Winamp Logo
Hasrizal Cover
Hasrizal Profile

Hasrizal

Malay, Education, 1 season, 227 episodes, 2 days, 5 hours, 34 minutes
About
PODCAST.HASRIZAL.COM ? Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Episode Artwork

Ancient Arrogance Dismissing Youth

Let’s break down how some political figures quickly dismiss the youth. Did you hear about Hillary Clinton calling American college students protesting for Palestine ignorant of history? That’s quite a statement, especially about these students, supposedly the cream of the cream, from top American universities. This is not a modern issue. The arrogance is ancient. As ancient as the humans themselves. It echoes a story from the Quran, where the young Prophet Ibrahim - peace be upon him - challenges the older leaders, the elites. In Chapter 21, Verse 60, the response he receives is dismissive: “We heard about this young man who speaks ill about them, what was his name again? Ibrahim!?” The way they mockingly struggle to recall his name shows their attempt to undermine him, not by debating facts, but by belittling his youth. This kind of dismissal is an ad hominem attack, discrediting the person because they are young, assuming they lack knowledge or understanding. But here’s a reality check: age does not define the validity of one's arguments. Don’t be discouraged by this tactic. Remember, this same elite arrogance contributed to Hillary Clinton's loss to Trump. It’s a reminder that those who fail to respect and engage with all voices, regardless of age, risk becoming irrelevant. Keep raising your voice. Truth matters, no matter who speaks it or their age. Your perspective is valid. Stay informed, stay vocal! #YouthVoice #palestine #alleyesonrafah #eyesonrafah #gaza #endgenocide #palestine🇵🇸 #bebaspalestin #فلسطين #فلسطين🇵🇸 #غزة #الأقصى --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20242 minutes, 43 seconds
Episode Artwork

Kebangkitan Anak Muda Kampus Amerika Syarikat

Kebangkitan anak muda di kampus-kampus Amerika Syarikat. Meneladani bagaimana perjuangan anak muda bernama Ibrahim (alayhi al-salam) diremehkan oleh orang tua dengan alasan “ala anak muda, bising je lebih!” daripada Surah al-Anbiya’ ayat ke-60. #bebaspalestin #palestin #palestine #ibrah #anakmuda #solidariti #gaza #anbiya --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20247 minutes, 29 seconds
Episode Artwork

Sahaja Aku Gembira Lillahi Ta’ala

Sudah menjadi kebiasaan dalam kelaziman hidup ini, kita menyambut hari raya dalam suasana gembira, bertemu keluarga dan sahabat handai. Tetapi semasa lebih 30 ribu saudara kita di Palestin telah dibunuh, dan yang masih hidup pula berdepan dengan kebuluran dan penderitaan yang tak sudah, hati kita berbelah bagi. Serba salah antara hendak bergembira dalam kesedihan terkenangkan mereka. Ada kalanya hingga datang rasa malas beraya, seumpama raya itu jadi tidak bermakna. Malah mungkin setengahnya rasa terhina dan bersalah hendak bergembira pada hari raya. Di sinilah pentingnya untuk kita mengembalikan kegembiraan hari raya itu kepada punca gembira yang sebenar. Kita menginsafi hakikat kegembiraan kita mestilah datang daripada Allah subhanahu wa ta ‘ala. Dalam erti kata yang lain, kita gembira kerana Allah. Gembira kerana selesai menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan. Gembira dapat membayar zakat fitrah. Gembira meraikan perubahan diri serba sedikit ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Kegembiraan itu adalah hasil kurniaan Allah, peluang untuk kita beribadah dan melakukan benda-benda yang Dia suka. Jika kita gembira kerana Allah, maka kita ada kekuatan untuk mengimbangkan di antara gembira dan sedih. Kegembiraan kita tidak menggambarkan seolah-olah kita melupakan saudara-saudara kita yang menderita. Manakala kesedihan kita pula tidak sampai hingga kita terlupa, Aidilfitri ini adalah hari perayaan yang Allah berikan kepada kita. Allah bukan bagi saja-saja, malah sampai ke tahap Allah haramkan kita berpuasa. Berdosa. Mengkhianati Abu al-Qasim, Nabi ﷺ. Semalamnya berdosa jika tidak berpuasa. Esoknya berdosa jika berpuasa. Pada hari raya Aidilfitri, kita diwajibkan bergembira. Tetapi dengan kegembiraan yang bukan datang daripada adat budaya semata-mata, apatah lagi gembira yang lalai, hingga melupakan Dia, meninggalkan solat. Sebaliknya kita gembira dengan kegembiraan halal yang Allah sediakan hari khusus untuknya. Satu Syawwal tahun ini, satu Syawwal yang amat saya rasakan bahawa sesungguhnya “sahaja aku gembira, Lillahi ta‘ala.” #aidilfitri #aidilfitri1445 #aidilfitri2024 #selamathariraya #hariraya #hariraya2024 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20243 minutes
Episode Artwork

Pendidikan Yang Anti Iqra’

Kita bukan saja-saja lawan #pendidikanfatamorgana yang memaksa anak-anak sudah boleh membaca sebelum Tahun 1 di sekolah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20243 minutes, 31 seconds
Episode Artwork

Tanggungjawab Menguruskan Pendapat Yang Bukan Pendapat di Media Sosial

Kita padam sesetengah komen, atau block sesetengah pengomen, bukan sebab berhati tisu atau tidak open minded. Dunia sudah cukup bising dengan 1001 suara. Pendapat yang bukan pendapat, yang bertujuan tidak mempunyai manfaat malah memudarat, selagi ada cara, kecilkan ruang benda seperti ini daripada terus berleluasa. #tanggungjawabbersama #muhasabah #tazkirah --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20243 minutes
Episode Artwork

Kepompong Bangsa dan Agama Bermula Dengan Rencam Pelbagai Jenis Sekolah Rendah

Kecenderungan masyarakat kita untuk mudah tersentap dengan isu-isu agama dan bangsa, mahu tidak mahu turut disumbangkan oleh rencamnya jenis-jenis sekolah di dalam sistem pendidikan kita. Apabila mula bersekolah, kanak-kanak keluar daripada keluarganya di rumah, bergaul dengan manusia lain yang berbeza kebiasaan, serta budaya dan bangsa. ‘Social construct’ yang terjadi di dalam diri kanak-kanak itu penting untuk membina ‘cultural competency’, iaitu kemahiran bergaul di dalam budaya yang pelbagai. Jika proses itu terlepas di zaman kanak-kanak, sama ada individu berkenaan akan terus berusaha kekal berada di dalam zon selesa, kepompong atau ‘bubble’ masing-masing sehingga dewasa, atau pun jika terpaksa bergaul kerana desakan kerja misalnya, ia terjadi dengan rasa tidak selesa. Perubahan memerlukan masa yang lebih panjang, dengan kepercayaan yang rapuh. Bersekolah di sekolah yang sama, terutamanya semasa sekolah rendah, tidak menjejaskan perkembangan jati diri bangsa dan agama murid, jika negara mempunyai dasar, polisi dan amalan yang baik untuk semua rakyat berasaskan pedagogi yang betul. Saya kongsikan sedikit pengalaman semasa mendaftar anak bersekolah di Finland, suatu ketika dahulu. Finland sebagai negara yang berusaha menekankan semua murid pergi ke sekolah yang sama, iaitu sekolah terdekat di rumah. Sekolah yang sama baik, sama berkualiti, dan saksama menjaga soal bahasa ibunda dan agama murid,. #pendidikanfatamorgana --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20243 minutes, 54 seconds
Episode Artwork

Ajal Mereka Semakin Hampir: Renungan Surah al-A’raf

Wali kepada mereka adalah syaitan dan syaitan hanya lemah dengan Bani Adam yang hatinya ikhlas. Ajal regim Zionis itu semakin hampir, dizahirkan melalui kesedaran besar-besaran penduduk negara Barat. Kita tidak tahu bila ajalnya. Apa yang pasti, ia tidak akan terlewat atau terawal walau sedetik. Dan syaitan sebagai pelindung dan sumber kekuatan regim penjajah itu, akan tumpas apabila Palestin dibebaskan demi Palestin, dan bukan lagi menjadi tunggangan sang penguasa timur dan barat yang menunggangnya demi kepentingan masing-masing. #bebaspalestin #palestin #palestine #فلسطيني #فلسطين #gaza --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20242 minutes, 44 seconds
Episode Artwork

Bolehkah Sembuh Jika Ada ADHD?

Mendoakan agar individu yang telah pun menerima diagnosis ADHD supaya sembuh dengan memakan ‘ubat’, mungkin tidak begitu tepat dan mengguris hati sesetengah mereka. Sebabnya, individu ADHD tidak akan sembuh daripada ADHD berkenaan. Tiada kesembuhan, kerana ia bukan penyakit dan situasinya bukan sementara. Stimulan yang diambil bukan ubat, stimulan yang diambil adalah bantuan untuk membolehkan fungsi-fungsi eksekutif yang terganggu kerana ADHD itu diatasi selama mana stimulan tersebut masih berada di dalam sistem tubuh badan individu berkenaan. Jika stimulan yang diambil adalah versi rembesan perlahan seperti Concerta ataupun Tyvense, dengan nama yang berbeza-beza di antara satu negara dengan satu negara lain, maka kesan baik daripada pengambilan stimulan itu akan aktif di dalam tubuh badan lebih kurang dalam sepuluh ke dua belas jam. Selepas daripada itu individu berkenaan akan kembali kepada keadaan asalnya. Analogi mudah untuk kita faham ialah seperti orang rabun yang memakai cermin mata. Bila pakai cermin mata, pandangan yang kabur itu dapat dijelaskan. Apabila cermin mata itu ditanggal, maka dia kembali ke sifat rabun yang asal. Begitulah juga dengan individu ADHD. Cuma perubahan baik ialah stimulan yang memperbaiki fungsi eksekutif membolehkan banyak pekerjaan yang dahulunya sukar untuk dibuat kini mungkin dapat dibuat dengan lebih baik. Seterusnya, menghasilkan hasil yang lebih mendatangkan rasa kepuasan dan gembira. Boleh mengurangkan kebarangkalian kegagalan melunaskan aktiviti, projek, kerja, pembelajaran, dan pengajian. Ia boleh menyumbang kepada kualiti kehidupan yang lebih baik. Maka kalau daripada dimensi itu mungkin doa sembuh ini tadi ada munasabahnya. Namun, mendoakan kesembuhan kerana makan ubat, hakikatnya individu ADHD tidak akan sembuh kerana ia bukan penyakit, dan stimulan bukan ubat. Ia adalah kelainan otak di antara mereka ini dengan individu-individu yang bukan ADHD. Ia telah ada semenjak lahir dan ia kekal sepanjang hayat. Apa yang barangkali berubah adalah strategi mengatasi gangguan-gangguan tersebut dan bagaimanakah cabaran-cabaran dan kelebihan yang ada di sebaliknya dapat dimanfaatkan untuk kualiti kehidupan yang lebih baik. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20242 minutes, 40 seconds
Episode Artwork

Pendidikan Malaysia Kena Ikut Acuan Kita Sendiri?

Apabila saya kongsikan cerita mengenai sekolah-sekolah di Finland yang sama adil sama rata untuk semua murid di negara berkenaan, antara komen menarik yang saya terima ialah apabila munculnya dakwaan bahawa kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan Finland kerana pendidikan kita perlu mengikut acuan kita sendiri. Soalannya, apakah yang dimaksudkan dengan acuan kita sendiri? Memberikan pendidikan yang sama adil, sama rata untuk semua murid bukanlah inovasi yang dicipta oleh negara Finland berkenaan. Ketika saya membaca buku Adab al-Mu'allimin yang ditulis oleh almarhum Muhammad Ibn Sahnun, meninggal dunia pada tahun 817 Masihi, lebih kurang kurun yang ketiga Hijriyah, saya tertarik dengan satu bab di dalam kitab berkenaan yang Ibnu Sahnun tajukkan sebagai "ما جاء في العدل بين الصبيان" iaitu "Bab Mengenai Berlaku Adil Kepada Anak-anak." Di dalam kitab berkenaan, selain daripada soal adab-adab guru yang mengajar dan murid yang belajar, terdapat banyak kandungan membabitkan soal polisi dan dasar pendidikan, mengikut bahasa orang sekarang. Dan di dalam kitab itu, Ibnu Sahnun memetik sepotong hadis Nabi ﷺ daripada Anas bin Malik Rallahu Anhu Rasulullah ﷺ bersabda, “sesiapa yang mendidik dan mengambil tanggungjawab ke atas tiga kanak-kanak daripada umat ini kemudian tidak mengajarnya secara saksama, bahawa yang miskin belajar bersama dengan yang kaya dan yang kaya bersama dengan yang miskin, maka pendidik itu akan dibangkitkan di Mahsyar bersama golongan pengkhianat.” Walaupun hadis ini didhaifkan oleh Al-Nasa'ie, Ibn Main dan Al-Zahabi, penekanan yang diberikan oleh Ibn Sahnun di abad kesembilan itu boleh memberikan indikasi kepada kita bahawa pendidikan masyarakat di zaman itu ditekankan agar berbentuk egalitarian dan tidak elit. Jika Ibnu Sahnun hidup pada tahun 2024 ini dan beliau berpeluang melawat sekolah-sekolah di Finland dan di Malaysia, negara manakah pada pandangan Ibnu Sahnun mengikut teladan pendidikan Islam yang beliau nukilkan di dalam kitabnya? Dan kembali kepada persoalan asal jika kita tidak boleh mengikut contoh daripada negara lain kerana kita ada acuan kita sendiri, apakah acuan pendidikan kita yang kita dakwa itu? --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20242 minutes, 48 seconds
Episode Artwork

Di Ireland Rakyat Berkuasa Meminda Perlembagaan Negara

Di Ireland, Artikel 47 Perlembagaan Negara menyatakan mekanisme dan peranan ahli Parlimen (TD) serta rakyat negara ini, jika pindaan mahu dilakukan ke atas Perlembagaan Negara. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20241 minute, 38 seconds
Episode Artwork

Rakyat Ireland Keluar Mengundi Untuk Meminda Perlembagaan Artikel 41

Hari ini Jumaat 8 Mac 2024, rakyat Ireland keluar mengundi untuk meminda Perlembagaan Ireland, Artikel 41, berkaitan definisi KELUARGA dan peranan wanita di dalam rumah. Adakah referendum ke-39 dan 40 ini perlu untuk memperbaiki kualiti hidup dan integriti masyarakat, atau sebaliknya? Saya berkongsi beberapa maklum balas ringkas mengenai dua usul berkenaan. Semoga bermanfaat. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20246 minutes, 32 seconds
Episode Artwork

George Galloway Antara Rochdale dan Bumi Berdarah Itu

Apabila George Galloway menang dalam pilihanraya MP di Rochdale baru-baru ini, beliau dicemuh sebagai mementingkan isu Gaza dan bukannya isu tempatan pengundi yang mengundinya. Dulu-dulu mungkin ia dakwaan yang ada makna. Hari ini, selepas 7 Oktober 2023, dunia menyaksikan bagaimana semakain bertambah kerajaan yang tidak peduli kepada penderitaan rakyatnya, adalah kerajaan yang sama complicit bersama Zio**** di Palestin. Dasar luar tidak lagi terpisah daripada dasar tempatan. Jika dahulu, orang Islam mungkin keliru mana yang lebih baik antara Trump dan Biden. Sebabnya, walaupun dasar tempatan di AS itu mungkin ada perbezaan, dasar luar negara berkenaan sama sahaja, dan nasib yang menimpa Palestin tidak ada apa-apa bezanya. Kini, sistem dua parti semakin dibulatkan sebagai sama sahaja menjadi alat lobi Zionis dan menganiaya penduduk Palestin. Kemunculan George Galloway di dalam Westminster, mudah-mudahan membuka lembaran baharu untuk tahun 2024 menyaksikan masyarakat dunia membuang kedua-dua belah pihak yang berkongsi hati yang kejam itu. Ireland pun sama juga. FG dan FF mudah-mudahan menemui penamat kepada penguasaan mereka semenjak merdeka dahulu lagi. #freepalestine #palestine #gaza #rafah #georgegalloway --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20242 minutes, 12 seconds
Episode Artwork

Sekolah Elit: Kitaran Zalim Perlu Berhenti

Jika ada sesiapa berkumpul dan mula bersembang tentang hari-hari gemilang di sekolah dahulu, sekolah yang elit, terkenal, keputusan peperiksaan terhebat negara, ia tidak pernah gagal mendatangkan rasa mual pada diri. Jika hasil bersekolah di sekolah serba lengkap tersebut menjadikan kita berjaya menyambung pelajaran dan seterusnya menjadi manusia berjaya, gunakan pendidikan berkualiti dan akal fikiran yang ada untuk memberhentikan kitaran zalim ini. Kita ada macam-macam jenis sekolah. Ada sekolah serba lengkap, ada sekolah yang sangat daif. Apa yang hendak dibangga jika di sebalik kejayaan kita ada ramai yang terpinggir kerana ketidakadilan di dalam polisi zaman berzaman. Sekolah itu jika asalnya adalah untuk membantu anak orang susah, kembalikan ia ke fungsi asal. Jika kita bekas anak orang susah, jangan lupa, tanggungjawab kita selepas senang adalah untuk beredar daripada kitaran itu agar anak orang kaya dan anak orang miskin, sama-sama ada peluang berjaya apabila sekolah berfungsi mengecilkan jurang latar belakang keluarga untuk maju ke hadapan. #pendidikanfatamorgana #pendidikan #sekolahelit #sbp #mrsm #budayaelit --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20243 minutes, 7 seconds
Episode Artwork

Empayar Sombong Ada Ajalnya

Empayar sombong ada ajalnya. Seperti kebun dalam surah al-Kahf. Jangan berasa lemah di hadapan kesombongan mereka. Bukan banya empayar bisnes, malah negara haram I itu juga menuju kemusnahan oleh diri sendiri dari dalam seperti kata Profesor Ilan Pappe baru-baru ini. #bebaspalestin #freepalestine #palestin #palestine #gaza #rafah --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20244 minutes, 39 seconds
Episode Artwork

