzaal Mauthor
4/8/20241 hour, 36 minutes, 20 seconds
Episode Artwork

DAP Gadai Ideologi?, PM Daripada DAP, Evolusi Malaysian Malaysia

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 93 yang telah menampilkan tetamu khas, YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan antaranya telah menelusuri perjalanan hidup beliau Keluar Sekejap juga mengulas tentang cabaran di Kementerian Pengangkutan serta transformasi pengangkutan di Malaysia. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang ideologi DAP, hubungan PH-BN, PM daripada DAP, serta pengaruh Dinasti Lim dalam DAP. Dikesempatan ini Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada AirAsia MOVE kerana telah menaja episod ini. What is AirAsia MOVE? ● Newest online travel agent, one-stop travel platform business of Capital A ● A complete end-to-end travel booking experience ● Provides products and services ranging from flights from 700 global carriers, 900,000+ hotels, ride-hailing, insurance, duty-free shopping ● Ecosystem backed by robust loyalty program, airasia rewards for members to earn, redeem airasia points ● Leverages its digital ecosystem with MAU of 15 million and 12 million downloads Layari https://www.airasia.com/en/gb untuk maklumat lanjut atau muat turun aplikasi AirAsia MOVE di Apple Store, Google Play atau App Gallery. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
4/5/20242 hours, 9 minutes, 42 seconds
Episode Artwork

Isu Stoking, SUKOM 2026, Gaza Update, Serangan di Moscow

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 92 antaranya membincangkan isu panas iaitu stoking yang tercetak kalimah Allah yang dijumpai di KK Mart pada minggu lepas.Keluar Sekejap juga menyentuh tentang keputusan Malaysia tolak penganjuran Sukan Komanwel 2026, perkembangan terkini di Gaza dan serangan pengganas di Moscow.Keluar Sekejap turut berkongsi tentang statistik, bacaan dan tontonan pilihan mereka bagi minggu ini.Statistik Pilihan Minggu Ini :KJ : https://www.economist.com/science-and-technology/2024/03/19/ai-models-can-improve-corner-kick-tactics SH : https://www.sinardaily.my/article/197149/focus/national/malaysians-spend-almost-20-hours-a-week-on-social-mediaBacaan Pilihan Minggu Ini :KJ : https://amzn.eu/d/aNd6z5zSH : https://www.middleeasteye.net/opinion/war-gaza-israel-all-signs-point-strategic-defeatTontonan Pilihan Minggu Ini :KJ : https://g.co/kgs/cWx1pgiSH : https://youtu.be/Abo5heb9clI?si=oH2ZlMkFp9fsNjHnhttps://youtu.be/9LlohFkpoy8?si=V-tJBXp4xElPCfFuhttps://youtu.be/3HHyxzEdu4g?si=Rp59CqlgXqUsTQVgBagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di [email protected].
3/26/20241 hour, 29 minutes, 11 seconds
Episode Artwork

Isu Kewarganegaraan, Reformasi Ke Mana?, Prestasi Madani, Biawak Hidup

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 91 yang telah menampilkan tetamu khas, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri antaranya telah membincangkan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berhubung Perkara Kewarganegaraan yang bakal dibentangkan pada hari esok, 25 Mac 2024. Keluar Sekejap juga mengulas tentang Reformasi, Prestasi serta Keserasian Kerajaan Madani. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang Pengecualian Usul Perhimpunan Agung UMNO, Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) 2012 & Akta Hasutan 1948. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
3/24/20242 hours, 8 minutes, 1 second
Episode Artwork

Kelantangan PMX Pertahan Palestin di Jerman, Pendedahan T.Menteri Kesihatan : Pengaruh “Big Tobacco”

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 90 antaranya membincangkan refleksi episod lalu yang menampilkan tetamu khas, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri, Menteri Besar Terengganu. Keluar Sekejap juga menyentuh tentang kelantangan dan ketegasan PMX mempertahankan Palestin di Jerman serta pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan tentang pengaruh para pemain industri rokok serta produk merokok atau “Big Tobacco” ke atas pengguguran GEG. Keluar Sekejap turut berkongsi tentang statistik, bacaan dan tontonan pilihan mereka bagi minggu ini. Statistik pilihan Shahril : https://milkeninstitute.org/sites/default/files/2024-03/GlobalOpportunityIndex2024240301.pdf Statistik pilihan KJ : https://www.channelnewsasia.com/commentary/inflation-economic-outlook-instant-noodles-ramen-demand-4194896 Bacaan pilihan Shahril : https://twitter.com/GreyPhiri82/status/1742227287892803855?s=19 Bacaan pilihan KJ : https://yaqeeninstitute.org/read/paper/approaching-the-quran-through-the-names-of-allah Tontonan pilihan Shahril : https://youtu.be/lKO1dp4PM-Q?si=Vr6j69a8DwyXpKIX Tontonan pilihan KJ : https://youtu.be/fkIvmfqX-t0?si=CMzo9SQ8PU2qcEs3 #KeluarSekejap akan memberi ‘give away’ 100 pas percuma buat pendengar dan penonton setia KS, untuk seats semasa rakaman live serta berbuka puasa bersama KS di Semua House pada 24 Mac (Ahad). Dapatkan tiket sekarang di : https://www.eventbrite.com/e/keluar-sekejap-live-podcast-singgah-di-semua-by-gxb-tickets-863428075617?aff=oddtdtcreator Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
3/18/20241 hour, 29 minutes
Episode Artwork

Perjalanan Hidup Samsuri, Masa Depan PAS & PN, Prestasi Kerajaan Madani

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 89 yang telah menampilkan tetamu khas, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri, Menteri Besar Terengganu antaranya telah menelusuri perjalanan hidup beliau. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang hala tuju kerajaan negeri Terengganu serta prestasi kerajaan Madani. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang masa depan PAS dan Perikatan Nasional menuju PRU16. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
3/13/20241 hour, 39 minutes, 51 seconds
Episode Artwork

Kanak-Kanak Tanpa Kewarganegaraan, Pulangan Mencarum KWSP VS Pencen, Taylor Swift Di Singapura

Audio siar Keluar Sekejap Episod 88 antaranya telah membicarakan pindaan peruntukan kewarganegaraan di dalam perlembagaan persekutuan yang dijangka dibentangkan pada sesi parlimen kali ini.Keluar Sekejap juga membincangkan tentang perbandingan pulangan mencarum KWSP atau pulangan pencen serta kadar dividen KWSP.Keluar Sekejap turut berkesempatan menyentuh konsert Taylor Swift di Singapura yang berlangsung selama 6 hari. Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada RASAKU kerana telah menaja episod kali ini.Sejak tahun 1994, RASAKU telah menjadi nama yang dikenali dalam kalangan rakyat, menawarkan pelbagai produk masakan seperti Santan & Krim Kelapa, Kerisik dan banyak lagi. Produk RASAKU dihasilkan di bawah SOP kebersihan yang ketat dan memenuhi standard keselamatan makanan antarabangsa. Dengan teknologi terkini dan pembungkusan tradisional, RASAKU berjaya memelihara rasa asli dan memastikan jangka hayat produk sehingga 36 bulan. RASAKU terkenal dengan kualiti tulen dan kecemerlangan yang konsisten, memberikan kebaikan semulajadi kepada setiap isi rumah.Jom #sapotlokal dan dapatkan produk #Rasaku di:👉#Shopee ( https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts )👉#Lazada ( https://www.lazada.com.my/shop/rasaku-os?path=index.htm&lang=en&pageTypeId=1 )Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi team Rasaku dengan melayari laman web https://rasaku.com.my/ atau follow semua akaun media sosial Rasaku di https://linktr.ee/rasaku.my untuk dapatkan update terkini mengenai mereka.Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di [email protected].
3/7/20241 hour, 29 minutes, 34 seconds
Episode Artwork

Introducing Kindred Stories: Seeking Knowledge & Sowing Kindness

Welcome to Kindred Stories, a sister podcast Keluar Sekejap, where seeking knowledge and sowing kindness intersect. Join hosts Khairy and Shahril on a journey to explore the multifaceted experiences of Muslims around the globe. From personal anecdotes to thought-provoking discussions with influential Muslim figures, each episode delves deep into the narratives shaping our understanding of faith, culture, and humanity. Whether you seek inspiration, enlightenment, or simply a sense of connection, Kindred Stories offers a space where diverse voices unite in a quest for understanding and empathy. Tune in and join the conversation as we navigate the world together, one story at a time. Subscribe to stay updated on our latest episodes and join us in fostering a community of compassion and understanding. Subscribe and follow our socials!: Youtube Channel: https://www.youtube.com/@KindredStoriesPod FB: facebook.com/kindredstoriespod/ IG: instagram.com/kindredstories.pod/ TT: https://www.tiktok.com/@kindred.stories X: https://twitter.com/Kindredstories A big shoutout to our sponsor for the first episode: Airaz. Airaz, Founded in 2011, with more than 80,000 customers worldwide, is a Malaysian Sportswear brand focusing on Muslim Spiritual Fitness lifestyle. Airaz provides comfortable all climate wear, infusing Malaysian culture into their designs, they aim to be the first globally known Malaysian Muslim Sportswear brand, a unicorn by 2034. Check out http://www.airaz.my/ for more details!
3/5/20249 minutes, 17 seconds
Episode Artwork

Kenaikan SST, Waspada Pemikiran Khawarij, Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera

Audio siar Keluar Sekejap Episod 87 antaranya telah membicarakan Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera yang telah berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac serta Kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Keluar Sekejap juga membincangkan tentang khutbah jumaat minggu lepas yang bertajuk Waspada Pemikiran Khawarij dan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Keluar Sekejap turut berkesempatan menyentuh peraturan terhadap kawal selia rokok dan vape. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
3/4/20241 hour, 27 minutes, 56 seconds
Episode Artwork

Istiadat Pembukaan Parlimen, Reaksi PMX Terhadap Kejatuhan Nilai Ringgit, Kod Etika Wartawan

Audio siar Keluar Sekejap Episod 86 antaranya telah membicarakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-15 yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 26 Februari 2024. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang reaksi PMX terhadap kejatuhan nilai ringgit, Kod Etika Wartawan Malaysia, dan pembinaan lebuh raya PJD-Link. Keluar Sekejap turut berkesempatan menyentuh tentang isu discaj penjawat awam serta pesara kerajaan dari IJN. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
2/29/20241 hour, 19 minutes, 16 seconds
Episode Artwork

Post-Match Analysis PILPRES & PEMILU Indonesia 2024, Kejatuhan Nilai Ringgit

Audio siar Keluar Sekejap Episod 85 antaranya telah membicarakan Post-Match Analysis PILPRES & PEMILU Indonesia 2024 yang telah berlangsung pada 14 Februari 2024. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang kejatuhan nilai ringgit yang menghampiri paras terendah sejak 1998. Keluar Sekejap dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahajak Trio (MTE) yang telah menaja mikrofon SHURE untuk kami. Kepada pendengar dan penonton Keluar Sekejap yang ingin mendapatkan mikrofon SHURE, boleh dapatkan ia di Shopee melalui link dibawah dengan diskaun khas melalui Code SHUREKS : http://tinyurl.com/shp-mv7-ks Free gift premium hoodie dari SHURE juga akan disertakan bersama. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
2/22/20241 hour, 7 minutes, 30 seconds
Episode Artwork

Sedutan Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 2024 (KL PodFest 2024)

Ikuti sedutan episod khas Keluar Sekejap sempena Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 2024 (KL Pod Fest 2024) yang dibawa khas oleh Mamee Chef berlangsung pada 4 Februari lalu. Antara kelainan yang kami tampilkan pada persembahan itu termasuklah membawa penonton menelusuri sejarah Malaysia pada dekad-dekad yang signifikan, kuiz dan pemberian barangan KS kepada penonton. Topik-topik yang dibincangkan pula merangkumi peluang PAS meletakkan calon Perdana Menteri; kepentingan Sabah dan Sarawak dalam senario politik negara; penarikan diri Malaysia daripada menganjurkan perlumbaan F1 serta harapan dan pandangan KS terhadap Perdana Menteri, YAB Anwar Ibrahim. Terima kasih kepada semua penaja-penaja yang telah menaja KL Podfest 2024!
2/19/202415 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

KDNK 3.7%, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, Pencen VS KWSP, Beras Putih Malaysia Madani

Audio siar Keluar Sekejap Episod 84 antaranya telah membicarakan tentang KDNK Malaysia yang telah gagal mencapai sasaran, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bakal berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac depan serta Pencen VS KWSP. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang isu penetapan harga Beras Putih Malaysia Madani dan pendakwaan terhadap NGO Aman Palestin. Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap terus mengulas tentang genosid Israel dengan rancangan serangan besar-besaran rejim Zionis itu ke atas Rafah. Disertakan NGO-NGO yang sah dan diaudit untuk tujuan sumbangan kepada Palestin : 1. MyCare Humanitarian Care Malaysia Bhd - 8602135592 CIMB 2. ⁠Cinta Gaza Malaysia - 564810507826 Maybank 3. ⁠MERCY Malaysia - 8000792908 CIMB 4. ⁠Malaysian Relief Agency - 564098208020 Maybank 5. ⁠Viva Palestina Malaysia - 564324601324 Maybank 6. ⁠Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) - 55051097 0367 Maybank Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
2/17/20241 hour, 20 minutes, 33 seconds
Episode Artwork

Keputusan Petisyen Nik Elin, Kampung Baru Cina Jadi Tapak UNESCO

Audio siar Keluar Sekejap Episod 83 antaranya telah membicarakan isu hangat yang kini menjadi perbualan rakyat Malaysia, iaitu keputusan petisyen kes Nik Elin. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang isu Kampung Baru Cina yang ingin dijadikan Tapak UNESCO oleh YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT. Keluar Sekejap berkesempatan mengulas tentang kemerosotan ekonomi China yang mampu menjejaskan negara. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
2/12/20241 hour, 14 minutes, 42 seconds
Episode Artwork

Pengampunan Najib, Tun Abdul Taib Mahmud, Kuota 30% Wanita

Audio siar Keluar Sekejap Episod 82 antaranya telah membicarakan isu hangat yang kini menjadi perbualan rakyat Malaysia, iaitu Pengampunan 50% Dato’ Seri Najib Razak. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang legasi Tun Abdul Taib Mahmud di Sarawak. Keluar Sekejap berkesempatan mengulas tentang isu graduan asing bekerja di Malaysia dan kuota 30% wanita sebagai pembuat keputusan. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
2/8/20241 hour, 24 minutes, 51 seconds
Episode Artwork

Keberangkatan Balik Al-Sultan Abdullah, Pemasyhuran Sultan Ibrahim, Gambaran Ekonomi Malaysia 2024

Audio siar Keluar Sekejap Episod 81 yang bersiaran secara langsung pada program “Malaysia Market Outlook 2024: Propelling Malaysia Forward” dianjurkan oleh Affin Bank, antaranya telah membicarakan tentang keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke XVII. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang gambaran ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 serta pertukaran beberapa kepimpinan GLC baru-baru ini. Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap mengulas tentang Pilihan Raya Presiden AS. Di kesempatan ini, Keluar Sekejap serta para penonton mengucapkan terima kasih kepada Affin Bank kerana telah menaja episod kali ini. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
2/1/20241 hour, 37 minutes, 28 seconds
Episode Artwork

Tun Daim, Drama Politik Terkini, Laporan dri Lapagan Di Surabaya, Pencen Penjawat Awam&Ahli Politik

Audio siar Keluar Sekejap Episod 80 antaranya telah membicarakan tentang pencen penjawat awam pengambilan baharu dan ahli politik, kes Tun Daim Zainuddin dan Isterinya, serta drama politik negara terkini. Shahril Hamdan juga berkesempatan membuat laporan dari lapangan di Surabaya untuk Keluar Sekejap : Indonesia bagi siri 2. Dikesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada Joey Mattress kerana telah menaja episod kali ini. Bagi Joey Mattress, membeli tilam tak sepatutnya mengosongkan poket anda. Ingin tahu lebih lanjut? Layari https://joeymattress.com/ untuk mulakan percubaan bebas risiko anda. Jangan lupa gunakan kod diskaun eksklusif Keluar Sekejap [KS150] untuk mendapatkan diskaun RM150 pada pembelian tilam anda. Joey’s Social Media ● FB - https://www.facebook.com/myjoeymattress/ ● IG - https://www.instagram.com/joeymattress/ Joey’s Online Store ● https://joeymattress.com/ ● https://shopee.com.my/joeymattress Temui dan tonton sendiri program audio siar (podcast) kegemaran anda secara langsung di Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 24 (KL PodFest 24) pada 3 dan 4 Februari depan di PJPAC, One Utama! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan utama oleh Keluar Sekejap pada Ahad, 4 Februari. Ikuti Insta @Klpodfest untuk mengikuti jadual penuh festival yang diumumkan mulai hari ini. Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.klpodfest.com/. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau email pada [email protected].
1/27/20241 hour, 28 minutes, 55 seconds
Episode Artwork

Ketuanan Melayu, 30% Kuota Wanita, Pengalaman Menteri MITI Paling Lama Berkhidmat