Kerosakan Pusingan Kedua: Surah al-Isra’ Ayat ke-4

Suatu ketika dahulu, mempercayai bahawa kerosakan pusingan kedua yang kaum Yahudi lakukan sebagai seangkuh-angkuh manusia adalah apa yang Yahudi Zionis lakukan pada hari ini, bunyinya agak eksklusif. Ia terhad kepada pendapat ilmuan bidang al-Quran. Namun selepas 7 Oktober 2023, hal ini menjadi nyata kerana sepanjang sejarah manusia yang diketahui, kita belum pernah melihat golongan seangkuh dan sezalim mereka yang menjajah Palestin hari ini. Bebannya ke atas kita, selain mangsa sebenar di bumi berkenaan, adalah kita menjadi saksi kepada bencana ini. Menjadi saksi bukan perkara kecil, seperti yang Allah swt sumpah di dalam surah al-Buruj, “wa syahidin wa masyhud” #freepalestine #bebaspalestin #palestin #gaza --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20241 minute, 48 seconds
Episode Artwork

Empat Bulan Membuktikan Empat Perkara

Empat bulan membuktikan empat perkara: 1. Slogan hak asasi manusia oleh kuasa Barat tidak universal. Hanya layak dinikmati oleh golongan yang mereka takrif sebagai manusia. Orang Palestin tidak termasuk. 2. Gila kuasa boleh mendorong orang politik menjadi sangat jahat dan kejam, demi mengekalkan kedudukan dan melindungi diri daripada sebarang pendakwaan andai sudah tidak berkuasa. 3. Pelbagai badan dan mekanisme antarabangsa untuk melindungi manusia daripada bencana kezaliman seperti yang pernah terjadi di dalam sejarah, tidak berfungsi. Hanya resolusi, bercakap tanpa tindakan dan impak. Undang-undang mencegah jenayah geno**** agar tiada lagi sesiapa menjadi mangsa bencana holocaust, tidak mempunyai apa-apa makna pada menghalang Zionis menghapus penduduk Palestin khususnya di Gaza. 4. Regim Zionis berjaya membuktikan bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja kerana tiada siapa yang mampu atau mahu menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka mahu lakukan. Dan perangai-perangai syaitan regim Zionis itu jangan kita sangka terhad hanya boleh lahir daripada mereka kerana mereka Barat atau Zionis. Sebaliknya, kita juga boleh berperangai dengan perangai yang sama apabila kita ditimpa penyakit angkuh, meremehkan kebenaran dan memandang rendah manusia lain yang tidak seperti kita. #bebaspalestin #bebasgaza #palestin #gaza #rafah #palestine #freepalestine #فلسطين #فلسطين🇵🇸 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20243 minutes, 57 seconds
Episode Artwork

Andai Perang Ini Berpanjangan Dan Afrika Selatan Gagal di ICJ

Andai Perang Ini Berpanjangan Dan Afrika Selatan Gagal di ICJ --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20247 minutes, 5 seconds
Episode Artwork

Bencana Pendidikan Yang Lemahkan Fikir

Serumit mana pun masalah pendidikan, kita tidak tersesat jalan. Kita tahu pendidikan datang dari mana dan kita perlu membawanya ke mana. Oleh kerana kita tahu Islam menuntut pendidikan itu bentuknya bagaimana, kita tidak teragak-agak untuk terus berkonfrontasi dengan tetapan dalam sistem semasa yang tidak kena. Ia bukan berasaskan pendapat peribadi semata-mata, tetapi asasnya ialah kerana kita tahu bahawa Islam meletakkan pendidikan perlu bentuknya seperti ini. Ia tidak merujuk kepada pendidikan agama Islam. Tetapi pendidikan secara dasar, untuk semua. Permulaannya ialah, apabila Allah mengisytiharkan Adam 'alayhi al-salam sebagai khalifah di atas muka bumi ( surah al-Baqarah 2: 30), malaikat pantas menimbulkan pertanyaan: "Ya Allah, mengapakah Engkau jadikan di atas muka bumi ini khalifahnya adalah makhluk yang berisiko melakukan kerosakan dan menumpahkan darah? Sedangkan kami para malaikat adalah makhluk yang sentiasa bertasbih memuji dan menyucikan-Mu?" Ayat mudah untuk memahami perkara ini adalah seumpama ada satu tugasan yang kita hendak beri kepada salah seorang pekerja. Calon yang pertama akan buat benar-benar seperti yang kita arah, manakala calon kedua pula mungkin buat dan mungkin tidak buat, malah mungkin akan melakukan kerosakan. Pemikiran mudahnya, sudah tentu kita akan melantik calon yang pertama. Pekerja yang akan buat benar-benar seperti yang disuruh. Jadi, kalau malaikat itu makhluk yang akan buat seperti disuruh sebagaimana surah At-Tahrim ayat 6 tegaskan, mengapa Allah swt tidak melantik malaikat jadi khalifah? Allah swt menyatakan bahawa, "Aku tahu apa yang kamu tidak tahu." Allah swt tidak menafikan kebimbangan malaikat di awal tadi. Sebaliknya, ada sesuatu tentang Adam dan keturunan-keturunannya yang Allah tahu namun malaikat tidak tahu atau belum tahu. Apakah ia? Di dalam ayat yang berikutnya, Allah swt mengajar Adam dan Adam belajar apa yang Allah ajar serta mengembangkannya. Lalu Allah swt memerintahkan malaikat buat sebagaimana yang Adam buat, jika mereka benar seperti yang mereka dakwa. Malaikat tidak boleh melakukannya. Kata malaikat: "Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak ada ilmu kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami sahaja." (al-Baqarah 2: 32) Malaikat boleh belajar boleh faham, tetapi ilmu dan faham mereka statik. Mereka tidak diberi keupayaan seperti Adam untuk boleh belajar, faham, analisis, sintesis, kembangkan, sebagai keperluan asas keperluan dan kemakmuran hidup di atas muka bumi. Walaupun Adam 'alayhi al-salam dan keturunannya ada risiko melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, risiko itu boleh diminimumkan jika potensi Adam dipenuhi iaitu mereka belajar. Belajarnya pula ialah belajar yang mencambahkan, mengembangkan, dan mengukuhkan keupayaan mereka berfikir. Oleh yang demikian, masalah tidak boleh berfikir ini bukan benda kecil. Kita memang bingung dengan kemunculan 'KBAT' di dalam sistem pendidikan sekarang ini. Tetapi membuang KBAT pula bukan solusinya. KBAT memang diperlukan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau High Order Thinking Skills (HOTS) adalah kualiti manusia yang menjadikan manusia itu manusia. Al-Jurjani (meninggal dunia 1078m) mentakrifkan: الإنسان حيوان ناطق "Manusia itu adalah hidupan yang rasional / mantiqi" Apabila manusia tidak boleh berfikir, pelbagai bencana terjadi. Sesungguhnya negara-negara yang serius berfikir tentang pendidikan tidak melihat sekolah sebagai masa untuk kanak-kanak perlu belajar segala-galanya. Ia perlu menjadi agenda sepanjang hayat, sebagai lifelong learners. Sekolah sepatutnya menjadi tempat kanak-kanak belajar bagaimana hendak belajar, bagaimana hendak tahu, suka belajar dan suka untuk tahu. Bukan institusi pembunuh minat belajar dan rasa ingin tahu yang wujud di dalam fitrah setiap bayi yang lahir. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20248 minutes, 9 seconds
Episode Artwork

Konsep Pendidikan Menurut Pandangan Alam Islam

Program bersama Sekolah Rendah Islam al-Azhar, Perlis pada 12 Februari 2024. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20241 hour, 29 minutes, 10 seconds
Episode Artwork

Menjawab Persoalan ADHD, Anxiety dan Bangkit Pasca Diagnosis

Menjawab Persoalan ADHD, Anxiety dan Bangkit Pasca Diagnosis --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/202425 minutes, 47 seconds
Episode Artwork

The Injection of the Religious Flavour Into Zionism

Here is a snippet from Saturday’s talk in DublinThe injection of the religious flavour into Zionism and what we as Muslims should learn from it.#freepalestine #irishpalestinian #irelandpalestine #irelandpalestinesolidarity --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/15/20245 minutes, 13 seconds
Episode Artwork

Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?

Konflik yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza, sudah menghampiri tiga bulan. Jumlah mangsa yang terkorban mencecah sekitar tiga puluh ribu orang. Ini jauh daripada angka dan apa yang telah kita saksikan di peringkat awal dahulu. Kini, kita perlu menyoal, adakah kita masih komited dengan perjuangan membantu dan bersolidariti dengan saudara-saudara kita di Palestin, di Gaza, atau bagaimana?Jika kita sandarkan komitmen solidariti kita kepada usaha menyebarkan foto-foto mangsa yang terkorban, jumlah yang terkorban itu sudah berganda-ganda jauh lebih besar daripada apa yang terjadi dua bulan yang lalu. Ketika menyentuh hal ini dua bulan yang lalu, saya berdepan dengan serangan daripada sesetengah netizen. Seumpama mereka hanya membaca tajuk, lantas salah faham dan tidak bersetuju dengan saranan yang dikemukakan. Saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca, bahawa konflik Palestin ini memerlukan kita bernafas panjang. Ia tidak boleh bergantung semata-mata kepada emosi amarah dan sedih yang berhubung rapat dengan penyebaran imej dan video grafik mangsa kekejaman Zionis itu.Teruskan bersolidariti, jangan patah semangat dan murung dengan kesedihan demi kesedihan yang melanda.Fokus, kukuhkan diri, ikuti laporan berita setiap hari, fahamkan daripada dimensi yang pelbagai, agar lebih memahami.Jangan lupa berusaha bersama-sama memperbaiki diri, meningkatkan kelayakan kita ketika berdoa, agar Allah lebih memandang doa kita, para hamba-Nya.Sambutlah juga solidariti dan sokongan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia yang buat pertama kalinya membuka mata untuk melihat siapakah syaitan sebenar di sebalik segala musibah yang berlaku ini.Bebas Palestin!Artikel penuh di blog PALESTIN.SAIFULISLAM.COM#bebaspalestin --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/12/20244 minutes
Episode Artwork

Fenomena Agamawan Berbahasa Kesat Dalam Ceramah

𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵Sungguh menghairankan apabila orang-orang agama berusaha keras untuk menjustifikasikan bahasa kasar dan kesat di dalam ceramah dengan alasan ini adalah bahasa biasa di daerah di mana kami berada, dan di negeri di mana kami berasal. Tradisi keilmuan ulama kita di Tanah Melayu di Nusantara, bukan perkara baru. Namun dahulukala, kita tidak jumpa masyaikh dan tok-tok guru kita menggunakan bahasa-bahasa demikian dalam ucapan ataupun tulisan mereka. Mereka tidak menggunakan bahasa kesat ketika menyampaikan agama.Sesuatu yang mungkin orang ramai kurang faham kerana tidak mengalaminya ialah ujian di meja penceramah. Apabila kita duduk di meja ceramah, bermulalah satu ujian yang besar. Mungkin di peringkat amatur orang ramai berkata, “oh ini geng-geng ‘ustaz sampul’ belaka!” Masyarakat menganggap ustaz atau penceramah itu mahu menjaga kedudukannya berdasarkan kepada lumayannya sagu hati yang diberikan di dalam sampul tadi.Tetapi di satu peringkat, wang bukan menjadi tarikan utamanya lagi. Bukan itu yang menarik perhatian dan mendatangkan lebih kepuasan kepada penceramah. Sebaliknya, apa yang lebih menguji malah beracun iaitu sokongan orang ramai. Orang angguk dengan pendapat kita. Orang ketawa dengan gurauan kita.Kalau kita buat lawak, beratus-ratus malah beribu orang gelak, ‘feeling‘ ketika itu, masya Allah! Kalau kita cakap satu benda yang betul, beribu orang mengangguk kerana bersetuju dengan benda yang kita cakap, ujiannya sangat mendalam.Saya yakin ramai yang tidak pernah kenal dan sudah lupa tentang siapa saya untuk mengulas hal ini.“Siapa beliau nak cakap tentang hal ini?”Saya tidaklah sepopular nama-nama besar yang ada hari ini. Tetapi serba sedikit, sekurang-kurangnya saya pernah berada di dalam situasi itu. Di pentas ceramah, di kaca tv saban waktu, poster dan banner di sana sini, berceramah keliling dunia, Allah rezekikan sedikit untuk berada di dalam situasi berkenaan.Hakikatnya, setiap kita yang duduk di meja ceramah, kita diuji dengan ujian-ujian khusus untuk orang agama.Artikel penuh di blog www.saifulislam.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/8/20249 minutes, 28 seconds
Episode Artwork

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok-tembok Rome

Sungguh luar biasa Palestin ini kerana semua kematian yang terjadi di bumi itu adalah kematian yang menghidupkan. Artikel penuh di https://saifulislam.com/2023/12/tragedi-gaza-runtuhkan-tembok-rome/ --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/26/20239 minutes, 51 seconds
Episode Artwork

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada ucapan Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi semasa menghantar surat seperti yang dirakam di dalam tarikh A-Tabari dan Al-Bidayah Wa al-Nihayah oleh Ibnu Kathir. Kata Khalid bin Al-Walid radiallahu anhu: بسم الله الرحمن الرحيم، من خالد بن الوليد إلى ملوك فارس، فالحمد لله الذي حل نظامكم ووهن كيدكم، وفرق كلمتكم… فأسلموا وإلا فأدوا الجزية وإلا فقد جئتكم بقوم يحبون الموت كما تحبون الحياة.“ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang daripada Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi, segala puji bagi Allah yang telah membubarkan pemerintahanmu dan melemah hancurkan perancanganmu dan memecahbelahkan kesatuanmu, terimalah Islam atau bayarlah jizyah, jika tidak, aku datang bersama dengan satu kaum, yang mereka itu cintakan kematian seperti kamu cintakan kehidupan.“ Semangat inilah yang berada di belakang mereka yang berjuang membebaskan bumi Palestin yang tidak ada di dalam jiwa keji, pengecut, penakut yang ada pada tentera Zionis yang sedang berleluasa di bumi Isra wal Mi’raj itu. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/20/20233 minutes, 17 seconds
Episode Artwork

Penganjuran Malaysian Night: Perbalahan Yang Menguji Jati Diri

Harapan saya ialah pertembungan yang berlaku di antara pihak yang mahu menganjurkan acara ini dan mereka yang tidak bersetuju, sebolehnya biarlah pertembungan itu lahir dalam bentuk menunjukkan kebijaksanaan, kematangan, kedua belah pihak pada mencari jalan untuk mengharmonikan sesama rakyat Malaysia yang ada latar belakang yang berbeza dan bukan semata-mata menyambung bahasa pertembungan daripada masyarakat di tanah air yang sudah begitu kronik terpisah hidup dalam dunia masing-masing walaupun kita masih lagi berbangga untuk mendakwa Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, pelbagai agama, tetapi ia sukar untuk diserlahkan dalam hal-hal yang seperti ini.Namun dalam suasana semasa ketika pelbagai perkara yang menyedihkan berlaku terutamanya dengan serangan yang terjadi di Palestin, jika kita hendak bersuka ria, nak berseronok, itu hak masing-masing, terpulanglah dengan agenda masing-masing, Friday night, Saturday night, Sunday night tetapi jika ia membabitkan penganjuran oleh rakyat Malaysia sendiri, sesama pelajar Malaysia, Mungkin masa ini adalah masa yang tidak sesuai, adalah lebih baik untuk perbelanjaan yang ada disumbangkan untuk membantu mangsa kepada peperangan tersebut yang amat memerlukan kepada bantuan.Berusahalah untuk duduk semeja, berbincang dan mencari jalan yang lebih aman dan harmoni, menjauhkan diri daripada sikap memandang rendah dan memperlekeh antara satu sama lain, apatah lagi menyerang, mengaibkan sesama kita rakyat Malaysia dengan mencari keburukan, kesalahan, hal-hal peribadi individu-individu yang kita tidak setuju kerana itu adalah akhlak rendah yang tidak menggambarkan kualiti pelajar yang dibiayai sama ada oleh kerajaan ataupun oleh keluarga masing-masing dengan jumlah yang begitu besar untuk belajar di luar negara, tetapi berada hanya di tahap demikian untuk mengadu domba atau membawang bak kata orang sekarang.Take care, jaga diri baik-baik, usahakanlah untuk mencari jalan perdamaian dan persahabatan sesama kita.Artikel penuh di https://saifulislam.com/2023/11/penganjuran-malam-malaysia-perbalahan-yang-menguji-jati-diri/ --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/28/20239 minutes, 47 seconds
Episode Artwork

Panduan Boikot Menurut Pengasas Gerakan Boikot Sendiri: Omar Barghouti

Perkongsian Omar Barghouti di majlis berkenaan menunjukkan bahawa boikot perlu dilakukan hasil daripada penelitian, mempertimbangkan kesan yang boleh dihasilkan dan bukan semata-mata untuk memuaskan emosi marah kita terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan kezaliman ke atas penduduk Palestin. Saya menutup perkongsian ini dengan kita merenung kepada sepotong hadis Nabi ﷺ yang terdapat di dalam Sahih Muslim:من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان‏“Sekiranya sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah ia dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah ia dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (hadith riwayat Muslim) Saya ingin menyentuh tentang perkataan yang dipakai oleh Nabi ﷺ di dalam hadis tersebut. Bahawa tindakan yang kita lakukan terhadap kemungkaran yang kita lihat, bukan hanya mencegah atau menghalang. Perkataan yang dipakai di dalam bahasa Arab itu bukan falyamna’hu (فليمنعه) ataupun apa-apa yang memberikan maksud memberhentikannya, menghalangnya, atau mengepungnya. Tetapi perkataan yang baginda pakai adalah falyughayyirhu (فليغيره) “hendaklah dia mengubahnya.” Maka mencegah kemungkaran mestilah mempunyai kualiti pada tindakan tersebut yang berpotensi mengubah kepada sesuatu yang lebih baik. Tindakan kita untuk mencegah kemungkaran tidak harus berada pada baseline yang rendah selama-lamanya dengan alasan “yang penting saya buat sesuatu.” Tetapi kita kena selalu memikirkan apakah langkah yang lebih efektif, paling efektif, untuk sebuah perubahan itu dapat dihasilkan. Dan ini adalah merupakan satu saranan yang begitu produktif daripada Nabi ﷺ agar kita mengutamakan kualiti. Berbanding tindakan yang berasaskan semata-mata kepada sentimen. Emosi itu adalah api yang akan padam apabila bekalan minyaknya berakhir. Minyak itu datang daripada ilmu, pemerhatian, dan perbincangan, mesyuarat dan semua itu diperintahkan oleh agama agar menjadi sebahagian daripada modus operandi kita pada membantu Palestin dan Muslim seluruhnya. Artikel penuh di https://saifulislam.com/2023/11/panduan-boikot-menurut-pengasas-gerakan-boikot-sendiri-omar-barghouti-bds/ #bebaspalestin --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/22/20239 minutes, 30 seconds
Episode Artwork

Isu Palestin di Ireland: Antara Rakyat dan Kerajaannya

Walaupun Ireland tegas membela Palestin, ketegasan itu adalah suara rakyat, aktivis masyarakat dan ahli politik blok pembangkang iaitu Sinn Féin, People Before Profit dan Social Democrats. Ada pun kerajaan semasa yang terbentuk daripada tiga parti utamanya iaitu Fine Gael, Fianna Fáil dan Green Party, mereka masih lunak dengan Lionistz .Saya berpendapat, punca utamanya dua:1. Mereka anggap kemajuan yang sedang Ireland nikmati sekarang akan terjejas jika hubungan dengan USA, UK, Perancis, Jerman dll terganggu.2. Jika Ireland setuju Lionistz melakukan genocide, kerajaan semasa boleh turut diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana sebagai negara yang menandatangi Konvensyen Genocide, Ireland bukan sahaja kena ambil tindakan ke atas pelaku genocide, malah tidak boleh menjadi enabler kepadanya. Aktivis-aktivis melaporkan pesawat-pesawat tentera AS menuju Israel, transit di Lapangan Terbang Shannon, Ireland, dan kerajaan tidak melakukan pemeriksaan ke atas pesawat-pesawat berkenaan.Artikel penuh di blog https://saifulislam.com/2023/11/isu-palestin-di-ireland-antara-rakyat-dan-kerajaannya/Doa, derma dan suara, untuk Palestin!#FreePalestine #BebasPalestin --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/21/20236 minutes, 52 seconds
Episode Artwork

Lima Hukum Asas Kebodohan Manusia oleh Cipolla - Webinar 'Membedah Kebodohan'

Lima Hukum Asas Kebodohan Manusia oleh Carlo M. Cipolla, petikan Webinar sepanjang 5 jam bertajuk 'Membedah Kebodohan'. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/13/20232 minutes, 55 seconds
Episode Artwork

Foto Dan Video Dari Gaza: Tak Kongsi Maknanya Tak Simpati?