Audio siar Keluar Sekejap Episod 79 yang menampilkan tetamu khas ‘The Iron Lady of Malaysia’, Tan Sri Rafidah Aziz, antaranya telah membicarakan tentang ‘world view’ beliau dengan lebih dekat serta pengalaman beliau sebagai Menteri MITI paling lama berkhidmat. Keluar Sekejap bersama Tan Sri Rafidah Aziz juga dapat membincangkan tentang konsep ketuanan melayu, 30% kuota wanita serta politik UMNO kini. Temui dan tonton sendiri program audio siar (podcast) kegemaran anda secara langsung di Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 24 (KL PodFest 24) pada 3 dan 4 Februari depan di PJPAC, One Utama! Festival dua hari ini akan turut memberi peluang kepada para pengunjung mencuba sendiri pengalaman mengendalikan sesebuah audio siar melalui bengkel-bengkel serta aktiviti menarik lain yang disusun. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan utama oleh Keluar Sekejap pada Ahad, 4 Februari. Ikuti Insta @Klpodfest untuk mengikuti jadual penuh festival yang diumumkan mulai hari ini. Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.klpodfest.com/. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau email pada [email protected].
1/23/20241 hour, 16 minutes, 8 seconds
Episode Artwork

AI Untuk Rakyat, Pekerja Asing, Pengecualian CGT, Dual Language Programme (DLP)

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 78 antaranya membincangkan AI untuk Rakyat yang dilancarkan oleh PMX pada 16 Januari yang lepas dan keputusan kerajaan tentang pengecualian cukai keuntungan modal (CGT) & Cukai Pendapatan Sumber Asing (FSI) terhadap unit amanah. Selain itu, kami turut membicarakan tentang isu pekerja asing di Malaysia serta Dual Language Programme (DLP) di sekolah-sekolah. Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas tentang kemenangan Donald Trump di Kaukus Iowa. Temui dan tonton sendiri program audio siar (podcast) kegemaran anda secara langsung di Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 24 (KL PodFest 24) pada 3 dan 4 Februari depan di PJPAC, One Utama! Festival dua hari ini akan turut memberi peluang kepada para pengunjung mencuba sendiri pengalaman mengendalikan sesebuah audio siar melalui bengkel-bengkel serta aktiviti menarik lain yang disusun. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan utama oleh Keluar Sekejap pada Ahad, 4 Februari. Ikuti Insta @Klpodfest untuk mengikuti jadual penuh festival yang diumumkan mulai hari ini. Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.klpodfest.com/. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau email pada [email protected].
1/19/20241 hour, 29 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

Kenyataan Tun M & Ngeh Koo Ham, Man On The Run, JHR-SG SEZ, Akta Parlimen Berpenggal Tetap

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 77 antaranya membincangkan tentang kenyataan Tun Mahathir dan Ngeh Koo Ham serta dokumentari Netflix: Man On The Run yang hangat diulas masyarakat sejak beberapa minggu lalu. Selain itu, kami turut membicarakan tentang Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura yang baru dimeterai memorandum persefahamannya, serta kepututusan firma Jepun yang menarik diri daripada projek HSR. Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas tentang Akta Penggal Tetap Parlimen dan isu antarabangsa iaitu, tindakan AS & UK menyerang Houthi di Yaman serta Pilihan Raya Taiwan & Bangladesh. Disertakan penulisan Shahril Hamdan berkenaan Langkah Dubai di South China Morning Post: https://www.scmp.com/week-asia/opinion/article/3248261/malaysias-dubai-move-may-have-been-mirage-no-political-detente-sight dan pautan kepada episod The Thinking Muslim mengenai adakah masyarakat Islam akan menolak Presiden Biden ekoran isu Gaza dan Houthi di https://youtu.be/VvlEhV3WGfk?si=OIkyYZ7DFlwTh_F4. Selain itu, temui dan tonton sendiri program audio siar (podcast) kegemaran anda secara langsung di Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 24 (KL PodFest 24) pada 3 dan 4 Februari depan di PJPAC, One Utama! Festival dua hari ini akan turut memberi peluang kepada para pengunjung mencuba sendiri pengalaman mengendalikan sesebuah audio siar melalui bengkel-bengkel serta aktiviti menarik lain yang disusun. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan utama oleh Keluar Sekejap pada Ahad, 4 Februari. Ikuti Insta @Klpodfest untuk mengikuti jadual penuh festival yang diumumkan mulai hari ini. Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.klpodfest.com/. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau email pada [email protected].
1/15/20241 hour, 44 minutes, 57 seconds
Episode Artwork

Langkah Dubai, Pangkalan Data Utama (PADU), 2024: Tahun Pilihan Raya

Siri pertama Keluar Sekejap bagi tahun ini iaitu Episod 76 antaranya membincangkan tentang naratif politik Langkah Dubai yang hangat dibincangkan masyarakat sejak beberapa minggu lalu. Selain itu, kami turut membicarakan isu Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini serta isu-isu antarabangsa 2024 tahun pilihan raya dan Gaza. Dikesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada VIDA Malaysia kerana telah menaja episod kali ini. Jenama minuman VIDA Zero merupakan jenama minuman tempatan baru di Malaysia. Prinsip inovasi VIDA Malaysia adalah memastikan semua produk mesti mengandungi manfaat untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna VIDA Malaysia. Selaras dengan pinsip ini, VIDA Zero dicipta sebagai minuman Tanpa Gula, Tanpa Kalori dan Tanpa Pewarna. VIDA Zero didapati dalam 6 perisa yang menyegarkan iaitu Salty Lychee, Green Apple, Original Citrus, Sakura, Lemon dan Minty Lime. Jom #sapotlokal dan nikmati kesegaran minuman buatan Malaysia, VIDA Zero di kedai-kedai berhampiran atau beli online je di Shopee dan Lazada sekarang. Untuk yang ingin menaja Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau email pada [email protected].
1/9/20241 hour, 32 minutes, 13 seconds
Episode Artwork

‘World View’ KJ & SH, Buku Dan Penulisan Kegemaran, Idea Dalam Politik

Audio siar Keluar Sekejap Episod 75 merupakan episod secara langsung di Georgetown Literary Festival, ‘Pulau Pinang’ pada 25 November 2023. Antaranya telah membincangkan tentang ‘World View’ KJ dan Shahril, buku, sastera, dunia bacaan, penulisan, dan idea. Georgetown Literary Festival adalah festival yang bermatlamat untuk menggalak wacana intelektual berkenaan isu tempatan, serantau dan antarabangsa. Ini merupakan Episod Terakhir Keluar Sekejap untuk tahun ini.Kita jumpa lagi pada 2024! Bagi yang ingin menaja Keluar Sekejap untuk 2024, mohon hubungi +601119191783 atau email ke [email protected].
12/27/20231 hour, 4 minutes, 46 seconds
Episode Artwork

PILPRES & PEMILU Indonesia 2024, Temubual Bersama Mahfud MD - Calon Wakil (Naib) Presiden Indonesia

Audio siar Keluar Sekejap Episod 74 antaranya telah membincangkan Pemilihan Umum Presiden Indonesia yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2024. Keluar Sekejap yang diwakili Shahril Hamdan juga telah turun ke Jakarta bagi membuat tinjauan terhadap situasi kempen terkini di sana. Kami teruja kerana turut berkesempatan untuk menemubual Calon Wakil Presiden untuk Ganjar Pranowo iaitu Mahdud MD. Bagi yang ingin menaja Keluar Sekejap untuk 2024, mohon hubungi +601119191783 atau email ke [email protected].
12/19/20231 hour, 18 minutes, 16 seconds
Episode Artwork

Rombakan Kabinet, Titah Sultan Johor, Konsensus COP 28, Resolusi UNGA, Refleksi KS 2023

Audio siar Keluar Sekejap Episod 73 antaranya telah membincangkan Rombakan Kabinet Madani yang telah berlaku pada 12 December 2023 yang lepas dan Titah DYMM Sultan Johor Dalam Wawancara Bersama The Straits Times Singapura. Keluar Sekejap juga telah membincangkan Konsensus yang telah dicapai pada United Nations Climate Change Conference (COP 28) dan Resolusi UNGA menuntut gencatan senjata di Gaza. Keluar Sekejap mengambil kesempatan ini juga membincangkan refleksi perjalanan kami sepanjang 2023 dalam dunia Audio Siar. Keluar Sekejap ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua penonton dan pendengar yang telah memberikan sokongan yang cukup bermakna buat kami. Sesungguhnya, tanpa kalian semua, mustahil Keluar Sekejap akan berada di tahap ini. Rakaman Episod 73 ini merupakan rakaman yang terakhir Keluar Sekejap untuk tahun ini. Namun, akan ada dua episod bonus bakal disiarkan nanti yang telah dirakam lebih awal! Untuk yang ingin menaja Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau email pada [email protected]. Jumpa lagi pada 2024!
12/15/20232 hours, 3 minutes, 10 seconds
Episode Artwork

PRK Kemaman, ⁠Drama Terkini UMNO, Lim Kit Siang : Impian Malaysia, COP 28

Audio siar Keluar Sekejap Episod 72 antaranya telah membincangkan Keputusan PRK Kemaman yang telah dimenangi oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, pemecatan Isham Jalil daripada UMNO dan kenyataan Lim Kit Siang tentang Impian Malaysia. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan United Nations Climate Change Conference (COP 28), Laporan Programme for International Student Assessment (PISA) 2022 dan keadaan terkini di Gaza. Disertakan pembentangan Laporan PISA oleh Nadiem Makarim, Menteri Pendidikan Indonesia yang dirujuk oleh Shahril : https://www.youtube.com/live/2d91H96NfMw?si=0W43NAVUq4BU_2Xh
12/9/20231 hour, 20 minutes, 42 seconds
Episode Artwork

Dari Mufti Kepada Menteri, Politik Islam, Kemajmukan Masyarakat Malaysia, Konsert Coldplay

Audio siar Keluar Sekejap Episod 71 yang menampilkan Ustaz Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mantan Menteri Agama dan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan antaranya telah membincangkan tentang perjalanan beliau dari Mufti kepada Menteri, Politik Islam secara keseluruhannya dan Kemajmukan Masyarakat Malaysia.Episod ini juga membincangkan tentang penganjuran Konsert Coldplay pada bulan lepas yang telah menjadi perbualan ramai, Perwarisan Harta Orang Islam serta Kesepaduan Negara Arab tentang Isu Palestin.Penonton dan pendengar Keluar Sekejap juga boleh memuat turun di Google Store dan Apps Store, aplikasi ‘Al-Inarah’ yang merupakan aplikasi peranti pintar pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat soal jawab kemusykilan agama yang dikendalikan oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Keluar Sekejap dikesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada UBB Amanah Berhad kerana telah menaja episod kali ini.UBB Amanah Berhad ialah sebuah syarikat amanah yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 yang mengkhusus kepada perancangan harta dengan menjadikan produk Amanah Tunai sebagai produk utama bagi memberikan solusi kepada masalah harta pusaka yang semakin meruncing hari ini. UBB Amanah Berhad mempunyai pengalaman selama 35 tahun sejak tahun 1988 dan telah membantu hampir 60,000 pelanggan di dalam menguruskan Akaun Amanah Tunai mereka. Pada awal tahun ini, UBB Amanah Berhad telah melancarkan produk Amanah Tunai Patuh Syariah yang pertama dan satu-satunya di Malaysia bagi membantu pelanggan yang beragama Islam khususnya. Produk Amanah Tunai ini dikenali dengan nama AMANAH LIAWM MUMTIR.Berita baik untuk pengikut Keluar Sekejap, sesiapa yang melanggan produk Amanah Tunai Patuh Syariah UBB Amanah Berhad melalui +60172442811 akan mendapat unjuran Pendapatan Amanah sebanyak 6%-8%.Ikuti perkembangan UBB Amanah Berhad di media sosial berikut : Website Rasmi https://www.ubbamanah.comFacebook https://www.facebook.com/ubbamanah?mibextid=LQQJ4dInstagram https://instagram.com/ubbamanah?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==X https://x.com/ubbamanahberhad?s=11&t=SZk0EUfxxKqTZWrHYJdi6w
12/6/20232 hours, 5 minutes, 21 seconds
Episode Artwork

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Pengampunan Dato’ Seri Najib Razak

Audio siar Keluar Sekejap Episod 70 yang menampilkan Peguam Terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah antaranya telah membincangkan Kes Pembunuhan Altantuya yang kembali hangat dibincangkan selepas tular video temubual Koperal Sirul bersama Al-Jazeera dan proses pengampunan Dato’ Seri Najib Razak. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang telah diluluskab petang tadi, kenyataan PMX tentang projek ‘Land Bridge’ Thailand serta kempen boikot barangan Israel. Keluar Sekejap ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Vico Malaysia yang telah menaja episod kali ini. Jenama minuman berperisa coklat malt (Vico) sudah memasuki 3 dekad memberikan kebaikannya kepada rakyat Malaysia. Badan Cergas Minda Cerdas untuk seisi keluarga, Vico berikan yang terbaik menerusi rangkaian take home pack (Pouch), convenient pack (3 in 1)  juga on-the-go pack (Vico UHT). Jom #sapotlokal dan dapatkan kebaikan Vico di kedai-kedai berhampiran atau beli online je di Shopee dan Lazada sekarang. Berita baik untuk followers Keluar Sekejap Podcast, Vico nak bagi diskaun RM2 kalau korang beli produk Vico  secara online dengan minimum pembelian serendah RM20 tau. Terhad untuk 1000 orang pertama yang tebus menggunakan link istimewa ni; Shoppe: https://shopee.com.my/voucher/details?evcode=VklDT0tT&from_source=voucher-wallet&promotionId=764707292266496&signature=91a4aba39d49114de0076c8c4b8c22981cf9c8a24ad9aa2058d8f55bea6926ed  Lazada: https://pages.lazada.com.my/wow/gcp/my/store_lp/voucher?sellerId=vokbw590ql2&voucherId=vnr91wlm7oebk9&scene=store&domain=SHOP  Vico juga selalu anjurkan peraduan-peraduan menarik tau. Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi team Vico dengan melayari laman web https://www.vico.com.my/  atau follow semua akaun media sosial Vico di Facebook & Instagram untuk dapatkan update terkini mengenai mereka.
12/1/20231 hour, 41 minutes, 4 seconds
Episode Artwork

Setahun PMX, Kongres Nasional PKR, Perhimpunan Agung Bersatu, Nik Elin

Audio siar Keluar Sekejap Episod 69 antaranya telah membincangkan tentang prestasi setahun pentadbiran YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Kerajaan Madani. Episod ini juga mengupas sedikit perjalanan Kongres Nasional PKR 2023 dan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 yang telah berlangsung pada hujung minggu lepas. Kami turut mengambil kesempatan membicarakan tentang kes Nik Elin dan pembekuan akaun Aman Palestin. Turut disertakan : Penulisan Rencana daripada Khairy Jamaluddin tentang prestasi setahun PMX : https://fulcrum.sg/anwars-first-year-performative-and-underperforming/ Temu Bual Shahril Hamdan di BFM tentang prestasi setahun PMX : https://www.bfm.my/podcast/morning-run/the-breakfast-grille/anwar-ibrahim-pmx-reform-politics-madani-government Keluar Sekejap bersama rakan-rakan audio siar juga telah mengumumkan penganjuran Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 2024 (KL PodFest 2024) pada 3 dan 4 Februari tahun depan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.KLpodfest.com. Tiket ke pesta audio siar pertama di Malaysia ini akan mula dijual pada 1 Disember 2023. Untuk pengumuman lanjut, ikuti juga laman media sosial KL PodFest di: IG: @KLPodFest TikTok: @KLPodFestival FB: https://.facebook.com/klpodfest
11/28/20231 hour, 28 minutes, 47 seconds
Episode Artwork

Fungsi Bank Dunia, Bank Dunia dikuasai Amerika Syarikat, Prestasi Ekonomi Madani

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia di Malaysia, Apurva Sanghi, menjadi tetamu Keluar Sekejap bagi Episod Ke-68 yang antaranya menjelaskan latar belakang, fungsi dan kedudukan Bank Dunia. Keluar Sekejap kali ini mengambil kesempatan bertanyakan soalan panas berkenaan konotasi dikaitkan dengan Bank Dunia seperti ia dikuasai oleh Amerika Syarikat serta bersifat menindas negara-negara membangun. Apurva Sanghi juga berkongsi pandangan beliau tentang Prestasi Ekonomi Negara dan Kerangka Ekonomi Madani yang dibawa oleh kerajaan pimpinan PMX.
11/23/20231 hour, 33 minutes, 14 seconds
Episode Artwork