Benarkah jika kita tidak kongsikan foto dan video ngeri daripada medan peperangan di Gaza, di Palestin, bermakna kita tidak prihatin dan simpati kepada saudara-saudara kita yang menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis di sana? Persoalan ini tidak masuk akal. Pertamanya, perbincangan yang saya timbulkan beberapa hari yang lalu tidak langsung mempertikaikan kepentingan untuk foto dan juga video disebarkan. Ia penting dan ia adalah apa yang diperjuangkan oleh antaranya wartawan-wartawan yang berani memposisikan diri mereka di tengah-tengah konflik untuk menyampaikan kepada dunia apa yang sedang berlaku. Fokus kita hanya kepada foto yang grafik, mengerikan, visual budak-budak terbakar, kepala terputus dan yang seumpama dengannya. Kita memikirkan kesannya kepada sesetengah anggota masyarakat. Kita ada hasrat, dan benarkah berkongsi foto dan video sebegitu menyampaikan kita kepada hasrat yang dihajatkan? Jika ada di kalangan anggota masyarakat yang tidak rasa apa-apa, tidak ada masalah. Tetapi perhatian khusus kita adalah kepada kanak-kanak. Kajian-kajian menunjukkan ada kesan yang kita tidak mahu, telah terjadi. Justeru, kita timbulkan perbincangan tempoh hari untuk menjadi panduan.Artikel penuh di blog : ⁠https://saifulislam.com/2023/11/foto-dan-video-dari-gaza-tak-kongsi-maknanya-tak-simpati/⁠ --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/10/20237 minutes, 58 seconds
Episode Artwork

Palestin 2023: Antara Ilusi dan Realiti

Pada suatu ketika, seorang pemimpin yang dipuja puji oleh pengikutnya sampai ajal dan bertemu dengan kematian. Pemimpin agung itu dikebumikan dan atas rasa cinta kasih sayang pengikutnya, mereka membina sebuah patung yang rupanya tidak ubah seperti pemimpin itu semasa hayat beliau. Pada suatu hari, seekor burung kecil hinggap di atas hidung patung berkenaan. Burung kecil itu melepaskan hajatnya dengan penuh kehinaan ke atas hidung pemimpin yang agung itu. Kemudian burung itu pergi begitu sahaja, pemimpin yang agung itu tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalang dirinya daripada dihina oleh burung itu tadi.Mengapakah situasi itu berlaku? Jawapannya sangat mudah:Walaupun yang dinajiskan itu adalah seorang pemimpin yang agung tetapi dia hanyalah sebuah patung. Burung yang kecil itu, tidak bernama, satu daripada burung yang banyak, tetapi burung itu adalah burung hidup, burung sebenar, burung yang hakiki.Abu al-Hasan Ali al-Nadwi Rahimahullah di dalam sebuah buku kecil bertajuk Ila al-Islam min Jadid, atau "Kembali Semula Kepada Islam", di dalam salah satu daripada bab buku itu bertajuk, بين الصورة و الحقيقة, iaitu "Di Antara iIusi dan Realiti", beliau menjelaskan:Hukum alam menetapkan bahawa realiti akan sentiasa mengalahkan ilusi.Palestin sedang diganyang oleh musuh-musuh Allah yang tulen.Palestin sedang menanti Muslim kembali kepada Islam agar kita menjadi Muslim hakiki dan bukan sekadar ilusi.Artikel penuh di blog https://saifulislam.com/2023/11/palestin-2023-antara-ilusi-dan-realiti/#bebaspalestin --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/8/202311 minutes, 46 seconds
Episode Artwork

Perangkap Red Herring Media Melarikan Perhatian Dunia

Soalan yang diajukan sesama kita umat Islam ialah “Hamas ini tak ada buat salah ke?” Dan “kalau jika Hamas ada buat salah mengapa kesalahan Hamas itu tidak ditegur?” Kita mungkin khuatir bukan Muslim akan memberikan tanggapan seolah olah kita umat Islam ini bias berpihak kepada Hamas, walaupun Hamas melakukan kesalahan dan mengecam Zionis semata mata kerana Zionis itu by default adalah jahat dan salah, tidak objektif dalam menilai apa yang berlaku. Pertanyaan itu relevan dan penting. Cuma kita perlu berhati-hati kerana selain daripada soalan itu, cara kita hendak menjawabnya juga penting untuk mengelak daripada apa yang disebut sebagai red herring, hilang fokus, bila ada satu perkara yang menarik perhatian, tumpuan kita beralih daripada fokus utama kepada membincangkan isu serpihan tadi. Ia boleh terjadi secara tidak sengaja, boleh berlaku dengan disengajakan oleh mereka yang berkepentingan. Propaganda seperti ini bukan merupakan perkara yang baru di dalam dunia moden. Pada hari ini kita dapat melihat bagaimana beberapa teladan daripada al Quran boleh dijadikan sebagai panduan untuk memahami apa yang berlaku. Kita boleh meninjau kembali kepada sirah Nabi Musa alaihi Wassalam. Artikel penuh di blog www.saifulislam.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/6/202318 minutes, 21 seconds
Episode Artwork

Strategi Ibu Bapa Berinteraksi Dengan Anak di Rumah Perihal Konflik di Palestin

Panduan untuk ibu bapa berinteraksi dengan anak mengenai isu Palestin di rumah. #BebasPalestin --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/6/202329 minutes, 59 seconds
Episode Artwork

Baik Buruk Sebaran Visual Foto dan Video Peperangan di Palestin

Di samping keperluan menyebarkan foto dan video peperangan untuk laporan dan pengetahuan, bagaimana pula dengan kesannya kepada diri kita semua, terutamanya kanak-kanak? Apakah Rasulullah ﷺ membekalkan apa-apa petunjuk untuk kita jadikan panduan dalam hal ini?8 minit pelaburan masa anda untuk kita sama-sama bincangkan hal ini. https://saifulislam.com/2023/11/baik-buruk-sebaran-foto-dan-video-ngeri-perang-palestin/#bebaspalestin --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/6/20237 minutes, 30 seconds
Episode Artwork

Perbezaan Tiga Istilah Besar Dalam Isu Palestin

Mungkin persoalan membezakan di antara Zionis dan Yahudi tidak begitu ketara kepentingannya di dalam konteks di Palestin. Namun di luar daripada bumi Palestin, perkara ini perlu diberikan perhatian secara khusus kerana kita perlu berlaku adil untuk tidak mengelompokkan orang orang yang beragama Yahudi sebagai golongan yang by default bersetuju dengan apa yang dilakukan di Israel. Malah mereka juga giat bekerjasama dengan gerakan gerakan anti kepada Zionis, bersolidariti dengan penduduk tempatan di lokasi masing masing memperjuangkan hak penduduk Palestin.Jika kuasa Zionis memperalatkan istilah anti semitism, sebagai istilah yang diguna pakai untuk mengkritik sesiapa sahaja yang cuba mengkritik mereka dalam bentuk ketenteraan, politik dan polisi polisi lain yang menindas penduduk Palestin, khususnya umat Islam, sedangkan kritikan yang dikemukakan itu adalah merupakan kritikan terhadap Zionism, kepada gerakan Sohyuniyyah dan bukannya kepada Yahudi, agama Yahudi yang tidak menjadi asas kepada apa yang dilakukan oleh pengganas di bumi Palestin tersebut.Hal ini perlu ditegaskan kerana ia merupakan point utama untuk diberikan sebagai satu amaran kepada Amerika Syarikat kepada negara negara Eropah yang melakukan perkara yang sama pada tidak membezakan di antara Hamas dengan penduduk Palestin sebagai juga merupakan sikap yang sama di bawah kategori anti semitism.ASAS ILMUSebagai kesimpulan, akhirnya, apa yang ingin saya tegaskan, oleh kerana isu Palestin ini adalah merupakan isu global dan membabitkan peperangan maklumat, informasi, propaganda, maka sangat penting untuk kita terus dari semasa ke semasa menghalusi penggunaan istilah cara kita memaparkan berita mengulas nya mengambil kira konteks dan pelbagai lagi dimensi lain yang hanya boleh dilakukan jika ada kesungguhan dan keikhlasan dalam diri kita untuk mengasaskan semangat membela Palestin dengan asas ilmu seperti yang dianjurkan oleh agama kita sendiri.Artikel penuh di: https://saifulislam.com/2023/10/perbezaan-tiga-istilah-besar-di-dalam-isu-palestin-israel-yahudi-zionis/ --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/26/202316 minutes, 12 seconds
Episode Artwork

Crisis in Palestine: Our Role as Teachers

As teachers, should we tell our students in front of the classroom, are we supporting Palestine or Israel?  As an individual, no one can or should force us to believe in something or support whatever we decide to support. We are all free men and women to determine our options. But we must professionally uphold the integrity of being educators and teachers by understanding our priorities. Being teachers, what matters the most is the learning, the process. Hence, we need to deploy specific pedagogies to serve this objective. As teachers or educators, learning sciences should already become our second nature to refer to. It is always the basis of our work.  I don't think we should or need to begin the conversation by saying, "I think it's Hamas who did it or not", or "Israel who did it or not", for at least two reasons. First, it doesn't matter what our opinion is, especially to the actual victims there in Palestine. They don't get any benefits, and they are not affected by our support or our decision to go against any of them, and it has no learning value. But if we really want to engage our students in discussing the current issues in Palestine, especially if we are teachers or educators responsible for teaching social studies and especially history, then we might begin the conversation by asking the students, "Are you aware of what happened in Gaza, so and so, recently?" Invite the students to think.  Some might say, "Oh, I think Hamas are the criminals." And then some others might say, "Oh, I think it is Israel who is doing so and so." So, our responsibility as teachers is to guide our students, mediate the differences of opinion by helping them to investigate, make some comparisons between resources, and help them to think.  Especially in history, historical thinking and investigating resources are the foundation of everything. And students deserve to be guided. Also, from the perspective of media literacy, students need our help to understand what is behind media, how to identify bias and specific interest, be it explicit or implicit, try to make some comparisons between different narratives and help to reach a conclusion. We might be happy or unhappy with the conclusion that the students arrive at, but be it negative or positive, as teachers, we must understand how they actually arrive at the conclusion. They deserve to realise they did the right thing if it's right. And if the judgment has something wrong with it, we need to highlight to the students what went wrong and how that can be improved. And, of course, in the end, we also need to guide our students on how to coexist in peace when opinions are divided and become very binary. That can be achieved by inviting students to investigate and learn about the virtues, values, and characters behind these events. Humanise the situation. Try to understand from that point of view. Because justice and injustice, bullying, oppression, and wrongdoings are not only in foreign lands far, far, far away from our reality. It is universal. It happens in our schools, homes, and in our society.  Without the learning process, there is no education. It is an indoctrination. An indoctrination doesn't need teachers or educators. Anyone can do it.  An indoctrination makes teachers and educators irrelevant. RIZAL.IE --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/20/20233 minutes, 53 seconds
Episode Artwork

Mengapa Ireland Kuat Menyokong Palestin?

- Hubungan Sejarah Ireland dengan Perjuangan di Palestin:Asalnya, perjuangan pembebasan Irish Republican dilihat sama dengan gerakan Zionis pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Simpati berubah selepas Zionis terima cadangan Inggeris memecah belahkan Palestin, 1937; PM Ireland, Eamonn De Valera berucap di League of Nations membantah hal itu. Zionis dan Inggeris dilihat sebagai penjajah, lantas mengubah sokongan Ireland.- Tindakan Politik Ireland:Ireland menjadi anggota EU pertama mengiktiraf PLO pada tahun 1980.Usul Occupied Territorial Bill pada tahun 2018 oleh Parlimen Ireland berusaha menyekat produk dari wilayah penjajah seperti Israel masuk ke Ireland. Walaupun usul ini terhalang daripada dilaksanakan oleh parti konservatif Fianna Fáil dan Fine Gael, ia menunjukkan keseriusan dan ketegasan Ireland menentang kezaliman regim berkenaan. Parti seperti Sinn Féin terus mendesak Ireland menggunakan pengaruh di EU untuk menentang penjajahan Zionis.Baca artikel penuh di blog saifulislam.com#bebaspalestin #freepalestine --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/16/20238 minutes, 15 seconds
Episode Artwork

Kenapa Amerika Syarikat Berbelanja Besar Untuk Regim Z itu?

Nota ceramah tahun 2009. Harapnya masih relevan untuk mutalaah kita bersama hari ini, tatkala bumi Isra' sekali lagi bergelora besar. Saya buat rakaman baharu. Mudah-mudahan tidak kena tindakan oleh Youtube dan FB. Notanya saya letak di blog. Nota bersama 25 isi utama perkongsian ini boleh sahabat baca di blog saifulislam.com iaitu di https://saifulislam.com/2023/10/mengapa-usa-berbelanja-besar-untuk-regim-z-itu/ --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/11/202324 minutes, 47 seconds
Episode Artwork

SIrah dan Maulid: Antara Bahasa Akal dan Bahasa Kasih Sayang

Memetik saranan Said Hawwa di dalam bukunya agar musim kehadiran sambutan Maulid al-Rasul ﷺ , dimanfaatkan kesediaan masyarakat untuk berprogram, dengan mengadakan pengisian yang mendekatkan kita dengan Baginda ﷺ. Namun pengisian itu eloklah diusahakan agar seimbang di antara mengungkapkan Sirah dengan bahasa yang memberi kepuasan berfikir, dengan bahasa yang memberi kemanisan berperasaan. Asalkan kedua-duanya berlaku di dalam ruang lingkup garis panduan halal haram agama Islam ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/29/20235 minutes, 34 seconds
Episode Artwork

ADHD: Advokasi Bukan Promosi

Seronokkah jadi individu yang ada ADHD? Apabila kita banyak memperkatakan tentang satu satu perkara, ada kecenderungan dalam masyarakat kita, perkara tersebut menjadi viral, diperkatakan, dan banyak benda pelik yang tidak berlaku di tempat lain berlaku di dalam masyarakat kita.Makanan, pakaian, macam-macam benda, selalu dibentuk oleh apa yang tular, Tetapi ADHD bukan makanan, bukan minuman, bukan trend, bukan hype. ADHD adalah cabaran yang benar-benar dihadapi oleh individu yang mengalaminya. Menjadi individu ADHD, bukan glamour, bukan eksklusif. Menjadi individu ADHD bermaksud telah berlaku banyak perkara yang mendukacitakan, mengecewakan, merugikan, mensia-siakan potensi dan peluang hidup. Dan jika diagnosis seorang dewasa diterima begitu lambat seperti usia saya di akhir empat puluhan, pastinya ADHD yang tidak dikesan lebih awal itu telah meninggalkan tingkah laku, tabiat dan pelbagai kecederaan dalaman kepada individu ini tadi. ADHD ini bukan alasan. ADHD adalah penjelasan. ADHD mungkin akan menjelaskan apabila penjelasan-penjelasan lain tidak dapat merungkai masalah yang dihadapi oleh individu berkenaan. ADHD bukan sesuatu yang terjadi kerana sesuatu yang berlaku di sekeliling kita. ADHD berpunca daripada berbezanya cara otak kita berfungsi, disebabkan oleh aspek-aspek yang mungkin membabitkan faktor fizikal kepada otak itu sendiri. Saya tidak mahu mengupas lanjut sisi tersebut kerana saya bukan ahlinya. Semasa belajar di Finland dahulu, apabila saya sudah dapat melihat kebarangkalian saya mungkin akan sekali lagi gagal melunaskan pengajian seperti tiga empat kali sebelumnya, mencuba dalam tempoh lebih sepuluh tahun, saya berada di dalam keadaan emosi yang sangat rendah. Setelah tanah air ditinggalkan beratus ribu duit habis, apakah perjalanan ini akan berakhir sekali lagi dengan sebuah kegagalan? Ketika itu, saya kuatkan azam dan berkata kepada diri sendiri seandainya saya berjaya menghabiskan pengajian ini dan memang benar saya mengalami ADHD, saya mahu melakukan advokasi terutamanya untuk individu-individu yang berhasrat untuk menyambung pengajian. Mudah-mudahan kesedaran tentang apa itu ADHD dapat diambil kira sebelum memulakan perjalanan. Dapatlah kesakitan, kesusahan dan masalah yang individu seperti saya hadapi, dicegah daripada berlaku kepada orang lain.Tapi nampaknya itu bukan rezeki saya. Namun, advokasi itu masih boleh diteruskan. Mungkin bukan sebagai seorang yang berjaya tapi sebagai seorang yang gagal. Gagal, tetapi menjadikan kegagalan itu sebagai modal untuk meneruskan perjalanan. Baginya, kejayaan bukanlah sebuah destinasi tetapi sebuah kembara hidup menuju ke negeri abadi.adhd.hasrizal.com📌Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/26/20233 minutes, 30 seconds
Episode Artwork

Cerita Otak ADHD Balik Kampung

Merenung kembali musim panas baru baru ini, kali ini saya pulang bersama keluarga dan kena uruskan sendiri semua fungsi eksekutif berbanding pulang bekerja sekejap-sekejap sebelumnya. Sebagai individu ADHD, banyak sekali kejadian berkaitan yang berlaku. Antaranya, saya kehilangan wallet ketika solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya. Alhamdulillah selepas solat Jumaat, imam yang bertugas telah membuat pengumuman meminta supaya pemilik wallet berjumpa dengan beliau ataupun pihak masjid untuk mendapatkannya semula. Syukur, semua kad, dokumen penting diperolehi semula. Sebelum daripada itu pula, saya tertinggal banyak peralatan komputer di Airbnb yang kami sewa. Saya tidak menyedarinya kecuali selepas hampir seminggu apabila dihubungi. Memandu kereta juga mengundang sakit kepala dek macam-macam sistem yang kita tidak biasa. Saya minta bantuan anak untuk jadi co-pilot, memberikan kepada saya Mykad, kad Touch n Go, kad bank, atau wang tunai, apabila perlu membayar tol, parking dan sebagainya. Di dalam diam, kita tahu betapa 'overwhelming' otak memproses fungsi fungsi eksekutif berkenaan. Lalu banyak jugalah kesilapan dan kesalahan diri yang terjadi. Apa yang saya nak kongsikan dalam video pada kali ini adalah kepentingan untuk kita 'own' hal tersebut. Tidak menjadikan ADHD sebagai alasan untuk menormalisasikan benda salah kepada tidak salah sehingga kita tidak rasa ada keperluan untuk meminta maaf. ADHD tidak menjadikan kita tidak mukallaf. Kita bukan orang gila. Semuanya berlaku dalam keadaan kita sedar, dosa dan pahala masih berjalan sebagai seorang Muslim. Cuma dengan diagnosis dengan kefahaman kita mengenai bagaimanakah pre frontal cortex dan frontal lobe kita buat kerja, kita tahu bahawa kesilapan-kesilapan yang kita kesalkan itu bukanlah sepenuhnya bersandar kepada moral. Bukan sebab perangai kita tidak senonoh, pemalas, pendendam, atau pemarah. Tetapi otak kita secara fizikalnya ada cabaran untuk melakukan perkara yang sepatutnya lebih mudah andai dilakukan oleh yang bukan seperti kita. Menginsafi dimensi tersebut, muda- mudahan kita lebih terbuka hati untuk meminta maaf apabila ia memang salah kita. Ini juga penting untuk kita amalkan supaya kita tidak dikecam oleh masyarakat sebagai golongan yang menjadikan diagnosis ADHD sebagai alasan untuk lepas tangan. Masyarakat sendiri sudah rumit untuk memahami apakah itu ADHD, dan masih ramai menganggap ia sebagai mitos atau benda rekaan 'Barat'. Apatah lagi ketika individu ADHD sendiri tidak menserasikan pandangan alam Barat dengan kita di timur, terutamanya sebagai individu Muslim. Bagi saya, ADHD ini adalah cabaran yang memerlukan duit dan memerlukan pendidikan serta ilmu. ADHD memerlukan duit kerana untuk mendapatkan diagnosis pun sudah mahal. Diikuti dengan stimulant yang hendak diambil setiap bulan, kosnya juga mahal. Ada pun mengenai ilmu dan pendidikan, kita sukar untuk memahami diri kita sendiri, apatah lagi orang lain. Bertambah-tambah lagilah susah untuk faham apa itu ADHD, dan cabarannya. Kecuali jika kita terbuka hati untuk mencari ilmu berkaitan dengannya. Sains, agama, moral, kemasyarakatan... Maka marilah sama-sama kita utamakan agenda membaca yang perlu berterusan ini. Terus mencari ilmu dan mengkaji. Jangan letakkan harapan untuk mengubah dunia atau orang di sekeliling kita. Sebaliknya, gunakanlah ilmu pengetahuan itu untuk menyokong kelangsungan perjuangan diri kita sendiri. Bersama keyakinan tidak ada satu perkara yang berlaku dalam hidup ini melainkan ada hikmah dan kebaikan di sisi Allah swt. Satu dua tiga perkara yang kita keluh kesahkan menjadi beban kepada hidup ini , terlalu kecil untuk dibandingkan dengan sejuta rahmat Allah. Kasih sayang dan kebaikan yang Dia berikan tidak terbanding dengan beberapa kekurangan diri yang ada. Mudah-mudahan sabar dan reda kita itu dibalas dengan syurga Allah Subhanahu wa Ta'ala. Amin. Hasrizal adhd.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/26/20235 minutes, 57 seconds
Episode Artwork

Islamikkah Sistem Pendidikan Kita Jika Murid dan Guru Teraniaya?

Islamikkah sebuah sistem pendidikan jika sendi-sendi yang mengoperasikan pendidikan itu bersalahan dengan prinsip-prinsip Islam? Misalnya: Katakanlah kaedah peperiksaan yang kita pakai meletakkan keputusan bergantung kepada markah peperiksaan akhir tahun. Seorang murid yang cemerlang sepanjang tahun mendapat markah rendah kerana semasa peperiksaan akhir tahun beliau kurang sihat dan ada masalah keluarga. Akibatnya, dia kehilangan peluang mendapat biasiswa. Adakah keadaan itu selari dengan Islam yang mengharamkan kezaliman? Apakah ada kaedah peperiksaan lain yang lebih menepati prinsip Islam? Jika guru dibebankan dengan tugas yang bukan tugasnya sebagai seorang guru, tidakkah ia menyalahi hukum ijab kabul yang kita kenal dalam muamalat Islam? Jika dalam muamalat ada isu riba, gharar, dan sebagainya, apakah ijab kabul guru semasa menandatangi surat perlantikannya sebagai seorang guru? Iltizam dengan Islam menuntut kita mengkritik sistem pendidikan bukan semata-mata kerana kita tidak kompetetif berbanding negara lain. Tetapi kita akan disoal di hadapan Allah swt di Akhirat bukan hanya perihal solat, malah termasuk hal seperti ini. Jika kerja kita mendatangkan mudarat dan aniaya kepada murid, tiadakah dosa dan pahala tercatat di situ? Setiap kita adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan mengenai kerja-kerjanya. #ISUPENDIDIKAN #PENDIDIKAN #MUHASABAH --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/8/20234 minutes, 24 seconds
Episode Artwork

Apakah Orang Yang Berhijrah Tidak Patriotik?

Orang yang berhijrah ke negara lain tidak sayangkan tanahairnya, tidak patriotik, malah pengkhianat! Benarkah begitu? Kata orang putih, "love is a verb". Cinta itu adalah kata perbuatan. Cinta tidak punya apa-apa makna jika ia hanya slogan kosong dan sentimen membuta tuli semata-mata. Memang benar, setiap orang yang berhijrah itu ada sebab-sebab peribadi masing-masing. Tetapi itu tidak bermaksud mereka tidak sayangkan tanahair. Sayangkan seseorang, kita buat benda yang memberi manfaat dan kegembiraan kepada orang itu. Jika kita sayangkan negara, kita buat benda-benda yang mendatangkan manfaat kepada orang sekeliling kita, kepada negara. Tanya diri masing-masing, apakah yang aku buat setiap hari? Pada masa yang sama, cinta boleh terluka jika insan yang kita sayang membuat perkara yang memalukan dan melukakan hati kita. Demikian juga rasa sayang kepada negara. Ia akan terluka apabila negara dibelenggu korupsi dan hal-hal yang mengaibkan. Apatah lagi, selepas menjadi buah mulut dunia, kita belum menampakkan kesungguhan untuk membanterasnya. Semoga saya tetap menjadi seorang insan yang bermanfaat untuk tanahairnya walaupun berada jauh entah di mana. Ilmu yang dipelajari, diamal, dikongsi, buku yang ditulis, dua buah 'model school' yang diperjuangkan, semuanya demi pesan Nabi saya, Nabi Muhammad ﷺ bahawa: خيرُ الناسَ أنفعُهُمْ لِلناسِ "Sebaik-baik manusia, ialah manusia yang bermanfaat kepada orang ramai." Ikhlaskan hati memberi makna cinta kepada negara dengan memberi fokus kepada amal sendiri, kerana satu hari kita akan berhijrah meninggalkan tanah air itu. Di bumi mana entah, tetapi kita akan dikuburkan. Di dalam kubur, kita tidak akan ditanya tentang amal orang lain. Sebaliknya kita akan disoal tentang amalan diri masing-masing, oleh Tuhan yang buat kita. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-66. Hasrizal Ireland 31 Ogos 2023 📌 Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
8/31/20235 minutes, 17 seconds
Episode Artwork

Malu Dengan Konflik?

Kalau boleh kita mahu ada standard tertentu sebagai 'baseline' kehidupan bermasyarakat. Kita malu orang agama bergaduh, malu industri buku agama dan ilmu berkrisis, malu melihat orang politik bercakaran. Tetapi hakikatnya, realiti kehidupan tidak pernah ideal menurut standard berkenaan. Tiada yang baharu. Seawal beberapa tahun pasca kewafatan Nabi Muhammad ﷺ umat ini sudah perlu berhadapan dengan 'krisis paling memalukan' apabila generasi yang dididik oleh Baginda ﷺ sendiri terjebak di dalam perang saudara. Bukan setakat malu-malu, banyak nyawa sampai terkorban, pergi tidak berganti. Tetapi... Walaupun kita kena terus berusaha memperbaiki diri dan secara proaktif mengelak daripada terjebak atau mencetuskan 'perkara-perkara yang memalukan itu tadi', apa yang perlu kita fokus adalah kekuatan yang agama kita bekalkan untuk menguruskan krisis dan fitnah paling besar, walau sebesar mana pun ia. Agama datang tidak berfungsi menutup fitrah manusia daripada kebarangkaliannya melakukan kerosakan atau menimbulkan masalah. Tetapi agama datang mengajar kita, semasa masalah timbul, macam mana kita nak selesaikan masalah itu. Sama ada kita yang menonton, atau mereka yang terlibat, kita sama-sama sedang diuji. Adakah kita memilih untuk diam dan berkecuali, atau memilih untuk terlibat, melibatkan diri? Jika terlibat, kita terlibat bersama mata yang bagaimana? Mata lalat yang sentiasa mencari kekotoran walaupun terbang di taman bunga? Atau mata lebah yang semasa terbang di celah semak samun pun tetap mencari bunga dan madu untuk mengutip kebaikan dan manfaat kehidupan? "Dialah Allah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan sebagai UJIAN, untuk menguji siapa di kalangan kamu yang mengelokkan amalan?" (Al-Mulk : 2) --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
8/9/20232 minutes, 47 seconds
Episode Artwork

Jika Suami / Ayah Bukan Penjana Utama Kewangan Keluarga | The Boy Crisis

Diskusi 5 Syarat Kerukunan Rumahtangga dan Kesejahteraan Mesej Keibubapaan Jika Suami / Ayah Bukan Penjana Kewangan Utama Keluarga. Meninjau wacana Dr Warren Farrell di dalam bukunya The Boy Crisis. Kata beliau: And although the children usually do extremely well with dad as the primary parent, if the mom does not see the light at the end of the tunnel of his unemployment, she often loses respect for him. Moreover, he feels that loss of respect both from her and from within himself. This makes him even less appealing to her, which increases his insecurity, and the marriage becomes vulnerable to divorce. That said, dad can exercise the full-time dad option to the benefit of everyone (as we’ll see in part IV on dad-deprived boys versus dad-enriched boys) without endangering the marriage if these five conditions are met: The Five Conditions for Successful Marriage with a Full-Time Dad 1.​ The dad is internally secure. 2.​ The dad understands and articulates to the mom the nature of his value to the children. 3.​ The mom fully values his stay-at-home dad role and never shames him for earning less. 4.​ The mom finds enormous purpose in her career, and also carves out time for the children. 5.​ The mom does not feel resentful of the children’s deeper connection to the dad. If the dad is also either making a reasonable income from home, or developing something they both feel will eventually succeed, that enhances the probability of mom maintaining respect for dad. Since meeting these five conditions is more the exception than the rule, the stay-at-home dad with a happy marriage is more the exception than the rule. Communicating about these conditions can help your son and his partner be an exception. Farrell, Warren . The Boy Crisis (pp. 76-77). BenBella Books. Kindle Edition. Manakala kata-kata berimpak besar oleh Khadijah r.a dalam dinamik perkahwinannya bersama Nabi Muhammad ﷺ yang dirujuk ialah: كَلاَّ أَبْشِرْ، فَوَاللَّهِ لاَ يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا، فَوَاللَّهِ إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَصْدُقُ الْحَدِيثَ، وَتَحْمِلُ الْكَلَّ، وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ، وَتَقْرِي الضَّيْفَ، وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ‏. "Demi Allah, Dia tidak akan mengkhianatimu selama-lamanya. Engkau penyambung silaturahim, engkau bercakap benar, engkau memikul beban orang lain, engkau memberi kecukupan kepada kekurangan orang lain, engkau meraikan tetamu dan engkau sentiasa membela kebenaran." (Sahih al-Bukhari : 4953) Semoga bermanfaat. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/22/202332 minutes, 52 seconds
Episode Artwork

Faedah Diagnosis ADHD Dewasa Sebelum Berumahtangga

𝗙𝗔𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗔𝗚𝗡𝗢𝗦𝗜𝗦 𝗔𝗗𝗛𝗗 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔 Diagnosis ADHD, sentiasa lebih awal lebih baik. Walaupun realitinya ia sukar berlaku. Bagi individu lelaki, diagnosis ADHD bermanfaat sebelum membuat keputusan berumahtangga, pada mengambil kira faktor-faktor berikut: 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 1. Ramai individu ADHD sukar mengekalkan komitmen kepada satu pekerjaan terutamanya yang berbentuk rutin lagi membosankan. Kesukaran mengekalkan komitmen kepada pekerjaan merisikokan kemampuannya menjana pendapatan. Ia menjejaskan peranan yang hendak dimainkan sebagai 'breadwinner' di dalam keluarga. 2. Kegagalan mengurusan hal kerjaya dan pendapatan berisiko menjadi faktor paling besar ke atas survival perkahwinan dan kerukunan keluarga. Ia juga mengundang impostor syndrome yang kronik lagi tidak berpenghujung. 3. Diagnosis awal membolehkan perbincangan dibuat dengan pasangan, mengatur strategi malah mungkin memilih kerjaya yang lebih fleksibel, menjadi usahawan (entrepreneur) dan memiliki perniagaan sendiri. 4. Intervensi dalam bentuk pengambilan stimulant juga membabitkan komitmen kewangan yang tinggi. Tanpa persediaan awal, ia berisiko menambah krisis dalam perkahwinan dan keluarga. 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗧𝗜𝗞 1. Oleh kerana ADHD adalah 'highly genetic', isu ini juga boleh menjadikan pasangan lebih bersedia dan peka memantau perkembangan anak-anak di kemudian hari. 𝗥𝗘𝗚𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗘𝗠𝗢𝗦𝗜 1. Jika individu ADHD lelaki itu mengalami gangguan regulasi emosi, berkahwin dan berkeluarga membuka risiko yang besar kepada cabaran yang berpanjangan jika pasangan turut mempunyai emosi yang tidak stabil. Ia diburukkan lagi jika pasangan bersifat argumentative, menjadikan kekerapan berbalah lebih daripada biasa. 2. Berselisih faham dan bertengkar adalah perkara lumrah dalam perkahwinan. Cuma, individu ADHD yang mengalami gangguan regulasi emosi akan mengalami tekanan emosi yang jauh lebih 'intense' berbanding individu bukan ADHD. 3. Tekanan ini secara sedar atau tidak sedar boleh menyebabkan lelaki berkenaan mengelak daripada tercetusnya masalah dengan mendiamkan diri, setuju sahaja, serta berhenti berpendapat. Ini boleh meningkatkan risiko kemurungan yang berpanjangan. 4.Atau sebaliknya, emosi yang 'intense' jadi tidak terkawal hingga mencetuskan tindakan fizikal yang memudaratkan, nauzubillah. 5. Dengan adanya diagnosis awal, individu berkenaan dan pasangannya boleh lebih faham memahami, bersedia lebih awal. 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 Akses kepada diagnosis dan ilmu pengetahuan, boleh membantu menjadikan isu neurodiversiti sebagai salah satu kriteria yang diambil kira pada menentukan sekufu atau tidak sekufunya dua insan yang berhasrat untuk membina ikatan perkahwinan bersama. Melangkaui definisi tradisional yang kita semua sedia maklum. Sakinah, Mawaddah, dan Rahmah... Hasrizal adhd.saifulislam.com 📌 Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal#adhddewasa #adhdmalaysia #adhd --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/14/20235 minutes, 5 seconds
Episode Artwork

ITQAN Bukan Pendidikan 'Asalkan Ada' (Cincai)

Kalau mindset kita ialah 'asalkan ada', cincai, dan tiada keinginan mengelokkan satu-satu pekerjaan, perubahan dalam pendidikan memang tak masuk akal. Tak ada sebab.Kecuali kita jumpa sebab tulen, kenapa apabila buat satu-satu benda itu, kita nak cuba buat dengan lebih baik, dengan tekun, dengan ITQAN.Kata Nabi ﷺ:إنّ اللهَ تعالى يُحِبُّ إذا عمِلَ أحدُكمْ عملًا أنْ يُتقِنَهُ"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka,apabila sesiapa di kalangan kamu melakukan sesuatu perkara, dia melakukannya dengan itqan" (Sahih al-Jami' : 1880)Mengelokkan kerja supaya Allah sayang kita, tidak pentingkah ia?Pendidikan ladang pahala.Bukan medan menganiaya dan menambah dosa. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/14/20233 minutes, 42 seconds
Episode Artwork

Islamikkah Hidup Tak Cukup Tidur?

𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗞𝗞𝗔𝗛 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗧𝗔𝗞 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣 𝗧𝗜𝗗𝗨𝗥?Allah swt telah jadikan malam dan siang untuk kita tidur dan bekerja. Ia sebahagian daripada rahmat-Nya. Jika tidur itu rahmat Allah, mungkinkah mengabaikan tidur itu suatu keingkaran?Hari ini, kita secara tidak cermat meromantikkan masalah remaja tidak cukup tidur termasuk yang tinggal di asrama sebagai hebat dan latihan untuk kecekalan hidup. Kita rujuk kepada ilmuan silam yang sikitnya tidur mereka untuk menjustifikasikan ia. Namun, bagaimanakah sebenarnya rutin tidur di dalam Islam? Nabi ﷺ sendiri, tidur baginda bagaimana?Hadith-hadith dan catatan sejarah silam tidak merekodkan pukul berapa Muslim di zaman kegemilangannya masuk tidur dan bangun kerana sistem pengukuran dan pengurusan masa yang berlainan. Tetapi, Rasulullah ﷺ tidak menyukai perbuatan tidur sebelum Isyak, serta bersembang selepas Isyak. Ia menggambarkan amalan masuk tidur awal tidak lama usai mengerjakan solat Isyak. Ia disusuli dengan bangun awal untuk merebut keberkatan ⅓ terakhir malam. Jumlah tidur yang sederhana itu, dikemaskan pula dengan amalan qailulah di tengah hari.Bolehkah pelajar di asrama kita tidur sejurus selepas solat Isyak? Bagaimana dengan 'prep' malam, 'homework' yang tidak pernah selesai, membasuh dan menggosok baju, dan bersembang pula selepas lampu asrama ditutup? Pukul berapa mereka bangun, dan bagaimana pula di asrama yang daripada 10 tandas, hanya 2 yang berfungsi lalu berebut-rebut di kalangan ratusan murid?Dr Aqtar Mohamed Ummar di Khalifah Model School (Secondary) di dalam risalah sarjana beliau membuat kajian mengenai Tahap Keberkesanan Tidur Petang (Qailulah) Terhadap Pelajar Tahfiz di sekolah kami, bersama tinjauan ke banyak sekolah lain. Dapatan daripada kajian beliau moga boleh menggalakkan pihak sekolah memperbaiki kualiti tidur murid dan tidak sewenang-wenangnya mengambil mudah akan hal ini. Baca kajian beliau di sini: https://www.academia.edu/48925654/TAHAP_KEBERKESANAN_TIDUR_PETANG_QAYLULAH_TERHADAP_HAFAZAN_PELAJAR_TAHFIZ_DI_KHALIFAH_MODEL_SCHOOL_SECONDARYHafazan al-Quran, SPM dan IGCSE adalah tiga program besar yang menuntut kerja keras otak pelajar. Fungsi kognitif adalah mangsa pertama apabila sleep deprive menjadi kronik. Umat Islam adalah umat yang tidur mereka adalah ibadah. Mengabaikan kepentingan tidur adalah amalan yang tidak islamik, tidak saintifik, hanya nostalgik.📌Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/12/20239 minutes, 59 seconds
Episode Artwork

Iktibar Krisis Pendidikan Era Pandemik Yang Sudah Dilupakan

Semasa pandemik, kita berdoa cukuplah agar anak kita dapat benda asasi yang paling penting dalam pendidikan. Dialah yang memudahkan kamu bergerak di darat dan di laut. Sehingga apabila kamu berada di dalam kapal, dan ia bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bergembira dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka diserang ombak dari segala penjuru, lalu mereka percaya bahawa mereka terkepung dalam bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! Jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami daripada bahaya ini, nescaya kami menjadi orang-orang yang bersyukur”. (Surah Yunus : 22) Selepas musibah berlalu kita kembali berpesta keputusan peperiksaan. Anak kita orang ok je. Yang berpuluh ribu tidak menduduki peperiksaan dan tidak layak mendapat sijil tu, pandai-pandai le nak hidup. Ala, tiap-tiap tahun ada je macam tu. So what. #muhasabah #tazkirahtiktok #surahyunus #iktibar #tazkirah #spm2022 #spm2023 #pendidikan --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/11/20232 minutes, 38 seconds
Episode Artwork

Semasa Ujian Memalukan Diri

Jika kita diuji dengan ujian penindasan orang berkuasa, manusia mudah simpati dengan kita, melihat kita bersabar dan mungkin berakhir sebagai hero yang mendapat tepukan. Tetapi bagaimana jika kita diuji dengan ujian yang memalukan diri? Diuji dengan penyakit kulit, hingga mengundang kecaman bahawa kita pengotor, mempunyai cara hidup yang bermasalah dan sebagainya? Sedangkan itu adalah ujian Allah ke atas Nabi Ayyub a.s! Bagaimana jika kita diuji dengan kematian anak? Kedukaan dan kesabaran Nabi Muhammad ﷺ apabila kematian anak-anaknya seorang demi seorang, biar pun perit, ia boleh diproses dengan mudah. Tetapi bagaimana jika kita diuji dengan zuriat yang menolak didikan, bimbingan, dakwah malah kasih sayang kita, memilih melakukan maksiat terang-terangan? Lantas kita dikecam sebagai lelaki dayus, lemah kepimpinan dalam rumahtangga dan keluarga serta gagal dalam mendidik anak-anak? Sedangkan, itu adalah ujian Allah ke atas Nabi Nuh a.s, Nabi Yaakub a.s, dan Abu Bakr al-Siddiq r.a. Adakah semasa diuji sedemikian rupa, kita berhasil mendekatkan diri kepada Allah menghitung iktibar, atau kita mempersoalkan-Nya, "mengapa aku diuji sebegini?" Hakikatnya, ujian-ujian seperti itu hadir, untuk mendorong kita mencapai ketinggian iman, dengan mengikhlaskan diri dalam mengimani-Nya. Dan kita tidak akan mencapainya sehinggalah mā fī qalbī ghairullāh... tiada apa-apa dalam hatiku, kecuali Allah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/9/20231 minute, 59 seconds
Episode Artwork

Perangkap Pakar Jadi Merepek

Usaha membumikan ilmu adalah kerja murni. Memudahkan untuk orang ramai memahami perkara kompleks. Tetapi usaha ini berisiko menjerumus pakar ke daerah populis hingga kesarjanaan merosot sedikit demi sedikit beralih daripada seorang pakar, kepada penceramah merepek. Orang ramai lazimnya teruja dapat memahami perkara hebat. Reaksi mereka lebih bersifat emosional. Kagum, tergamam, dan ramai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih. Reaksi emosional itu mempengaruhi emosi penceramah juga. Ia memberi rasa semangat untuk usaha banyak lagi. Motivasi adalah hubungan emosi seseorang dengan kerja yang dibuatnya. Kitaran ‘supply and demand’ boleh memerangkap kedua-dua penceramah dan hadirin. Tidak mengapa beri sedikit, terima sedikit, kekerapan pun kurang, agar antara satu yang diberi dan diterima, ada ruang yang cukup untuk redakan emosi, melanjutkan renungan yang lebih mendalam. Bukannya melompat daripada satu kepada satu, hendak dan hendak lagi, hingga merosakkan kita. Sains jadi pseudosains. Sejarah jadi pseudosejarah. Agama jadi pseudoagama. Amanah ilmu benda berat. Takwa kepada Allah swt adalah mekanisme untuk yang mengajar dan yang belajar, sama-sama bermuhasabah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/4/20232 minutes, 49 seconds
Episode Artwork

‘Kesal’ Tidak Habis Belajar Fizik dan Matematik Tambahan di Sekolah

‘𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟’ 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗙𝗜𝗭𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗧𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 Saya jarang layan persoalan “kalaulah”, “bagaimana jika diberi peluang berpatah balik” dan yang seumpama dengannya sebab ia tidak akan berlaku, hanya membuang masa meneroka jawapannya. Kecuali jika jawapan kepada persoalan itu bermanfaat untuk sesuatu yang boleh dilakukan sekarang. Misalnya, jika saya boleh berpatah balik ke zaman sekolah, antara yang saya kesalkan ialah semasa bersekolah, saya tidak mendapat idea bagaimana sains boleh menolong saya meneroka dan mencari kebenaran. Dapat sedikit semasa belajar biologi kerana cikgu kami, Cikgu Mohd Arip Kasmo memang memberi penekanan. Tetapi ia lebih kepada apa yang kita belajar di dalam biologi, ada di dalam al-Quran, justeru membuktikan kebenaran al-Quran dan kebesaran Allah swt. Apa yang saya hajatkan adalah bagaimana mengenai fizik dan matematik tambahan. Bagaimana menguasai kemahiran subjek berkenaan boleh menolong saya meneroka theoretical physics dan fizik angkasa yang kompleks. Hari ini, apabila mendengar atau membaca penerangan mengenai hal ehwal ini, saya hanya dapat menghargai hasil akhir. Tidak memahami prosesnya. Saya mula membaca kembali buku-buku sains yang ditulis untuk kanak-kanak berumur 10 ke 12 tahun, agar saya dapat faham semula betul-betul apa itu sel, atom, molekul, bagaimana photons itu unik, perlahan-lahan. Supaya saya boleh terangkan kenapa kucing kami tak akan boleh menangkap cahaya laser di lantai yang saya gunakan untuk bermain dengannya. Mungkin sudah terlambat. Saya pun sudah tua. Kekesalan mengenang hal ini saya gunakan untuk membebel dengan anak-anak sahajalah. At least saya dahulu kehilangan peluang belajar sains kerana mahu belajar agama dan bahasa Arab. Kalian, agama pun tak sangat, sains pun tak sangat, ruginya kalau sibuk hal rambut dan kasut sahaja. Fed up anak-anak dengar orang tuanya membebel macam ini 😆. Paling utama… Hendaklah kita beringat dan berhati-hati bahawa Rasulullah ﷺ melarang ungkapan berkalau-kalau sebagai kekesalan kerana ia membuka pintu hasutan syaitan: وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ، فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ "Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Kerana sesungguhnya kata "kalau" itu membuka pintu amalan syaitan.” (Hadith riwayat Muslim, no. 22664) --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/22/20236 minutes, 55 seconds
Episode Artwork

Makin Mudah Tahu, Makin Tidak Tahu: Kenapa?

"Mengapa Kebodohan Masih Membebani Umat Islam?" Muslim umumnya setuju dan menganggap agama mereka, Islam, sebagai agama yang mengutamakan ilmu. Bahkan, majoriti umat Islam mengetahui bahawa ayat pertama yang diwahyukan adalah IQRA, simbol pentingnya ilmu. Seharusnya, dengan menjadi Muslim, masalah ilmu selesai. Namun, mengapa masalah kebodohan masih menjadi isu utama kita? Bahkan di zaman yang sangat mudah untuk tahu seperti hari ini, kejahilan berleluasa sebagai wabak? Dahulu, bentuk kejahilan mudah diatasi. Kebodohan adalah hasil dari ketidaktahuan, dan solusinya sederhana: informasi. Jika kita tidak tahu, kita cari maklumat, lalu menjadi tahu. Namun, sekarang ini, kebodohan telah menjadi beban yang berlapis-lapis. Kita menjadi bingung, tahu sebahagian sebagai serpihan, tahu sedikit tetapi rasa tahu banyak dan bahkan tidak tahu apa yang perlu diketahui. Kita mendakwa sudah memahami IQRA. Namun, apakah mungkin kita sebenarnya belum sepenuhnya memahami? Mungkinkah kita belum faham apa sebenarnya yang Allah swt mahu kita ambil daripada perintah IQRA itu? Jika hanya ilmu agama yang penting, ayat kedua surah al-'Alaq itu sudah menuntut kita memahami berbekalkan ilmu yang hari ini bukan dalam kategori ilmu agama? "Dia menciptakan manusia daripada seketul daging yang tergantung?" Apa implikasinya apabila ilmu matematik dan fizik, disingkir daripada senarai ilmu yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi alim? Apa sejarahnya di abad ke-17 Istanbul selepas Balai Cerap Taqi al-Din Muhammad ibn Ma’ruf dirobohkan? Saya ingin menjemput sahabat melabur 12 minit masa anda untuk membincangkan hal yang kritikal ini. Terima kasih. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/18/202311 minutes, 51 seconds
Episode Artwork

Mengapa Saya Berhijrah Episod Akhir: Tragedi 3M Melayu Muslim Malaysia

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/18/202342 minutes, 39 seconds
Episode Artwork

Mengapa Saya Berhijrah - Episod 4: Kehidupan Anak Muda 'Haraki' Pasca Bai'ah

Mengapa Saya Berhijrah? Masih meneroka jawapan kepada pertanyaan ini. Kali ini, di episod keempat, saya merenung kembali kenangan, impian, dan harapan saya sebagai anak muda ‘haraki’ yang baru sahaja meninggalkan alam persekolahan. Saya menggerakan definisi diri melalui bai'ah pada tahun 1993. Saya cuba memahami liku-liku fikrah haraki saya terbentuk, menggunakan kerangka Psychopolitical Analysis model Jungian. Ia digunakan oleh Lawrence Alschuler di dalam kajiannya, “Islamism and fanaticism: A Jungian psychopolitical analysis.” Psychotherapy and Politics International 9.2 (2011). Alschuler mengkaji autobiografi bekas aktivis Hizb al-Tahrir, Ed Husain bertajuk The Islamist: Why I Joined Radical Islam in Britain, What I Saw Inside and Why I Left. Hizb al-Tahrir berbeza dengan gerakan seperti PAS, kerana di zaman Ed Husain, mereka menolak penyertaan Islamis di dalam aktiviti demokrasi. Tidak seperti PAS. Tetapi saya kira proses pembentukan fikrah saya di dalam PAS masih boleh mengguna pakai model Jungian tersebut. Tahap-tahap seperti naive consciousness, fanaticised consciousness, liberated consciousness, dan lain-lain yang Alschuler terangkan di dalam kajiannya, menjelaskan pola-pola fikiran saya ketika itu. Di dalam siri ini, saya berusaha menjaga maruah semua yang terlibat, menjauhkan diri daripada menyebut nama, dan sekali lagi mengulang, bahawa saya mengkisahkan semula kenangan itu hari ini hanya untuk mencari ibrah dan kebaikan buat bekalan sisa-sisa kehidupan yang ada.Saya sudah meninggalkan luka dan parut ujian itu di dalam lipatan kenangan silam. Saya Hasrizal, ana uhibbukum fillah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/11/202329 minutes, 38 seconds
Episode Artwork

Mengapa Saya Berhijrah - Episod 3: Realiti Alternatif Remaja 'Haraki'

Biar pun bersekolah di sekolah yang sama, tinggal di asrama yang sama, saya menempuh alam persekolahan terpisah daripada sahabat-sahabat kerana seawal usia telah masuk ke dalam realiti alternatif pada memprogramkan diri menjadi seorang 'pejuang Islam'. Istilah yang disebut dengan selesa sebagai 'haraki', 'jundi' atau 'amilin' oleh mereka yang berada di dalamnya, dan dikaji sebagai Islamist di dalam literatur masa kini.Ia menjadikan saya sukar berpatah balik mengenang alam remaja itu disebabkan oleh pelbagai insiden peribadi, masyarakat dan nasional, yang menjadikan agenda 'perjuangan Islam' berubah rentak dan wajah. Hal ini menjadi topik ketiga pada usaha saya menjawab pertanyaan, "mengapa saya berhijrah?" Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/5/202333 minutes, 57 seconds
Episode Artwork

Religious, But Divisive?

In the Quran, Allah's instructed us to establish our religion and reminded us not to sow seeds of discord among ourselves. It is ironic that when it comes to matters of faith, we often become vulnerable to division and fail to show consideration to our fellow believers, causing harm within our community. The Quran reminds us in chapter 42, verse 13: "Maintain your faith, but do not create division within it." This is a weighty admonition. Religion is meant to unite and uplift us, both in this life and the hereafter. If we allow it to become a source of conflict and animosity between us, we risk losing sight of its true purpose. We may even begin to worship the religion itself, rather than Allah. True worship of Allah is reflected in our attitudes and actions towards others. A sincere believer strives to strike a delicate balance between firmness and gentleness, demonstrating kindness and compassion even in the face of adversity. Let us all remember this and work to build a harmonious and inclusive community, united by our love of Allah and our shared commitment to living according to His teachings. www.rizal.ie author | educator | entrepreneur --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/3/20231 minute, 42 seconds
Episode Artwork

Mengapa Saya Berhijrah - Episod 2: Kegagalan Primary Attachment

Primary attachment merujuk kepada hubungan emosi yang kita bina semenjak lahir dengan individu paling rapat (ibu, bapa), untuk berasa aman dan selamat. Seumpama anak kambing, apabila meningkat umur, semakin berani meninggalkan kumpulannya untuk meneroka. Tetapi apabila timbul ancaman, anak kambing itu boleh balik kepada ibunya, memisahkan diri daripada ancaman yang menakutkan itu. Kehidupan di sekolah berasrama menghilangkan fungsi primary attachment ini. Sebab itu, menghantar anak pada usia kecil (misalnya umur sekolah rendah) untuk bersekolah di asrama, adalah yang paling meninggikan risiko kegagalan primary attachment ini. Apatah lagi budaya masyarakat kita, mengejek dan memandang hina perasaan rindu dan berhajatkan kepada ibu. Kita anggap ia lemah dan memalukan. Lalu, emosi itu dipendam, disembunyikan dan perlahan-lahan, si anak membina usaha bersendirian mempertahankan diri. Ia turut terjadi di sekolah agama. Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ menunjukkan pendekatan yang berlawanan dengan itu. Apabila Malik bin al-Huwairith r.a. serta anak-anak muda yang belajar bersamanya dengan Rasulullah ﷺ rindukan keluarga selepas 20 malam berpisah, Rasulullah ﷺ menangguhkan aktiviti pembelajaran, mengiktiraf kerinduan itu, dan menyuruh anak-anak muda itu pulang ke keluarga masing-masing. Kita mengutip amalan jahiliah yang menyalahi fitrah, menyangkanya sebagai Islamik dan Saintifik. Lanjutan 5 tahun berada di asrama, terus 11 tahun merantau di luar negara, saya berhasrat untuk menebus kehilangan hubungan dengan ibu dan peluang berbakti kepadanya. Tetapi kehidupan di tanahair tidak berjaya. Saya ralat kerana sentiasa terhalang daripada membahagiakan hati ibu sendiri hingga ibu perlahan-lahan dihinggapi dimentia dan hilang kemesraan dengan saya. Akhirnya saya nekad membawa diri pada tahun 2016 ke Finland. Apabila mendapat khabar mengejut tentang pemergian ibu secara tiba-tiba, saya rasa seperti layang-layang terputus tali dan hilang ditelan kabus perantauan. Tiada sesiapa di sekeliling saya yang dapat sama-sama bersedih dengan pemergian ibu. Saya menangis sepuas-puasnya di bawah pohon birch di belakang rumah. Ia menutup hati saya untuk kembali ke tanahair kerana saki baki usia yang ada tidak memungkinkan saya untuk memulakan kembali kehidupan di tanahair kerana ibu yang menjadi pengikat hati saya dengan kampung halaman, telah pergi buat selamanya. Primary Attachment, di dalam tema Boarding School Syndrome, menjelaskan mengapa ex boarders, ramai yang mempunyai karakter diri yang dikagumi sebagai tokoh masyarakat, ahli korporat dan profesional yang berkarisma, tetapi di dalam kehidupan peribadi, individu ini rumit meluahkan perasaan dan mencetuskan rasa terasing pada diri pasangan akibatnya. Ia boleh diatasi melalui terapi dan kesabaran. Namun ia harus bermula dengan memahami terlebih dahulu mengapa ia berlaku. John Bowlby sebagai ilmuan yang mengasas dan mengembangkan Attachment Theory itu sendiri, adalah bekas murid sekolah berasrama. Dalam suratnya kepada isteri, beliau berkata, "usahkan anak, anjing aku pun tidak akan aku hantar tinggal dan hidup di sekolah berasrama!" Sesuatu untuk renungan kita bersama. Jalan berliku untuk ditempuh di celah kemegahan arus perdana bersekolah di sekolah-sekolah berasrama generasi ke generasi kita. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/30/202316 minutes, 28 seconds
Episode Artwork