Generational End Game, Malaysia Di APEC 2023, Rombakan Kabinet Madani

Audio siar Keluar Sekejap Episod 67 yang menampilkan kolaborator, Dr. Ong Kian Ming antaranya telah membicarakan tentang prestasi Malaysia di APEC 2023 baru-baru ini. Perbincangan tiga hos kali ini turut terarah kepada desas-desus serta keperluan rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri. Sedikit panas, kenyataan Peguam Negara yang baharu mengatakan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, lebih dikenali sebagai undang-undang untuk generasi penamat merokok atau GEG sebagai tidak berpelembagaan, adalah dipertikaikan. Episod ini turut menyertakan pautan hansard Parlimen pada 2022 yang menunjukkan wakil Peguam Negara pada ketika itu serta beberapa pakar undang-undang bersependapat bahawa GEG tidak bercanggah dengan perlembagaan negara. Disertakan butiran-butiran yang dinyatakan oleh KJ tentang perbincangan berkaitan GEG : Hansard - Mesyuarat JKPK RUU Kawalan Produk Merokok dan Tembakau - https://bit.ly/3QPpUpK PENYATA - JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022- https://bit.ly/40J6ze
11/20/20231 hour, 12 minutes, 44 seconds
Episode Artwork

Refleksi Terhadap Episod Bersama Tun M, Sidang Kemuncak Tergempar OIC, Projek “Land Bridge” Thailand

Episod 66 Keluar Sekejap telah membincangkan refleksi terhadap Episod bersama YABhg Tun Mahathir Mohamad dan Sidang Kemuncak Tergempar OIC yang berlangsung di Riyadh pada Sabtu lepas. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang idea PM Thailand tentang Projek “Land Bridge” melalui Selat Melaka. Disertakan link podcast dan khutbah yang dinyatakan oleh KJ dan SH dalam episod ini : - https://youtu.be/xE0UAP8EGEc?si=PkxNKUyfOp3kY3MB- https://www.youtube.com/live/hJNqWcPWhws?si=oLFe-sgJ2whNsO0x
11/16/20231 hour, 22 minutes, 41 seconds
Episode Artwork

Tun M vs KJ, Dilema Melayu & Malaysia-Isu Dengan Mantan-Mantan PM, Tun M vs Anwar, Pengampunan Najib

Episod 65 Keluar Sekejap bersama YABhg Tun Mahathir Mohamad telah membincangkan isu-isu seperti pertembungan Tun M dan KJ pada suatu ketika dulu, dilema Melayu & Malaysia serta isu-isu Tun M dengan mantan-mantan Perdana Menteri Malaysia. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang pertembungan Tun Mahathir dan Anwar pada 1999, kewajaran bagi pengampunan Najib serta isu yang mengegarkan dunia, Palestin. Di kesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat Western yang telah menaja episod kali ini. Lebih sedekad dalam dunia F&B, jenama Pak Mat Western merupakan fenomena dan sering menjadi perbualan rakyat Malaysia. Syarikat yang terkenal dengan penghasilan produk sejuk beku seperti kambing perap, lembu perap, ayam perap dan bebola daging ini telah membuka peluang pekerjaan dan melahirkan beribu usahawan di seluruh semenanjung Malaysia. Bagi penggemar makanan Barat, anda boleh mendapatkan produk Pak Mat Western ini atau boleh terus menjadi rakan niaga mereka di talian 017-4440623. Kepada mana-mana syarikat dan entiti yang ingin menaja Keluar Sekejap, boleh hubungi 01119191783 atau e-mel di alamat [email protected]
11/13/20232 hours, 20 minutes, 36 seconds
Episode Artwork

Syed Saddiq, Empat Ahli Parlimen Bersatu sokong PMX, Kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas

Episod 64 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Keputusan Mahkamah terhadap Syed Saddiq dan Kenyataan daripada Ahli Parlimen Kepala Batas. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang keputusan empat Ahli Parlimen Bersatu yang telah menyatakan sokongan terhadap kepimpinan PMX.
11/10/20231 hour, 4 minutes, 25 seconds
Episode Artwork

Liberal International, Tambatan Ringgit, Tiktok Shop, Elaun “On Call” Pegawai Perubatan

Episod 63 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti keanggotaan PKR dalam Liberal International, idea kepada tambatan ringgit dan keputusan kerajaan menolak kenaikan elaun tugas atas panggilan (ETAP) atau “On Call” Pegawai Perubatan. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang keputusan Malaysia untuk mengeksport tenaga boleh baharu ke Singapura, Ekonomi Digital dan Tiktop Shop. Penulisan Artikel daripada Shahril berkenaan isu Palestin :https://amp.scmp.com/week-asia/opinion/article/3240232/malaysias-support-palestinians-will-always-be-firm-amid-politicisation-among-rival-parties Dikesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada iCompany Malaysia untuk penajaan Episod 63. Alami perkhidmatan kesetiausahaan syarikat dihujung jari anda dengan #icompanymalaysia yang menawarkan harga yang menjimatkan: * Penubuhan Sdn Bhd Baharu: RM1499 * Tukar Co. Sec kepada Kami : RM499 * Yuran Setiausaha Tahunan : RM365 setahun Tawaran khas kepada penonton Keluar Sekejap! Guna Kod Promo: KELUARSEKEJAP50 untuk mendapatkan potongan RM50 lagi untuk menubuhkan Sdn Bhd atau bertukar Setiausaha Syarikat kepada iCompany. Jimat lebih menjimatkan! Sertai revolusi ini, daftar sekarang:https://www.icompany.my/
11/6/20231 hour, 31 minutes, 37 seconds
Episode Artwork

Laporan PAC Pengurusan COVID-19, IHR, Minggu Solidariti Palestin, Statut Rom-Palestin.

Episod 62 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Laporan PAC bagi Pengurusan Wabak COVID-19 serta International Health Regulations. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan oleh KPM di semua institusi pendidikan dan Statut Rom-Palestin.
11/1/20231 hour, 22 minutes, 55 seconds
Episode Artwork

YDPA Ke-17, Institusi Diraja, Bangsa Johor-Malaysia, Situasi Politik, Johor-Singapura

Episod 61 Keluar Sekejap menampilkan tetamu istimewa, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah berkenan mencemar duli menyertai perbincangan kami. Pelbagai perkara telah dibincangkan seperti perisytiharan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, kerelevanan institusi diraja, bangsa Johor dalam konteks Malaysia, masa depan JDT serta keadaan semasa politik negara.
10/29/20231 hour, 34 minutes, 32 seconds
Episode Artwork

Lawatan PMX ke Timur Tengah, MYAirlines, Muktamar PAS, Perhimpunan Agung MCA.

Episode 60 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Lawatan PMX ke Timur Tengah, Muktamar PAS 2023 dan Perhimpunan Agung MCA 2023. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang isu penggantungan operasi syarikat MYAirline secara tiba-tiba. Segala urusan atau pertanyaan untuk pembelian Merchandise Keluar Sekejap boleh hubungi talian +6019-3293554. Laman web kami sedang dalam penyelenggaraan.
10/24/20231 hour, 13 minutes, 13 seconds
Episode Artwork

Analisa Belanjawan 2024

Episod 59 Keluar Sekejap telah tertumpu kepada perbincangan tentang analisa Belanjawan Malaysia Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh PMX pada Jumaat yang lepas.Segala urusan atau pertanyaan untuk pembelian Merchandise Keluar Sekejap boleh hubungi talian +6019-3293554. Laman web kami sedang dalam penyelenggaraan.
10/18/20231 hour, 34 minutes, 3 seconds
Episode Artwork

Konflik Palestin-Israel, Keadaan Terkini di Gaza, Solidariti Malaysia bersama Palestin

Episod 58 Keluar Sekejap menampilkan tetamu khas iaitu Dr. Muslim Imran, Founding Director, Asia Middle East Center (AMEC) For Research & Dialogue yang juga Ahli Biro Antarabangsa Hamas di Asia, bagi membincangkan sejarah dan isu-isu tentang konflik Palestin-Israel. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan secara umum tentang Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh PMX pada Jumaat lalu. Keluar Sekejap akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang Belanjawan 2024 pada episod akan datang.
10/16/20231 hour, 39 minutes, 53 seconds
Episode Artwork

PRK Dun Pelangai, Pra Belanjawan, LCS, PLKN 3.0 dan Palestin

Episode 57 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Analisa PRK Dun Pelangai, Pra Belanjawan 2024, Kapal LCS yang dijangka siap pasa tahun 2029 serta keputusan laksana semula PLKN 3.0. Keluar Sekejap juga membincangkan isu penjualan tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilakukan secara rundingan terus serta 43 Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa Macau Scam di Peru. Untuk isu antarabangsa, Keluar Sekejap berkesempatan membincangkan tentang konflik Palestin-Israel. Seperti yang dinyatakan KJ pada topik mangsa Macau Scam : Kalau anda telahpun menjadi mangsa kepada cybercrime ataupun mendapat panggilan yang meragui, boleh buat laporan kepada Cyber 999 Help Centre dibawah Cyber Security Malaysia di 1-300-88-2999 (Office Hours) dan +6019 - 266 5850 (24 JAM Emergency: DDOS / Phishing / Data Breach)
10/12/20231 hour, 36 minutes, 58 seconds
Episode Artwork

PTPTN, GDP Malaysia, Huawei, GEG UK

Episod 56 Keluar Sekejap telah membicarakan isu-isu semasa seperti diskaun PTPTN yang tidak diteruskan; jangkaan Bank Dunia tentang kemerosotan GDP Malaysia pada akhir 2023 dan pemilihan Huawei sebagai Penyedia 5G. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa iaitu “Generational End Game” yang dicadang untuk digubal di UK.
10/7/20231 hour, 28 minutes, 29 seconds
Episode Artwork

Rombakan Kabinet, Muktamar PAS 2023, DuitNow QR, Jerebu

Episod 55 #KeluarSekejap di Kay’s Steak & Lobster telah membincangkan isu-isu semasa seperti Rombakan Kabinet, Muktamar PAS 2023, DuitNow QR dan Aset Tabung Haji. Keluar Sekejap juga berkesempatan untuk membincangkan tentang Jerebu Rentas Sempadan yang telah melanda negara kita. Disertakan pautan laman web yang telah dinyatakan oleh Shahril pada tajuk Jerebu Rentas Sempadan : http://www.siiaonline.org/first-ever-red-alert-for-transboundary-haze-in-2023/ Kepada mana-mana syarikat, restaurant dan sebagainya yang berminat untuk menaja Episod Keluar Sekejap, boleh email kami di [email protected]. Dikesempatan ini juga, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada Kay’s Steak & Lobster untuk penajaan bagi Episod 55. Kay’s Steak & Lobster adalah restoran pertama di Malaysia yang menyajikan “Beef Wellington” yang dijamin HALAL oleh JAKIM. Selain itu, terdapat pilihan stik dan udang kara yang segar untuk dinikmati. Sesuai menjadi pilihan restoran untuk keramaian dan tempat santai bagi menikmati juadah yang lazat serta berkualiti. Untuk merasainya sendiri, anda boleh layari www.kaysteaklobster.com dan buat tempahan meja! https://www.facebook.com/kaysteaklobster https://instagram.com/kaysteaklobster https://www.tiktok.com/@kaysteaklobster https://x.com/kaysteaklobster
10/4/20231 hour, 12 minutes, 59 seconds
Episode Artwork

Pencen Penjawat Awam, Brain Drain, e-Sport

Episode 54 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Pencen Penjawat Awam, Penghijrahan Bakat (Brain-Drain) dan Industri e-Sport. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa iaitu Pemilihan Presiden Indonesia 2024. Berikut juga disertakan pautan laman web/dokumen yang dinyatakan oleh KJ dan Shahril di dalam episod kali ini : PENCEN PENJAWAT AWAM : ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 2023 - https://budget.mof.gov.my/pdf/belanjawan2023/perbelanjaan/Anggaran-Perbelanjaan-Persekutuan-2023.pdf (Muka Surat 54 - 57) BRAIN DRAIN : CRITICAL OCCUPATIONS LIST (MyCOL) 2022/2023 : SECTORS DEEP DIVE FOR THE MALAYSIA NATIONAL SKILLS REGISTRY (MyNSR) - https://www.talentcorp.com.my/clients/TalentCorp_2016_7A6571AE-D9D0-4175-B35D-99EC514F2D24/contentms/img/publication/MyCOL%202022-2023%20FINAL.pdf PENULISAN RENCANA OLEH SHAHRIL SELAKU VISITING FELLOWSHIP DI S. RAJARATNAM SCHOOL OF INTERNATIONAL STUDIES (RSIS), NTU : WILL THE MALAYSIAN GOVERNMENT MAKE USE OF ITS GOOD FORTUNE? - https://www.rsis.edu.sg/rsis-publication/rsis/will-the-malaysian-government-make-use-of-its-good-fortune/
9/29/20231 hour, 30 minutes, 47 seconds
Episode Artwork

Industri Podcast, Masa Depan KJ-SH, Batal Pencen MP

Tiber-KS sembang macam-macam termasuk cabaran & masa depan industri podcast di Malaysia, kontroversi MP bukan Islam tafsir Al-Quran, performance PM di UNGA, krisis beras, dan masa depan KS lepas KJ dan Shahril kembali ke politik.
9/26/20231 hour, 14 minutes, 14 seconds
Episode Artwork

UNGA dan Kenyataan Negara, Sukan Asia dan Parlimen Malaysia

Episode 52 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Persidangan UNGA dan Ucapan Negara oleh PMX.Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang kekecohan yang berlaku di Parlimen Malaysia dan Persiapan Malaysia ke Sukan Asia.
9/24/20231 hour, 29 minutes, 19 seconds
Episode Artwork

PMX di Parlimen, Pengasingan Kuasa AG & Pendakwa Raya, Ketagih Makan Luar

Episod 51 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti Penjelasan PMX di Parlimen tentang Isu DNAA, Pengasingan Kuasa AG & Pendakwa Raya, Kenyataan Menteri Ekonomi tentang Ketagihan Makan Luar. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang isu Kekurangan Beras Tempatan di Pasaran dan Kenaikan Harga Barangan Asas serta Penjualan Saham LTAT.
9/20/20231 hour, 9 minutes, 6 seconds
Episode Artwork

Penubuhan Malaysia, MA63

Episod 50 #keluarsekejap edisi khas bersempena Hari Malaysia menampilkan seorang tetamu istimewa iaitu Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri @tswanjunaidi untuk membincangkan sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia, MA63 dan isu berbangkit.
9/16/20231 hour, 42 minutes, 5 seconds
Episode Artwork

Syed Saddiq, Kem Bossku, Kongres DAP & KSP RMK 12

Episod 49 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti penarikan sokongan Syed Saddiq terhadap Kerajaan Perpaduan, Pergelutan Dalaman UMNO dan Kehadiran Zahid Hamidi ke Kongres DAP yang mendapat sambutan hangat. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat serta isu antarabangsa seperti Persidangan G20.
9/13/202357 minutes, 51 seconds
Episode Artwork

Analisa PRK, Beras, Singapura Isu Pengubahan Wang, Permainan Geopolitik China

Episod 48 Keluar Sekejap telah membincangkan isu semasa tentang Analisa PRK Pulai dan Simpang Jeram serta berkenaan kenaikan harga beras import. Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan isu antarabangsa seperti Singapura dan Isu Pengubahan Wang serta Permainan Geopolitik China.
9/10/20231 hour, 21 minutes, 13 seconds
Episode Artwork

Zahid Hamidi Dilepas Tanpa Bebas, NIMP 2030, Peta China 2023

Episod 47 Keluar Sekejap telah membincangkan isu panas iaitu keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. KS turut membincangkan tentang “New Industrial Master Plan” (NIMP 2030) yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. KS juga berkesempatan untuk membincangkan tentang isu luar negara seperti Peta Standard China 2023 dan kemenangan Tharman Shanmugaratnam pada Pilihan Raya Presiden Singapura.
9/6/20231 hour, 12 minutes, 40 seconds
Episode Artwork

National Energy Transition Roadmap (NETR) Phase 2, SKMM 'Abang Besar' & Jalan Ke Arah Kemerdekaan

Episod kali ini dibawakan khas sempena Hari Kebangsaan dengan membincangkan beberapa topik seperti National Energy Transition Roadmap (NETR) Phase 2 dan SKMM ‘Abang Besar’.KS juga membincangkan tentang Jalan Ke Arah Kemerdekaan bagi mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu. Untuk sebarang pertanyaan, sila email [email protected] Subtitles by Hazwan
8/31/20231 hour, 16 minutes, 29 seconds
Episode Artwork

PRK, Pemakaian Baju Batik, Pilihan Raya Presiden Singapura, Kerajaan Thailand

Walaupun kini di luar negara, Khairy dan Shahril tetap merakamkan episod baharu secara virtual untuk membincangkan beberapa topik menarik dalam dan luar negara seperti Pilihan Raya Kecil Simpang Jeram dan Parlimen Pulai, logo DAP di mock cheque kerajaan dan kod pemakaian yang lebih mesra dengan iklim di Malaysia. KS turut menyentuh tentang beberapa isu luar negara seperti Pilihan Raya Presiden Singapura, pembentukan kerajaan Thailand dan lain-lain lagi. Links https://www.rsis.edu.sg/rsis-publication/rsis/performing-prime-minister-in-the-wake-of-malaysias-state-elections/
8/27/20231 hour, 21 minutes, 42 seconds
Episode Artwork