Boarding School Syndrome : Kenapa Saya Berhijrah - Episod 1

Menjawab pertanyaan mengapa saya berhijrah, soalan yang satu tetapi sentiasa berjawab dengan jawapan yang berbeza-beza. Mahu tidak mahu, saya perlu memulakan proses menjawab pertanyaan ini dengan topik Boarding School Syndrome. www.rizal.ie --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/27/202321 minutes, 25 seconds
Episode Artwork

ChatGPT Sebagai Analogi Memahami Qadha’ Dan Qadar

Artificial intelligence seperti Chat GPT mempamerkan kemampuannya belajar, memenuhi permintaan dan menghasilkan keputusan dalam bentuk produk yang cemerlang. Cara ia belajar dan menghasilkan kerja, menjadi renungan kepada saya untuk menjadikannya sebagai analogi untuk membantu kita memahami persoalan Qadha dan Qadar. حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ فَجَرَى بِمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الأَبَدِ ‏"‏ Al-Walid bin Ubadah bin As-Samit berkata beliau mendengar bapanya meriwayatkan bahawa aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya makhluk pertama yang dicipta oleh Allah ‘Azza wa Jalla adalah pena (al-Qalam). Maka Allah berkata kepadanya, TULISLAH! Pena bertanya, “wahai Tuhanku apakah yang patut aku tulis? Allah menjawab, “Tuliskan al-Qadar” maka pena terus menerus menulis pada ketika tentang apa yang telah termaktub untuk selama-lamanya” (Jami` at-Tirmidhi 3319) --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/15/202314 minutes, 25 seconds
Episode Artwork

Islam Hukum Hakam Yang Keciciran Iman

𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗛𝗔𝗞𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗖𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗔𝗡 "Kalaulah ayat-ayat awal yang turun adalah larangan minum arak dan larangan berzina, nescaya orang ramai akan berkata kami tidak akan berhenti minum arak selama-lamanya, dan kami tidak akan meninggalkan zina sama sekali..." itu teguran Umm al-Mu'minin Aishah r.a. kepada lelaki Iraq berkenaan. Beliau gusarkan hal-hal yang bukan keutamaan di dalam Islam. Jika kita maklum betapa pentingnya iman dibina terlebih dahulu agar hukum hakam ada daya melaksanakannya, mengapa perkara ini tidak mempengaruhi pandangan kita terhadap orientasi pendidikan dan keberagamaan kita hari ini? Andai Islam diperkenalkan sebagai do's and don'ts, kemudian akidah pula menjadi maklumat kering sebagai factual knowledge yang tidak menjawab cabaran semasa yang kita hadapi, kita boleh berdebat dan berbalah tentang hal-hal agama tanpa kesudahan. Sangka kita, semangat dan kesibukan itu adalah usaha agama, tetapi kita hanyut dalam senario keberagamaan yang kehilangan Tuhan. يُوسُفُ بْنُ مَاهَكَ، قَالَ إِنِّي عِنْدَ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ ـ رضى الله عنها ـ إِذْ جَاءَهَا عِرَاقِيٌّ فَقَالَ أَىُّ الْكَفَنِ خَيْرٌ قَالَتْ وَيْحَكَ وَمَا يَضُرُّكَ قَالَ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ أَرِينِي مُصْحَفَكِ. قَالَتْ لِمَ قَالَ لَعَلِّي أُوَلِّفُ الْقُرْآنَ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ يُقْرَأُ غَيْرَ مُؤَلَّفٍ. قَالَتْ وَمَا يَضُرُّكَ أَيَّهُ قَرَأْتَ قَبْلُ، إِنَّمَا نَزَلَ أَوَّلَ مَا نَزَلَ مِنْهُ سُورَةٌ مِنَ الْمُفَصَّلِ فِيهَا ذِكْرُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ حَتَّى إِذَا ثَابَ النَّاسُ إِلَى الإِسْلاَمِ نَزَلَ الْحَلاَلُ وَالْحَرَامُ، وَلَوْ نَزَلَ أَوَّلَ شَىْءٍ لاَ تَشْرَبُوا الْخَمْرَ. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ الْخَمْرَ أَبَدًا. وَلَوْ نَزَلَ. لاَ تَزْنُوا. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ الزِّنَا أَبَدًا. لَقَدْ نَزَلَ بِمَكَّةَ عَلَى مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَإِنِّي لَجَارِيَةٌ أَلْعَبُ {بَلِ السَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ} وَمَا نَزَلَتْ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَالنِّسَاءِ إِلاَّ وَأَنَا عِنْدَهُ. قَالَ فَأَخْرَجَتْ لَهُ الْمُصْحَفَ فَأَمْلَتْ عَلَيْهِ آىَ السُّوَرِ https://sunnah.com/bukhari:4993 Buku Beragama Yang Kehilangan Tuhan: Kembara Ibrah Surah al-Kahf diterbitkan oleh Abideen Books mengulas perkara ini. Dapatkan di https://ibrah.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/13/202311 minutes, 5 seconds
Episode Artwork

Uzlah: Apabila Penjara Memberi Kebebasan

Memetik kisah yang saya muatkan di dalam travelog Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu (https://jt.hasrizal.com), pengalaman berada dua malam di dalam tahanan sebuah penjara di Scotland memberi pelajaran berharga buat diri ini. Saya belajar tentang keberkatan masa selepas lazim mengeluh tidak cukup masa, menggunakan malam yang sangat panjang itu membaca al-Quran tanpa gangguan sepuas-puasnya.  Berada di dalam tahanan itu juga menyedarkan saya tentang keluarga. Sama ada keluarga menjadi sumber kekuatan utama kita, atau boleh menjadi titik kelemahan diri paling berbahaya. Andai keluarga bersama dengan apa yang kita perjuangkan, beruntunglah dengan kurniaan itu. Andai mereka menentang atau merayu sesuatu yang berlawanan, ia penuh risiko dan menguji. Penjara juga menjadi tempat lahirnya begitu banyak kebaikan seperti kitab-kitab tafsir karangan ilmuan, semasa mereka merengkuk di dalam tahanan. Kita tidak memerlukan penjara dan janganlah ada yang bercita-cita menempuhnya. Tetapi kita boleh melakukan uzlah, malah perlu melakukannya. Bukan uzlah secara fizikal. Tetapi uzlah fikiran dan perasaan, melepaskan diri daripada kesibukan kehidupan dunia hari ini yang bising dan penuh perkara sia-sia. Saya ambil sedikit peluang mengulas hal ini di dalam buku terbaharu 2023 ini iaitu Beragama Yang Kehilangan Tuhan: Kembara Ibrah Surah al-Kahf (https://ibrah.hasrizal.com). Kita belajar daripada doa Ashab al-Kahf seperti yang terakam di dalam ayat ke-10 surah berkenaan:  رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا  "Ya Allah kurniakanlah kepada kami daripada sisi-Mu, RAHMAT, dan luruskan urusan-urusan kehidupan kami" Adakalanya kita menjadi begitu materialistik semasa berdoa. Meminta daripada Allah kejayaan peperiksaan, kemewahan hidup, kemurahan rezeki. Ia tidak salah. Cuma, ada masanya kita perlu meminta daripada Allah swt bukan apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu. Kita boleh jadi tidak tahu apa sebenarnya yang kita perlu dalam hidup ini. Justeru, keperluan paling utama adalah RAHMAT-NYA. Dengan rahmat itu, sempit boleh menjadi lapang, kurang boleh menjadi cukup, miskin tidak sinonim dengan derita, kaya tidak semestinya sombong dan derhaka. Gunakanlah Ramadan ini untuk kita lakukan uzlah. Merenung kembali persoalan daripada masa asalnya kita, mengapa kita berada di sini, pada usia yang berbaki apa yang kita mahu lakukan, demi menjawab persoalan yang paling besar: ke manakah kita akan pergi selepas ini. Hasrizal Naas, IE https://rizal.ie 📌 Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/4/20236 minutes, 5 seconds
Episode Artwork

Emotional Security: Gurauan Jadi Selamat Antara Kawan

‘Emotional security’ menjadikan gurauan selamat sesama sahabat walaupun isinya agak KBAT dan boleh kedengaran ‘kasar’ andai kehilangan konteks. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/3/20232 minutes, 35 seconds
Episode Artwork

The Pedagogy of Ramadan

How fasting in Ramadan was taught and learned as children can influence how we attach ourselves to it. The reward system that works in constructing meaning-making differs between fasting and solat (prayer). Also, social learning made fasting and Ramadan more memorable. Perhaps, it explains a little bit why it is quite common for us to find some Muslims fast in Ramadan but abandon solat. We explore this subject in my recent book, PEDAGOGI RAMADAN (The Pedagogy of Ramadan). https://pedagogiramadan.hasrizal.com My previous book on Ramadan can also be read for free with Kindle Unlimited here at: https://amzn.eu/d/9a2C49x --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/1/20235 minutes, 4 seconds
Episode Artwork

Salahkah Andai Tidak Bersemangat Dengan Ramadan?

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 Kita hari ini dikelilingi 'kesempurnaan' dalam beragama, sehingga ketidaksempurnaan tidak mempunyai ruang untuk dibincangkan mengenainya. Agama kita beransur-ansur menjadi tidak manusiawi dan ia memudahkan merebaknya kemunafikan dan penyakit jiwa kesan saling menghentam ketidaksempurnaan itu. Sedangkan kita semua manusia. Seorang anak muda dari Kufah mempersoalkan 'standard' para sahabat yang Huzaifah bin al-Yaman r.a. ungkap tanpa 'wow factor'. "Kalaulah kami berada di tempat kamu, berpeluang berjumpa Nabi ﷺ , nescaya kami tidak akan biarkan baginda berjalan di tanah (mengotorkan kakinya yang mulia). Kami akan junjung baginda di leher kami!" Huzaifah r.a. menyantuni semangat anak muda ini dan membuka kisah yang terjadi di dalam perang Khandaq (tonton video ini untuk perincian dan terjemahannya). Para sahabat tidak ada seorang pun yang bangun menyahut tawaran Syurga, tawaran keselamatan, tawaran menjadi sahabat akrab Nabi ﷺ di Syurga, dek sebab-sebab yang sangat manusiawi. Sehinggalah baginda secara spesifik menyebut nama Huzaifah, lantas beliau tiada pilihan kecuali bangun dan menunaikan perintah berkenaan. Perasaan adalah sebahagian kemanusiaan kita. Al-Quran, al-Sunnah dan Sirah kaya dengan panduan Allah swt untuk kita uruskan kemanusiaan ini. Agama bukan mengikut perasaan, tetapi agama juga tidak menganiaya dan mengkesampingkan perasaan. Dunia ini tidak pernah bermaksud menjadi daerah kegembiraan tanpa kedukaan, kebahagiaan tanpa penderitaan. Daerah yang sempurna hanyalah Dar al-Salam (surah Yunus : 25), yang harus menjadikan kita kekal berada di jalan menujunya, baik jalan advance, jalan intermediate, mahu pun jalan amatur yang penuh kekurangan. #pedagogiramadan https://pedagogiramadan.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/30/202314 minutes, 22 seconds
Episode Artwork

Tabung Kebajikan dan Dana Pendidikan Khalifah Model School

Wakaf ini bernilai: RM150/lot 1 kaki persegi Sasaran kutipan: 6600 lot per unit bangunan, berjumlah 19800 lot dan RM 2,970,000.00 untuk 3 unit bangunan (maaf, saya tersilap menyebut dua unit di dalam video). Sama-sama kita gandakan pahala di bulan Ramadan dengan menyumbang melalui pembelian lot wakaf ini, juga sebagai sumber pahala berterusan, bekalan di akhirat nanti. Salurkan wakaf kalian secara online melalui: https://kmss.edu.my/wakaf https://kmss.edu.my/wakaf Baca latar belakang projek di sini: https://www.facebook.com/108268732585047/posts/6002285383183323/?app=fbl Untuk sebarang pertanyaan, hubungi: Ustaz Qayyum: 019-2281931 Puan Hanisah: 010-3213901 Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah rahmati dan lapangkan rezeki kalian. وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ (١٩٥) Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah 2:195) #tabungkebajikan #wakafpendidikan #kmssedumy #shapingexcellentcharacter #wakafpendidikankmss #wakaf #ramadan --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/27/20237 minutes, 10 seconds
Episode Artwork

Meneroka Punca Muslim Berpuasa Tetapi Tidak Solat

PEDAGOGIRAMADAN.HASRIZAL.COM𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁?Jawapan terbaik sudah tentu ada pada kesudian individu berkeadaan seperti ini berkongsi fikiran dan perasaan mereka. Kita ingin memahami, agar dengannya kita boleh memikirkan penambahbaikan pada urusan pendidikan agama, baik formal mahu pun tidak formal; keibubapaan.GANJARAN: Puasa hadir dengan ganjaran segera dan menarik. Pujian, hidangan berbuka puasa, duit raya. Berbeza dengan solat. Sudah tentu tidak munasabah solat diberi ganjaran seperti puasa kerana kita solat lima kali sehari sepanjang tahun. Tetapi ganjaran tidak semestinya dengan wang atau hadiah. Senyuman dan pujian juga sudah mengaktifkan sistem ganjaran di otak, mempengaruhi bermakna atau tidak bermaknanya sesuatu yang seorang anak lakukan.SOSIAL: Puasa tiba sebulan sekali. Ia memecah rutin. Tiba-tiba sekeluarga bangun awal pagi makan bersama, berbuka puasa, masjid meriah, sibuk bersiap untuk menyambut raya, dan sebagainya. Semua ini menjadikan pengalaman berpuasa 'memorable'. Ia tidak jelas terjadi di dalam rutin solat. Hal ini boleh mendorong puasa masuk ke daerah kabur antara ibadat dan adat. Sedangkan solat, terutamanya di luar 'controlled environment' seperti sekolah, asrama, keluarga Islamik dan sebagainya, solat itu tidak ada banyak sebab untuk seseorang memilih mendirikannya, kecuali sesuatu sedang terjadi di dalam kepercayaannya. Juga, puasa kurang mengundang risiko sosial. Ia ibadah yang tidak kelihatan. Tetapi solat menjadi satu pengisytiharan. Seseorang itu perlu melakukan konfrontasi terhadap persekitarannya jika hendak bersolat, andai persekitarannya itu bukan mesra solat.Oleh kerana solat dan puasa itu demikian bentuknya, puasa itu terkandung padanya mekanisme untuk mencegah ia daripada menjadi adat. Semasa Allah swt wajibkan ia melalui wahyu surah al-Baqarah ayat 183, Allah swt memanggil kita dengan panggilan "wahai orang-orang yang beriman" agar kita berpuasa kerana iman. Di dalam sepotong hadith Qudsi juga, Nabi ﷺ menceritakan bahawa Allah swt menerangkan puasa itu adalah khusus untuk-Nya, maka Dialah yang secara eksklusif menentukan ganjarannya.Malah, apabila surah al-Baqarah ayat 183 itu turut menyebut "sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu", apakah dimensi yang harus kita terokai? Apa yang terjadi kepada puasa umat terdahulu hingga ia disebut ketika pensyariatan puasa itu diperbaharui di era Nabi Muhammad ﷺ ?Moga hal ini boleh kita renungkan bersama, agar kita boleh melakukan penambahbaikan dalam didikan agama di rumah, sekolah dan masyarakat seluruhnya.Ekoran itu juga, jika kita melihat senario umat Islam berpuasa tetapi tidak solat, kita juga ingin meninjau senario umat Islam bersolat tetapi melakukan kemungkaran. Ia juga masalah dan dimanakah silapnya?📌Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/24/20238 minutes, 27 seconds
Episode Artwork

Pendidikan Inklusif: Isu dan Kesedaran, Antara Malaysia, Finland dan Ireland

Rakaman program bersama warga siswa siswi IPG Kampus Bahasa Melayu untuk subjek Pendidikan Inklusif pada hari Khamis 16 Mac 2023. Slaid pembentangan boleh dilihat di https://www.canva.com/design/DAFdSe3QN-c/o9qNX43vR0M9RR5RNa8RNg/view --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/16/20231 hour, 56 minutes, 1 second
Episode Artwork

Mencari Makna Ramadan Yang Hilang

7:08 HUBUNGAN: Mengapa hubungan kita dengan Ramadan tidak 'natural'?   11:06 OVERDO: Kita boleh gagal memperolehi hasil, apabila kita 'berlebih-lebihan secara salah' dalam usaha. Bagaimanakah Ramadan diperkenalkan kepada anak?   14:35 MEMORI negatif zaman kanak-kanak semasa belajar berpuasa.   16:31 PERMULAAN: Kewajipan puasa Ramadan bermula selepas lebih 13 tahun usaha intensif membentuk akidah generasi sahabat.    17:56 IMBANG: Hilang keseimbangan dalam membina keberagamaan antara keimanan dan hukum hakam.   20:00 AKIDAH Pentingnya akidah pula, diterjemahkan secara tidak tepat dengan melihatnya sebagai keperluan membanyakkan fakta semata-mata.   21:09 SOSIOLOGI: Finland kecilkan jurang antara rumah dan sekolah untuk hapuskan 'the unnatural kid' yang belajar hanya apabila berada di sekolah. Bagaimana jurang antara Ramadan kita dan bulan-bulan lain? Lebih besar jurang, lebih 'unnatural' perubahan kita di bulan Ramadan tersebut.   28:43 HILANG MAKNA: Ingin mendekati agama, tetapi dengan ketiadaan makna ke atas jiwa. Bagaimana?   30:40 ILMU: Asas yang tetap sama. Kesedaran hanya spark plug yang memerlukan bahan bakar untuk terus menyala dan menggerakkan enjin.   35:08 NIAT: Apa signifikannya 'lillahi Ta'ala' di dalam niat kita beribadah?   37:58 AKIDAH & ANAK: Adakah 'meaningful' kanak-kanak usia 7 tahun belajar fakta-fakta standard akidah kita?   39:55 IMAGINASI: Dialog Rasulullah ﷺ dengan Aishah r.a. mengenai imaginasi kuda Nabi Sulaiman a.s. bersayap dua. Bagaimana?   44:06 BINARI: Pendekatan kita dalam mendidik kanak-kanak terlebih memberi berat ke atas betul vs salah, hingga 'correcting' lebih banyak berbanding 'connecting'.   48:08 MINORITI vs MAJORITI: Mengamalkan Islam sebagai muslim minoriti di negara bukan Islam, konteksnya lebih mirip kepada pengalaman generasi sahabat yang bercampur aduk antara Muslim dan non Muslim, sebelum era formaliti, struktur, institusi dan controlled environment.   53:25 EROPAH: Anak-anak terjejas pengamalan dan penampilan sebagai Muslim, tetapi akidah secara sengaja atau tidak sengaja menjadi lebih terang kerana desakan survival sebagai minoriti yang masih mengamalkan Islam.   1:00:00 TAKWA: Challenge vs response: takwa sebagai alat navigasi zaman senang dan susah, majoriti dan minoriti.   1:05:07 ISLAH & TAJDID: Kitaran islah dan tajdid sepanjang zaman kerana meneroka dinamika konteks satu zaman ke satu zaman.    Semoga bermanfaat.   Perbincangan mengenai cabaran-cabaran manusia sebagai penghasil makna (meaning makers) pada mengertikan makna Ramadan.   Di manakah silapnya sehingga perubahan-perubahan yang berlaku di bulan Ramadan, sukar dibawa ke bulan-bulan seterusnya?   Perbincangan juga bertujuan mempromosi program Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan pada 18 Mac 2023 akan datang. Tempah tiket Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan dan gunakan kod diskaun SMTUHAJ untuk nikmati diskaun RM30 di www.imanshoppe.com    📌   Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal  Paypal: https://paypal.hasrizal.com  Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/14/20231 hour, 14 minutes, 15 seconds
Episode Artwork

Bagaimana Saya Boleh Sembuh Dengan Ramadan?

Kita berusaha mencari titik seimbang antara berempati dengan cabaran hidup yang dihadapi, kesakitan yang dialami, dengan keengganan memilih jalan-jalan kesembuhan yang ada. Antaranya, kita menghabiskan masa mencari teman yang memahami atau senasib, untuk saling co-ruminating, mengheret sesama sahabat karib ke daerah emosi yang lebih gelap, menjauhi solusi dan kesembuhan. Akhirnya, kita berisiko mensesiakan peluang sembuh kerana memilih jalan kesembuhan yang kita mahu, bukan yang kita perlu. Petikan IG Live hari ini, berkongsi beberapa pandangan sebagai persiapan menyambut Ramadan. Juga mengajak sahabat menyertai program penuh anjuran Iman Publication, Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan. Program bakal berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar pada 18 Mac 2023 dan juga melalui livestreaming menggunakan Zoom. Tempah tiket Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan dan gunakan kod diskaun SMTUHAJ untuk nikmati diskaun RM30 di www.imanshoppe.com 🥰 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/9/20239 minutes, 39 seconds
Episode Artwork

Kafkaesque: Serabutnya Birokrasi Sistem Pendidikan Kita

Semasa membaca cerpen Franz Kafka bertajuk "POSEIDON", saya terkenangkan masalah sistem pendidikan kita dan taufan birokrasinya.   Poseidon di dalam Greek Mythology adalah Tuhan Laut.    Di dalam cerpen Franz Kafka, Poseidon berdepan senario pelik. Beliau terbelenggu dengan laporan-laporan mengenai laut di bawah jagaannya. Ia menjadi sindirian Franz Kafka terhadap kegilaan urus tadbir zaman 'moden (Kafka meninggal dunia tahun 1924) hingga 'tuhan' pun tidak sanggup menanggungnya. Ironi sekali, birokrasi itu dicipta sendiri, kemudian menjadi beban ke atas diri, dan diri menjadi hamba kepada birokrasi berkenaan.  Sibuk meneliti data-data di dalam laporannya, Poseidon tidak sempat melawat laut jagaannya. Jupiter yang jauh dia sampai. Laut di mana dia berada, atau sepatutnya berada, ditangguhkan lawatan meninjau akar umbi hingga ke akhir zaman, kalau-kalau masih sempat selepas laporan terakhir selesai diaudit.   Ironi, kan?   📌   Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal  Paypal: https://paypal.hasrizal.com  Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/28/202311 minutes, 22 seconds
Episode Artwork

Israk Mikraj: Berimankah Kita Jika Mendengar Sendiri Kisah Ini di Mekah?

Baru-baru ini saya mengisi undangan PPIMI menyampaikan ceramah Israk Mikraj di Malaysia Hall Dublin.  Di dalam ceramah, saya mukadimahkan ia dengan persoalan bagaimana ilmuan silam berdepan cabaran mendokumentasikan riwayat-riwayat mengenai peristiwa besar ini. Ia untuk meningkatkan kesedaran kita semua agar peka dengan asas kita mengimani Islam. Saya bimbang apabila generasi hari ini kurang membaca, atau hanya membaca apa yang masing-masing MAHU dan bukannya apa yang kita PERLU, apatah lagi kita tidak tahu apa yang kita perlu, kita terdedah kepada keraguan-keraguan besar terhadap asas agama sendiri.   Jika kita berada di Mekah dan mendengar sendiri Nabi Muhammad ﷺ  menceritakan kisah ini, adakah kita akan membenarkan kisah itu seperti yang Abu Bakr r.a. lakukan, atau kita menjadi kufur meninggalkan baginda? Nauzubillah.   Di era kita belajar ilmu secara patchy seperti hari ini, kita kehilangan struktur ilmu.  Tiba-tiba bertemu soalan sebesar adakah al-Quran yang dibaca hari ini berasaskan teks dan naskhah yang verified secara saintifik seperti yang sejarawan Revisionist timbulkan.  Penatkanlah diri dengan ilmu, agar kita damai mengimani Allah di era fitnah akhir zaman ini.   Di peringkat peribadi, semasa membuat persediaan ceramah, kali ini saya banyak memberi tumpuan membaca riwayat-riwayat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim tentang MIKRAJ. Perasaan jadi sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, sebab menelusi kisah MIKRAJ ini, kemanisan dunia hilang dan timbul rasa rindu yang bersangatan kepada Syurga.  Mungkin saki baki umur di dunia sudah tidak banyak.  Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan himpunkan kita di Syurga-nya yang bak dataran tanpa pohon, lalu zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaha Illallah dan Allahu Akbar kita, menumbuhkan pohon-pohon rendangnya, sebagaimana yang Nabi Ibrahim a.s. minta Nabi Muhammad ﷺ  sampaikan kepada kita.   Amin.   📌   Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/25/202310 minutes, 31 seconds
Episode Artwork

Mengapa "Jangan Fikir" Lebih Susah Berbanding Dengan "Fikirkan"?

Diskusi lanjutan program Sinergi Pintar di Cyberjaya tahun lalu. Kali ini perbincangan adalah mengenai 'thought suppression" dan mengapa ia sukar dilakukan oleh otak manusia. Bagaimana dapatan penyelidikan Profesor Wegner pada tahun 1987 dahulu, boleh dimanfaatkan dalam strategi keibubapaan dan menyokong pembelajaran anak kita? Ikuti diskusi mengenainya di dalam perkongsian kali ini. Rujukan: Paradoxical effects of thought suppression. Wegner, D. M., Schneider, D. J., Carter, S. R., & White, T. L. (1987). Paradoxical effects of thought suppression. Journal of Personality and Social Psychology, 53(1), 5–13. https://doi.org/10.1037/0022-3514.53.1.5 Video eksperimen 'white bear' yang dirujuk: https://www.youtube.com/watch?v=8WVjUTqKQd0 📌 Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/5/202316 minutes, 24 seconds
Episode Artwork

Cabaran Mendapatkan Tidur Yang Baik Tetapi Ada ADHD

Selepas belajar bidang learning sciences, antara perkara terawal dan segera saya cuba buat dalam keibubapaan ialah mengawal waktu tidur anak-anak. Musuh paling besar kepada usaha ini adalah skrin; telefon, tablet dan komputer.   Saya belajar betapa besarnya impak kualiti tidur.   Malam waktu berehat bukan semata-mata konsep. Tetapi tubuh badan manusia, gelap malam, cahaya matahari dan kandungannya, semuanya saling bekerjasama untuk benar-benar menjadikan tidur itu penting.   Anak-anak yang patuh dan tidur pada masa yang sepatutnya, terselamat daripada banyak masalah. Anak-anak yang melawan dan sentiasa mencari jalan untuk melanggar usaha ini terheret ke dalam pelbagai masalah.   Individu ADHD pula berdepan dengan cabaran tambahan untuk meregulasi tidur.   Semasa belum mendapat diagnosis, saya tidur dalam keadaan yang rumit di Finland. Pernah di satu subuh, apabila saya bangun tidur, saya dapati gigi geraham saya patah dua dan tergolek keluar dari mulut kerana saya tidur dalam keadaan geraham yang mengetat.   Selepas menggunakan mesin CPAP, masalah obstructive sleep apnea (OSA) saya terurus.  Bakinya, adalah isu ADHD.   Selepas menerima diagnosis dan memulakan pengambilan stimulant, saya mudah sedikit untuk lelap. Tetapi stimulant saya mempunyai kesan-kesan yang berbeza.  Kini, apabila saya mengambil Tyvense pada jam 8 pagi, saya dapat berfungsi dengan baik di siang hari, mula mengantuk pada jam 9 malam. Tetapi pukul berapa pun saya tidur, saya akan terjaga pada jam 4 pagi. Kadang-kadang berjaya sambung tidur semula, kadang-kadang terjaga sehingga subuh.  Masih mencari jalan untuk mengatur tidur yang baik.  Aplikasi Pillow di iPhone dan Apple Watch membantu saya memantaunya. Data dari mesin CPAP baharu juga menyumbang.   Di hujung buku Sleep and ADHD oleh Hiscock, Harriet; Sciberras, Emma ini, penulis merumuskan perkara berikut:   “Children with clinical-level ADHD are at increased risk of a broad range of negative outcomes in adolescence and adult life (Mannuzza & Klein, 2000).   These include academic underachievement and school dropout (Barbaresi, Katusic, Colligan, Weaver, & Jacobsen, 2007), depression and suicidal behaviour (Chronis-Tuscano et al., 2010), smoking, and substance abuse disorders (Nigg, 2013), antisocial personality disorder (Mannuzza et al., 1993), obesity (Cortese & Tessari, 2017), early parenthood (Østergaard, Dalsgaard, Faraone, Munk-Olsen, & Laursen, 2017) and poorer occupational functioning (de Graaf, Kessler, & Fayyad, 2008).   It is important, however, to remember that individuals with ADHD often thrive and can lead highly successful lives, particularly with good support from their families and friends and professional assistance.”    📌   Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal  Paypal: https://paypal.hasrizal.com  Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/3/20235 minutes, 36 seconds
Episode Artwork

Mudah Marah Maknanya Ada ADHD?

Adakah mudah marah bermaksud seseorang itu ada ADHD?  Pertanyaan ini diajukan oleh seorang sahabat kepada Dr Nurul Athira di Tiktok, dan saya diajak berkongsi pandangan sebagai seorang individu ADHD dewasa mengenainya.   Saya bukan doktor perubatan, atau neurosaintis, malah bukan datang daripada latar belakang pendidikan di bidang sains. Justeru, pandangan saya ini bukan pandangan pakar. Ia hanya pandangan seorang individu ADHD yang belajar untuk memahami apa yang berlaku kepada dirinya sendiri. Saya terbuka kepada pembetulan dan teguran.    Cuma tegurlah secara berempati dan sopan, jangan bagi saya jadi hijau ye 🧌.  Di manakah marah itu semasa ia berlaku di dalam diri seseorang?   Ia amat kompleks. Umumnya, marah itu tertumpu di amygdala yang merupakan sebahagian daripada lymbic system otak kita. Ia memproses rasa takut, cetusan kemarahan dan merangsang kita bertindak.   Manakala individu ADHD, kebanyakan mereka mempunyai gangguan fungsi eksekutif dan ia berada di bahagian lain di otak iaitu pada pre frontal cortex mereka. Pre frontal cortex itu menjalankan fungsi-fungsi eksekutif, termasuk 'bercakap kepada diri sendiri' untuk menasihatkan emosi itu tadi agar kita tidak terdorong mengikutnya hingga menimbulkan kesan tidak baik.   Sebelum adanya kefahaman moden mengenai hal ini, apa yang diajukan oleh Nabi Muhammad ﷺ mengenai pengurusan marah sudah pun selari dengan dapatan saintifik masa kini mengenai marah. Semasa kita berpuasa, apabila kita menerima provokasi hingga mencetuskan marah, baginda berpesan agar jangan bertindak mengikut kemarahan tersebut. Sebaliknya, cukuplah dengan berkata, "sesungguhnya aku berpuasa." Kata-kata "sesungguhnya aku berpuasa" itu tidak semestinya ungkapan yang kita ajukan kepada orang yang mencabar diri itu. Ia juga adalah kata-kata yang berkesan apabila kita ajukan ia kepada diri kita sendiri secara 'self talk'.   Apabila pre frontal cortex individu ADHD mengalami defisit, keupayaan ia menasihatkan jirannya yang sedang berperasaan itu, terjejas.   Justeru, apabila seseorang itu mengalami rasa marah yang bersangatan, menjejaskan kualiti hidup, mendatangkan pelbagai masalah dan mengheret kepada kegelisahan yang kronik atau kemurungan, dapatkanlah bantuan pakar untuk melakukan analisis.  Kepakaran mereka diperlukan untuk menentukan apakah punca marah itu, baik punca dalaman mahu pun punca luaran.   Individu ADHD lazim berdepan dengan kesukaran meregulasi emosi marahnya, baik di rumah, di tempat kerja, atau semasa bersosial. Kesukaran itu juga berlarutan semenjak zaman kanak-kanak, sehingga dewasa, sepanjang hayatnya.   Mudah marah tidak semestinya ada ADHD.   Ada ADHD, mudah marah mungkin sebahagian daripada cabaran yang dihadapinya.   Semoga perkongsian sederhana ini bermanfaat untuk kita bersama.   Salam ukhuwwah.   Hasrizal Abdul Jamil Naas, Ireland   ADHD.SAIFULISLAM.COM --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/2/20235 minutes, 37 seconds
Episode Artwork

Moral, Sains, dan Agama: Kali Pertama Pulang ke Malaysia Bersama ADHD

Mengenang diskusi-diskusi mengenai ADHD semasa pulang ke Malaysia Disember 2022 yang lalu. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/26/202319 minutes, 37 seconds
Episode Artwork

Jangan Jadikan Kebahagiaan Sebagai Matlamat Akhir Yang Dikejar

Jangan jadikan kebahagiaan sebagai matlamat akhir yang dikejar.  Kebahagiaan akan hadir hasil kita melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan. Melaksanakannya dengan benar dan sesungguhnya.   Andai hati rasa gelisah, ambil ia sebagai 'alarm' memanggil kita pulang ke 'asal'.   Asal diri yang dekat dengan-Nya.   📌   Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/19/202310 minutes, 36 seconds
Episode Artwork

Mengapa Silibus Berat di Awal Persekolahan Berbahaya Kepada Anak Kita?

Mengapa ajar benda-benda berat kepada kanak-kanak di awal persekolahan mereka itu adalah berbahaya dan salah? Kalau tidak mahu dengar pendapat saya, atau kajian-kajian penyelidik 'barat', bukalah hati dan minda untuk dengar teguran Ibn Khaldun yang bercakap dari abad ke-15 (meninggal dunia pada tahun 1406). Kurikulum berat inilah yang membunuh motivasi belajar, merosakkan fitrah anak-anak dan warga pendidik pula menyangka ia maju. Murid-murid pula malangnya, sangka mereka tidak cukup pandai. Insaflah! Ubahlah! 📌 Teks Ibn Khaldun (maaf ada beberapa kesilapan saya baca baris semasa membaca teks ini) وقد شاهدنا كثيراً من المعلمين لهذا العهد الذي أدركنا يجهلون طرق التعليم وإفاداته، ويحضرون للمتعلم في أول تعليمه المسائل المقفلة من العلم، ويطالبونه بإحضار ذهنه في حلها، ويحسبون ذلك مرانا على التعليم وصواباً فيه، ويكلفونه رعي ذلك وتحصيله، فيخلطون عليه بما يلقون له من غايات الفنون في مبادئها، وقبل أن يستعد لفهمها؛ فإن قبول العلم والاستعدادات لفهمه تنشأ تدريجاً. ويكون المتعلم أول الأمر عاجزاً عن الفهم بالجملة، إلا في الأقل وعلى سبيل التقريب والإجمال وبالأمثال الحسية. ثم لا يزال الاستعداد فيه يتدرج قليلاً قليلاً، بمخالطة مسائل ذلك الفن وتكرارها عليه، والانتقال فيها من التقريب الى الاستيعاب الذي فوقه، حتى تتم الملكة في الاستعداد؛ ثم في التحصيل ويحيط هو بمسائل الفن. وإذا ألقيت عليه الغايات في البدايات وهو حينئذ عاجز عن الفهم والوعي وبعيد عن الاستعداد له كل ذهنه عنها، وحسب ذلك من صعوبة العلم في نفسه، فتكاسل عنه وانحرف عن قبوله وتمادى في هجرانه. وإنما أتى ذلك من سوء التعليم. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/14/202314 minutes, 44 seconds
Episode Artwork

Kaedah Mengurangkan 'Campurtangan' Kerajaan di Sekolah

Kenapa sekolah di Finland berbeza daripada sekolah di Malaysia?  Ada macam-macam cara untuk jawab soalan ini. Tetapi kali ini saya ingin cuba menjawabnya dengan penerangan secara sosiologi. Secara sosiologinya, sekolah boleh berada di dalam satu daripada dua kategori (boleh ada pengkategorian yang lain juga).  Sama ada sekolah itu berada di dalam kerangka FUNCTIONALISM, atau pun INTERACTIONISM. Baca artikel penuh mengenainya di https://saifulislam.com/2022/12/kaedah-mengurangkan-campurtangan-kerajaan-di-sekolah/ --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/3/20225 minutes, 4 seconds
Episode Artwork

Kehilangan al-Mizan: Pembela Jadi Penganiaya.