FDI merudum, KDNK Suku Tahun Kedua, Isu Ambalat, Tema & Logo Hari Kebangsaan

Dalam episod kali ini KS menyentuh tentang Keluaran Dalam Negara Kasar bagi Suku Tahun Kedua, Foreign Direct Investment yang merudum, isu ambalat, pengislaman yang dibuat oleh PMX dan isu tema dan logo Hari Kebangsaan yang dipolitikkan.
8/21/20231 hour, 14 minutes, 25 seconds
Episode Artwork

Dilema PMX, Isu Komunikasi Kerajaan Perpaduan, Grand Amnesty & Representasi Wanita Dalam Politik

Episod kali ini KS menyentuh tentang Dilema Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, isu komunikasi kerajaan, peluang PN dan banyak lagi isu semasa. https://fulcrum.sg/on-the-horns-of-anwars-twin-dilemmas/
8/18/20231 hour, 13 minutes, 5 seconds
Episode Artwork

PRN 2023: Post-Match Analysis

Adakah pengundi memilih calon atau parti? Apa yang tersirat dalam kemenangan PH/BN di Negeri Sembilan? Dalam analisa PRN 2023, KS bersama tetamu khas Ong Kian Ming menyentuh tentang pelbagai topik menarik berkenaan PRN yang berlansung baru-baru ini. Antaranya adalah peratus keluar mengundi, kejutan dalam PRN, trend pengundi Melayu dan bukan Melayu dan lain-lain lagi. Untuk sebarang pertanyaan, sila email [email protected]
8/14/20232 hours, 1 minute, 9 seconds
Episode Artwork

Mahathir atau Anwar, Siapa pengkhianat, Langkah Sheraton, Calon MB PN

KS menerima kehadiran Datuk Seri Azmin Ali kali ini untuk menbincangkan tentang beberapa topik menarik seperti langkah Sheraton, antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, calon MB PN Selangor dan manifesto PN. KS boleh didengar atau ditonton di Spotify, Apple dan YouTube. Untuk sebarang pertanyaan sila email ke [email protected]
8/8/20231 hour, 54 minutes, 44 seconds
Episode Artwork

PJD Link, Geng Kartel, Perancangan Untuk Selangor, YAB Sanusi

Episod khas KS menjelang PRN menampilkan Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari. Beliau menyentuh tentang isu PJD Link, perancangan untuk Selangor, langkah Sheraton, Azmin Ali dan juga Sanusi. KS boleh didengar atau ditonton di Spotify, Apple dan YouTube. Untuk sebarang pertanyaan sila email ke [email protected]
8/7/20231 hour, 32 minutes, 14 seconds
Episode Artwork

Penamaan Calon PRN, Naratif Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR)

Khairy dan Shahril mengupas tentang calon-calon Pilihanraya Negeri yang diumumkan baru-baru ini. Selain itu, KS turut menyentuh sedikit sebanyak tentang naratif ekonomi Madani dan pelan hala tuju peralihan negara.
7/29/20231 hour, 28 minutes, 16 seconds
Episode Artwork

Cabaran di NRECC, Halatuju Industri Tenaga, Peluang di Pantai Timur & Selangor, Rafizi & PMX

Episod KS kali ini menampilkan tetamu istimewa, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dengan perbincangan yang padat dan penuh informasi tentang Gabungan PH-BN dalam PRN akan datang, cabaran di Pantai Timur dan Selangor, hubungan Rafizi dan PMX dan pelbagai is semasa yang lain.
7/25/20231 hour, 45 minutes, 19 seconds
Episode Artwork

MUDA Sebagai Third Force, Pelaburan Geely, Mana Zafrul Dalam PRN?, Good Vibes Festival

Episod kali ini menampilkan dua tetamu istimewa dari parti MUDA - YB Syed Saddiq dan YB Amira Aisya yang membincangkan tentang MUDA sebagai third force dalam PRN akan datang. KS turut menyentuh tentang pelaburan Geely di Perak, isu melanda Good Vibes Festival dan situasi Tengku Zafrul dalam BN.
7/23/20231 hour, 42 minutes, 57 seconds
Episode Artwork

Pendakwaan YAB Sanusi, Hutang FELDA, Projek HSR diteruskan

Sedikit kelainan dalam episod kali ini, KS menambah satu segmen “kecemasan” bagi membincangkan isu pendakwaan YAB Sanusi. Selain itu, KS turut mengupas isu-isu berkaitan dasar seperti: Hutang peneroka FELDA, Pengumuman PMX tentang kuota bumiputera di IPT, Progressive Wage Model dan keputusan kerajaan meneruskan projek HSR.
7/19/20231 hour, 15 minutes, 51 seconds
Episode Artwork

Ucapan Sanusi dan LGE, Zahid dan LGE, Komunikasi JKOM, Elon Musk dan Isu Serantau

Apakah komen KJ dan SH tentang ucapan MB Kedah, Sanusi baru-baru ini? Adakah ia keterlaluan? KS turut menyentuh tentang ucapan Lim Guan Eng, komunikasi JKOM, mesyuarat PMX dengan Elon Musk dan isu serantau yang lain. Keluar Sekejap juga boleh ditonton di YouTube: https://youtube.com/@keluarsekejap
7/15/20231 hour, 30 minutes, 3 seconds
Episode Artwork

Agama dan Politik, Adik Abang dalam PN, Muafakat Nasional, Serata-rata

Bersama tetamu khas kali ini, KS membincangkan halatuju dan ideologi parti berasaskan agama di Malaysia.
7/11/20231 hour, 32 minutes, 7 seconds
Episode Artwork

PRN tanpa calon MCA & MIC, TSMY jumpa Tun M, Kenyataan Tun M, Twitter vs Threads

KS membincangkan tentang PRN yang akan datang tanpa calon dari MCA atau MIC, perjumpaan antara TS Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir baru-baru ini dan kenyataan Tun Mahathir tentang orang Melayu. Selain itu KS turut menyentuh tentang app terbaharu dari Meta, Threads iaitu pesaing Twitter. Rujukan : https://www.iseas.edu.sg/articles-commentaries/iseas-perspective/2023-50-why-perikatan-nasional-may-win-in-selangor-by-marzuki-mohamad-and-khairul-syakirin-zulkifli/ https://www.bloomberg.com/news/articles/2023-07-06/revolving-door-of-leaders-sinks-once-hot-malaysian-markets-tests-anwar?accessToken=eyJhbGciOiJIUzI1NiIsInR5cCI6IkpXVCJ9.eyJzb3VyY2UiOiJTdWJzY3JpYmVyR2lmdGVkQXJ0aWNsZSIsImlhdCI6MTY4ODYyNzMzMiwiZXhwIjoxNjg5MjMyMTMyLCJhcnRpY2xlSWQiOiJSWDlKMlZUMEFGQjUwMSIsImJjb25uZWN0SWQiOiI2NUY4QjU5NTY4MjM0NjY5QTY3QjNDODEzRkRCQkZEMSJ9.4L0N4bXaeFl7n5q04qVK1YP3HmSVi8Du5sKSKdOVPM4
7/7/20231 hour, 5 minutes, 39 seconds
Episode Artwork

Tiong King Sing di KLIA, Kecerdasan Buatan (AI) - What’s next?, Rusuhan di Perancis

Adakah wajar apa yang dilakukan Menteri Pelancongan Tiong King Sing di KLIA baru-baru ini? KS membincangkan isu ini dalam episod ini serta isu rusuhan di Perancis dan Artificial Intelligence ataupun AI.
7/4/20231 hour, 3 minutes, 41 seconds
Episode Artwork

PRN & Referendum, Kenyataan Tony Pua, MUDA, Fahmi Fadzil, Elaun On-call doktor, Situasi di Rusia

Dalam episod kali ini Khairy dan Shahril mengupas tentang PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi, referendum rakyat, subsidi pukal kepada bersasar yang disebut Menteri Ekonomi, kenyataan Tony Pua dan banyak lagi isu tempatan serta luar negara.
6/28/20231 hour, 12 minutes, 41 seconds
Episode Artwork

Coldplay dan strategi pelancongan, Kes Hakim Nazlan, Bossku dan UMNO, Elaun pelajar pelatih

Dalam episod kali ini KS menyentuh tentang Coldplay dan daya tarikan dari segi industri pelancongan negara, kes Hakim Nazlan, Bossku dan UMNO serta elaun pelajar pelatih (intern) yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
6/23/202342 minutes, 19 seconds
Episode Artwork

Gelombang Hijau, mesyuarat dengan PMX, jumpa TSMY, Gabenor Bank Negara baharu

KS menyentuh tentang Gelombang Hijau atau Green Wave yang melanda negara, Gabenor Bank Negara baharu. Apa yang dibincangkan KJ semasa bertemu Tan Sri Muhiyiddin Yassin? Apakah pula peranan KJ dalam mesyuarat halatuju ekonomi bersama PMX baru-baru ini?
6/21/20231 hour, 4 minutes, 30 seconds
Episode Artwork

Ekonomi Madani, flip-flop keputusan dasar, Kertas Putih Kesihatan, Lawatan Presiden Jokowi

KS membincangkan naratif Ekonomi kerajaan Madani, keputusan dasar yang berubah-ubah, Kertas Putih Kesihatan, lawatan Jokowi dan juga turut menyentuh tentang pelawak Singapura Jocelyn Chia yang diburu PDRM.
6/16/20231 hour, 9 minutes, 28 seconds
Episode Artwork

Rangkuman PAU 2023, Parti Baharu pecah undi Melayu, Kertas Putih Vaksin, Isu Pulau Pinang

KS mengulas tentang PAU 2023 yang berlangsung baru-baru ini dengan kehadiran PMX, Kertas Putih Vaksin COVID-19 yang menekankan tentang perolehan vaksin semasa pandemik, isu pertikaian Pulau Pinang, parti baharu yang boleh memecahkan undi orang Melayu, RUU produk merokok oleh Kementerian Kesihatan serta halatuju teknologi dan ekonomo hidrogen
6/13/20231 hour, 17 minutes, 9 seconds
Episode Artwork

KS di UIAM: Laporan Ketua Audit 2021, MVP, Latih murid bersih tandas, situasi politik Malaysia

Episod 26 KS yang dirakam di UIAM membincangkan tentang situasi politik di Malaysia dan laporan ketua audit negara 2021.
6/9/20231 hour, 31 minutes, 41 seconds
Episode Artwork

Tarif Elektrik, Dream Job KJ, Pilihan Raya Thailand

Apakah dream job KJ? Adakah terdapat persamaan antara pilihan raya di Thailand baru-baru ini dengan pilihan raya di Malaysia?Layari http://keluarsekejap.com!
5/25/202356 minutes, 19 seconds
Episode Artwork

Tawaran TSMY kepada KJ, Isu kalimah Allah, Prestasi Sukan SEA 2023

Khairy dan Shahril membincangkan tawaran TSMY kepada Khairy, penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian serta prestasi Malaysia dalam Sukan SEA tahun ini.Layari http://keluarsekejap.com!
5/22/20231 hour, 5 minutes, 6 seconds
Episode Artwork

Dasar Perdagangan Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Episod kali ini KS membincangkan isu Dasar Perdagangan Tenaga Boleh Baharu (TBB), Laporan EMIR Research: Kerugian RM4.5 trillion akibat rasuah?Layari http://keluarsekejap.com!
5/17/202348 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

Siapa MVP minggu ini?, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

KS membincangkan Siapa MVP minggu ini?, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, Sidang Kemuncak ASEAN ke-42Layari http://keluarsekejap.com!
5/15/20231 hour, 24 seconds
Episode Artwork

5G: Antara Model DNB dan Dwirangkaian, Kadar Pelaburan KWSP, Ekstradisi Jho Low

Episod 18 #KeluarSekejap membawakan perbincangan hangat dan padat isu-isu:  Anugerah MVP Minggu Ini, 5G: Antara Model DNB dan Dwirangkaian, Kadar Pelaburan KWSP, Ekstradisi Jho LowLayari http://keluarsekejap.com!
5/11/202359 minutes, 44 seconds
Episode Artwork

OPR, Proklamasi Melayu, Pengarah Media PMO dan Ketua Menteri P. Pinang

Khairy dan Shahril membincangkan OPR, Proklamasi Melayu, Pengarah Media PMO dan Ketua Menteri P. PinangLayari http://keluarsekejap.com!
5/9/20231 hour, 8 minutes, 9 seconds
Episode Artwork

Cadangan Kenaikan Kadar Caruman KWSP, Projek PSR di Pulau Pinang, Kritikan SUARAM

Khairy dan Shahril membincangkan cadangan kenaikan kadar caruman KWSP majikan kepada 20%, projek PSR di Pulau Pinang, Kritikan SUARAM terhadap PMX dan situasi di Sudan.Layari http://keluarsekejap.com!
5/5/20231 hour, 13 minutes, 7 seconds
Episode Artwork

Kenapa Melayu Tak Suka DAP? OKM Keluar Sekejap atau Sendiri?

Keluar Sekejap dalam episod kali ini menampilkan bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming sebagai tetamu khas yang menyentuh tentang orang Melayu dengan DAP serta DAP dalam Kerajaan Perpaduan.Layari http://keluarsekejap.com!
5/2/20231 hour, 42 minutes, 16 seconds
Episode Artwork

Nostalgia Raya

Bagaimana sambutan hari raya berubah mengikut peredaran zaman? Apakah tradisi yang masih dibuat dan telah dilupakan?Layari http://keluarsekejap.com!
4/20/202338 minutes, 31 seconds
Episode Artwork

Tabung Kewangan Asia (AMF), Penjualan Iskandar Malaysia Studios, Ketum

Khairy dan Shahril menyentuh tentang tabung kewangan Asia, penjualan Iskandar Malaysia Studios dan isu penanaman serta penggunaan ketum di Malaysia. KS juga menjawab beberapa soalan daripada pendengar.Layari http://keluarsekejap.com!
4/17/20231 hour, 6 minutes, 7 seconds
Episode Artwork

Pengampunan Najib, Sistem Kehakiman, Hukuman Mati

KS membincangkan permohonan pengampunan DS Najib oleh UMNO, isu sistem kehakiman yang berbangkit, pemansuhan hukuman mati yang diumumkan baru-baru ini serta moratorium hukuman bunuh diri.Layari http://keluarsekejap.com!
4/12/202341 minutes, 42 seconds
Episode Artwork

KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik

Mengapa terdapat kekeliruan tentang pengeluaran KWSP yang diumumkan baru-baru ini? Episod ini turut menyentuh tentang  komunikasi strategik Kerajaan Perpaduan, pertikaian Laut China Selatan dan ucapan PMX berkaitan bangsa Melayu.Layari http://keluarsekejap.com!
4/10/202353 minutes, 34 seconds
Episode Artwork

Lawatan PMX ke China, Isu Perumahan

Apakah signifikasinya hubungan Malaysia dengan China selepas lawatan PMX ke China? China memecahkan dominasi US dollar? KS turut membincangkan isu perumahan di Malaysia dengan tetamu khas.Layari http://keluarsekejap.com!
4/6/20231 hour, 3 minutes, 12 seconds
Episode Artwork

Kemelut Jawatan Ketua Menteri Melaka, Keputusan Mahkamah Tentang Kes SRC

Apakah punca kemelut jawatan Ketua Menteri Melaka? Cecair vape dan rokok elektrik dikeluarkan dari Akta Racun - apa kesannya? Layari http://keluarsekejap.com!
4/3/202356 minutes, 21 seconds
Episode Artwork

Prestasi Pembangkang

Adakah pembangkang berkesan dalam peranan semak dan imbang? KS turut membincangkan operasi kantin sekolah pada bulan Ramadan yang hangat diperkatakan.Layari http://keluarsekejap.com!
3/29/202332 minutes, 37 seconds
Episode Artwork

Lawatan PMX ke Saudi, Monopoli TouchNGo, TikTok

Adakah Kerajaan memecahkan monopoli TouchNGo dan PUSPAKOM? Apa yang wajar dilakukan dalam lawatan PMX ke Arab Saudi ?Layari http://keluarsekejap.com!
3/27/202357 minutes, 28 seconds
Episode Artwork

Perang Budaya di Malaysia

Ucapan PMX di Kongres PKR, DS Anwar vs Tun Mahathir, Proklamasi Melayu dan kemenangan TS Michelle Yeoh di Oscars. Layari http://keluarsekejap.com!
3/23/202348 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

Lantikan Politik Dalam GLC, Rangkuman Pemilihan UMNO 2023, Peranan Bank Pusat

KS mengupas isu lantikan politik dalam GLC, keputusan pemilihan UMNO 2023 yang baru sahaja selesai dan juga peranan bank pusat BNM sebagai satu institusi kewangan yang bebas.Layari http://keluarsekejap.com!
3/21/202353 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

Hukuman Penyalahgunaan Dadah

Ada atau tidak keperluan untuk meminda hukuman penyalahgunaan dadah? Episod Keluar Sekejap kali ini turut disertai Dr. Khairil Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif The Centre (Ijazah Kedoktoran Teori Politik)Layari http://keluarsekejap.com!
3/16/202343 minutes, 45 seconds
Episode Artwork

Surat RoS, pendakwaan TSMY dan penggunaan sumber tenaga baharu

Tiga isu semasa dibincangkan dalam episod KS kali ini.Layari http://keluarsekejap.com!
3/14/202350 minutes, 32 seconds