Kita sukar mengikat apa-apa tindakan baik atau buruk kepada aliran, kelompok atau kaum tertentu. Sejarah memperlihatkan bagaimana sikap buruk boleh berpindah randah dari satu ideologi ke ideologi yang lain, dari satu paradigma yang asalnya bertujuan membela, bertukar menjadi paradigma yang hilang arah dan bertukar jadi penganiaya. Sebabnya, sama ada konservatif atau liberal, progresif atau tradisional, manusia adalah manusia. Apabila Allah menyebut kita sebagai umat terbaik, sifat yang menjadi asasnya adalah WASATIAH. Wasatiah bukan berdiri di atas pagar, duduk tengah-tengah tidak berpihak. Wasatiah, jika maksud literalnya merujuk kepada berada di tengah, tujuan berada di tengah itu adalah untuk mencari titik tepat yang menghasilkan keseimbangan. SEIMBANG itulah intipati wasatiah. Semasa menolak, jangan menolak sepenuhnya. Semasa menerima, jangan menelan hingga tidak tersisa. Al-Mizan, Allah cipta ia untuk seimbangkan alam, dan mengharmonikan kehidupan.  Sebelum al-Mizan muncul dalam timbangan muamalat, ekonomi, politik dan hal-hal besar kehidupan, mulakan al-mizan dalam akal yang berbudi, dan jiwa yang luhur ikhlas sebagai abdi kepada Ilahi. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/2/202213 minutes, 10 seconds
Episode Artwork

Kuasa Perkataan: Renungan Kisah Kecemburuan Aishah r.a. Terhadap Khadijah r.a.

Aishah r.a bercerita:   -عن عائشة أم المؤمنين: أنّ رسولَ اللهِ ﷺ كان يُكثِرُ ذِكْرَ خديجةَ فقلْتُ ما أكثرَ ما تُكثِرُ مِن ذِكرِ خديجةَ وقد أخلَف اللهُ تعالى لك مِن عجوزٍ حمراءِ الشِّدْقَين وقد هلَكَتْ في دَهْرٍ فغضِب رسولُ اللهِ ﷺ غَضَبًا ما رأيْتُه غضِب مِثلَه قطُّ وقال إنّ اللهَ رزَقها منِّي ما لم يَرْزُقْ أحَدًا منكُنَّ قلْتُ يا رسولَ اللهِ اعفُ عنِّي واللهِ لا تسمَعُني أذكُرُ خديجةَ بعدَ هذا اليومِ بشيءٍ تكرَهُه    Aishah Ummu al-Mu'minin r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah ﷺ sering menyebut-nyebut nama Khadijah. Lantas aku berkata, "mengapakah engkau banyak sungguh menyebut nama Khadijah, sedangkan Allah sudah pun menggantikan untukmu perempuan tua bergusi merah yang sudah pun mati?" Rasulullah ﷺ menjadi sangat marah dengan kemarahan yang aku tidak pernah lihat seumpamanya sebelum-sebelum ini. Baginda kemudiannya berkata, "sesungguhnya Allah telah merezekikan daku dengannya apa yang Allah tidak rezekikan kepada sesiapa jua dari kalangan kamu!" Kemudian aku berkata, "wahai Rasulullah, maafkan aku. Demi Allah aku tidak akan lagi mendengar aku setiap kali menyebut mengenai Khadijah selepas hari ini dengan apa-apa yang engkau tidak suka. [ِAl-Haithami 92/227]  Islam sangat jelas menekankan bahawa berhati-hati dalam berkata-kata.  Words matter.   Letih, marah, kecewa, PMS, walaupun normal untuk menjadi latar belakang isteri lepas cakap, ia tidak diizinkan oleh Rasulullah ﷺ untuk diterima sebagai perkara biasa. Lisan boleh membina, lisan berkuasa meruntuh. Kata-kata mampu menjadikan hidup yang miskin bahagia, hidup cukup segalanya jadi huru hara. Malah perkataan boleh memberatkan timbangan kebaikan menghantar manusia ke Syurga, perkataan juga menghantar manusia ke Neraka. Dengarlah sepenuhnya video ini untuk kita sama-sama meninjau, mengapakah kasih Rasulullah ﷺ begitu mendalam terhadap Khadijah r.a.   Dan, wajarkah bukan sekadar Aishah r.a. yang patut mencemburuinya?   Semoga Allah bantu kita memperbaiki diri dalam redha-Nya. Amin.   ARTIKEL PENUH BOLEH DIBACA DI https://saifulislam.com/2022/11/kuasa-perkataan-renungan-kisah-kecemburuan-aishah-r-a-kepada-khadijah-r-a/ --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/16/202235 minutes, 35 seconds
Episode Artwork

Gigi-gigi Anak Kunci Untuk Tadabbur al-Quran

Mendampingi al-Quran adalah rezeki dan rahmat Allah.   Selain membacanya, kita juga dituntut melakukan TADABBUR.   Tadabbur datang daripada kata akar د ب ر yang bermaksud hujung sesuatu.  Tadabbur adalah proses untuk menyampaikan kita kepada hujung makna ayat-ayat  al-Quran.   Selepas lebih seribu tahun kita hidup dengan al-Quran dengan jumlah ilmuan yang mengkaji, menafsir serta menghurainya, hujung al-Quran itu masih terbuka untuk kita meneruskan perjalanan sampai kepadanya.   Hujung itu bukan hujung yang menghadkan al-Quran. Ia adalah mukjizat, kalam Allah. Sebaliknya, hujung itu adalah hujung yang mengundang kita menyertai perjalanan.  Perjalanan itulah yang penting untuk kita lakukan, sepanjang hayat.   Firman Allah:   أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ ٢٤   "Mengapa mereka tidak melakukan tadabbur terhadap al-Quran? Atau apakah ada kunci yang yang mengunci ke atas hati mereka?" [Muhammad 47: 24] Tadabbur pula, bukan proses eksklusif untuk sarjana. Ia untuk semua.  Pertanyaan Allah di dalam surah Muhammad ayat ke-24 itu dituju kepada orang munafik. Tidak munasabah orang munafik bersalah kerana tidak bertadabbur, seandainya tadabbur itu memerlukan kesarjanaan yang mereka tidak miliki.   Namun, kita perlulah mencari keseimbangan antara amaran Rasulullah ﷺ agar kita tidak berpendapat sesuka hati mengenai al-Quran, dengan perintah Allah untuk kita tadabbur.   Apabila kita tiba kepada ayat-ayat yang mesejnya kompleks, membabitkan hukum hakam, yang memerlukan satu set ilmu yang hanya dimiliki oleh para ilmuan, fahamlah batasan diri dengan tidak cuba mengeluarkan hukum sendiri, tetapi rujuk kepada mereka yang ahli, dan sumber-sumber yang sejahtera.   Apa yang mengunci hati seseorang daripada bertadabbur, kunci itu disebut sebagai aqfāl (أقفال).  Ia berasal daripada perkataan ق ف ل yang mempunyai konotasi sesuatu yang tersusun lagi berangkai, seperti gerombolan pedagang yang disebut qafilah.  Untuk membuka kunci yang menghalang tadabbur, ia tidak berlaku dengan hanya menekan satu butang. Sebaliknya anak kunci itu perlu mempunyai gigi-gigi yang tepat, masuk satu demi satu, dan terbuka perlahan-lahan.    Bukalah kunci kejahilan dan mazmumah kita, dengan anak kunci yang tepat.    Caranya, teruskan agenda mempelajari al-Quran, sepanjang hayat. 📌   Terima kasih kepada members halaman ini dan patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/24/20227 minutes, 8 seconds
Episode Artwork

Hikmah Membawa Nama-Nya Dalam Kehidupan - Anekdot Badiuzzaman Said al-Nursi

Mulakanlah sesuatu dengan Bismillah. (كُلُّ كَلَامٍ أَوْ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُفْتَحُ بِذِكْرِ اللهِ فَهُوَ أَبْتَرُ ( أَوْ قَالَ : أَقْطَعُ) "Setiap kalam atau urusan yang penting tetapi tidak dimulakan dengan mengingati Allah, maka ia gabuk, tidak berhasil lagi tergantung" [HR Ahmad  : 8712] Terima kasih kepada sahabat Patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/23/20225 minutes, 12 seconds
Episode Artwork

Akibat Pendidikan Tidak Membangunkan Kepintaran Emosi Budak Lelaki | The Boy Crisis - Episod 4

Episod 4: Kali ini kita mengulas implikasi pendidikan di sekolah yang tidak membangunkan kepintaran emosi ke atas masa hadapan murid lelaki.   Pekerjaan-pekerjaan yang lazimnya dilakukan dengan kemahiran tangan dan tenaga kerja lelaki di masa hadapan, banyak yang akan digantikan oleh teknologi. Namun, artificial intelligence tidak mampu menggantikan keupayaan tulen manusia dalam kepintaran emosinya. Pekerjaan yang memerlukan kepintaran emosi seperti perkhidmatan kesihatan, penjagaan sosial, kejururawatan, akan terus diperlukan malah akan dibayar tinggi bagi yang mampu melakukannya.   Apabila pendidikan di sekolah tidak memainkan peranan memupuk kepintaran emosi murid, pelajar perempuan menurut Dr Warren Farrell akan masih terus mengembangkan emosi mereka secara semulajadi melalui aktiviti sosial. Tetapi 'heroic intelligence' yang secara tradisinya menjadi 'aset' lelaki, dijangka sukar memposisikan murid lelaki di dalam dunia pekerjaan mereka di masa hadapan tanpa kepintaran emosi.   Menjaga emosi bukan melembikkan murid. Ia adalah mentaliti buli yang bukan sahaja menyalahi sains moden yang menyelidik aspek social-emotional learning sejak sekian lama, malah juga menyalahi pendekatan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam semasa mendidik generasi sahabat.   Lihat sahaja kisah Malik bin al-Huwairith r.a. di dalam Sahih al-Bukhari.   Apabila anak-anak muda itu hilang fokus kerana teringatkan keluarga, mereka tidak diejek atau diperlekeh oleh guru. Baginda mengiktiraf situasi berkenaan dan mengubahsuai aktiviti pembelajaran agar ia dipindahkan daripada sisi baginda, kepada amali di rumah.  Dari manakah datangnya tanggapan bahawa emosi perlu ditekan, disorok, diabai, agar dengannya lahir 'lelaki tulen' yang hero?   Ikuti perbincangan mengenai hal ini di dalam sesi kedua mengupas episod keempat buku THE BOY CRISIS oleh Dr Warren Farrell, "The Crisis of Our Sons' Education".   Terima kasih kepada Patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/20/202243 minutes, 25 seconds
Episode Artwork

Krisis Pendidikan Anak-anak Lelaki Kita | The Boy Crisis - Episod 3

𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗧𝗵𝗲 𝗕𝗼𝘆 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗿 𝗪𝗮𝗿𝗿𝗲𝗻 𝗙𝗮𝗿𝗿𝗲𝗹𝗹 - 𝗖𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 𝟰: 𝗧𝗵𝗲 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗼𝗳 𝗢𝘂𝗿 𝗦𝗼𝗻𝘀’ 𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 Kupasan saya mengenai cabaran-cabaran budak lelaki di dalam beberapa siri video sebelum ini bukanlah khayalan peribadi atau pendapat yang tidak berasas. Ia adalah siri membincangkan kandungan buku The Boy Crisis yang ditulis oleh Dr Warren Farrell. Jika anda mengikuti perkembangan tulisannya, anda mungkin tahu bahawa Warren Farrell adalah satu-satunya anggota lelaki di dalam New York City Board of the National Organisation for Women. Pembabitan beliau di tahun 1970an itu asalnya adalah untuk menyumbang kepakarannya di dalam psikologi, women's studies, sains politik, gender dan keibubapaan, pada memperbaiki hak asasi kaum wanita. Di kala itu, beliau terkenal dikecam sebagai lelaki yang anti lelaki. Dalam aktivisme dan penyelidikannya, Farrell mendapati dunia akademia di USA amat jarang menyertakan perpektif lelaki di dalam penyelidikan berkaitan jantina malah lebih cenderung untuk menggambarkan sisi lelaki secara negatif. Dekad ini, beliau aktif memainkan peranan untuk memperbaiki keperluan lelaki terutamanya di dalam rumahtangga, keluarga serta keibubapaan dan pendidikan kerana data-data besar hasil penyelidikan berdekad memperlihatkan krisis generasi lelaki yang membarah. Saya tidak berkecil hati dengan kecaman netizen menganggap wacana yang saya bawa ini sebagai mengarut, ustaz bodoh kerana wacana saya bukan untuk meraih persetujuan dan sokongan sesiapa. Saya berkongsi agar kita sama-sama dapat berfikir mengenai topik yang dibincangkan. Ia adalah usaha kecil saya untuk menyuarakan kebimbangan yang sama dibawa oleh Dr Farrell. Pada masa yang sama, saya berusaha untuk menyaring dapatan serta analisis beliau dengan pandangan alam Islam kerana kita memerlukannya. Sesi panjang sebegini mungkin membosankan khalayak. Namun, Insya-Allah di dalamnya ada butir diskusi yang bermanfaat. Jemput bersabar saya, kita telusi bersama topik kali ini.  Anda boleh membantu menyokong saya pada mendapatkan bahan bacaan dan penyelidikan berterusan, serta kos langganan aplikasi untuk perkongsian seperti ini dengan melayari capaian berikut:   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/6/20221 hour, 16 minutes, 2 seconds
Episode Artwork

Dunia Sakit di Sebalik Kemarah Pelajar Lelaki di Kampus Kita | The Boy Crisis - Episod 2

Ulasan Buku The Boy Crisis - oleh Dr Warren Farrell, PhD Kemerosotan jumlah pelajar lelaki di kampus kita tidak kelakar dan bukan bahan ketawa. Kita perlu menyoal mengapa ia berlaku, dan apakah akibatnya sekarang dan di masa akan datang?   Sistem pendidikan kita telah menggagalkan potensi murid lelaki kerana rekabentuk dan falsafahnya yang tidak mesra fitrah kanak-kanak lelaki; biologi mereka.  Apabila pengalaman awal persekolahan dibelenggu kegilaan desakan menguasai membaca dan menulis seawal pra sekolah, mangsa utamanya adalah kanak-kanak lelaki. Semasa otak mereka belum sepenuhnya tumbuh sesuai untuk belajar mengungkai simbol dalam proses baca, mereka memulakan kembara bersekolah sebagai budak bodoh, sedangkan sistem yang menganiaya lagi menzalimi.   Tingkah laku kanak-kanak lelaki yang banyak berbentuk fizikal dan kasar, dilabel sebagai nakal. Apatah lagi jika ramai guru pra sekolah merupakan guru perempuan muda, belum  beranak pinak dan kurang sabar dengan kerenah mereka.  Akibatnya kelelakian kanak-kanak itu ditekan.  Pengalaman awal bersekolah sudah tidak memotivasi.  Ia disusuli oleh kerangka pendidikan berorientasikan akademik, kurang vokasional dan hands on, waktu kelas jasmani dikurangkan, waktu rehat dikorbankan, semuanya menjadikan peluang kelelakian murid-murid lelaki hilang. Apatah lagi jika jumlah guru lelaki di sekolah turut berkrisis.   Di rumah pula, apabila perceraian meningkat, semakin ramai kanak-kanak dibesarkan oleh satu orang tua, biasanya ibu.  Ketiadaan watak bapa, menjejaskan tumbesaran sense of purpose dalam diri kanak-kanak lelaki.   Ia juga turut diambil maklum sebagai latar belakang yang sering ditemui di kalangan anak muda yang terbabit dengan kegiatan keganasan. Kemarau 'tujuan hidup' kerana  kemarau kebapaan, menjadikan mereka mudah terheret ke dakyah pengganas yang memberi mereka sebuah tujuan bermakna, walaupun ia bermaksud menghancurkan diri mereka sendiri.   Semasa kanak-kanak perempuan dan wanita dianiaya, gambarannya agak straightforward. Jelas.  Maka solusinya ialah daripada tiada akses, kepada mengadakan akses.   Tetapi krisis kelelakian budak lelaki kompleks.  Jika kita malas memerhati untuk memahami dan mencari solusi, mungkin kita akan berterusan menyabitkan fenomena itu kepada stereotaip lelaki bahawa mereka itu yang malas dan tidak serius dengan tanggungjawab dan kehidupan.   Apa yang kita semai itu yang kita tuai.  Salah menyemai salahlah hasil menuai.  Gagal semai, suburlah lalang dan kemuncup liar sepanjang perjalanan. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/6/202212 minutes
Episode Artwork

Normalkah Zaman Remaja Kita Jauh Daripada Agama?

"Remaja adalah peringkat umur yang biasa jauh daripada agama. Apa nasihat ustaz?" Soalan ini timbul semasa kelas dalam talian saya bersama anak murid di tanahair. Jauh atau dekatnya seseorang daripada agama tidak semata-mata berdasarkan penampilan luaran. Pakaian seragam sekolah, kehendak keluarga, adat sekeliling, boleh mendesak kita menampilkan diri dengan imej golongan yang dekat dengan agama. Sayangnya, ia menjadi seperti bulan. Indah dipandang dari jauh, tetapi semakin kita dekati, semakin berlubang di sana sini. Imej beragama tidak dapat menghilangkan hanyir akhlak yang keji. Alam remaja adalah alam kita banyak membuat perhitungan yang salah. Bukan salah kita pun. Frontal lobe di otak yang menjadikan kita manusia itu pun belum siap sepenuhnya. Banyak blindspot dalam hidup. Namun, di sisi Pencipta kita, lain kisahnya. Biar pun masih remaja, kita sudah mukallaf. Sudah bertanggungjawab ke atas perbuatan sendiri. Hakikatnya, remaja sudah mampu bertanggungjawab. Perlu bertanggungjawab dengan pilihan-pilihan sendiri. Tetapi, hadkan bebanan itu sekadar pada pada hal yang perlu; persekolahan, persahabatan, dan mengurus kewangan diri. Kurangkan risiko terpaksa berfikir benda yang kita belum mampu akibat merepek dalam kehidupan. Ada dua bekal yang menyelamatkan remaja; agama dan ibu bapa. Jika hendak nakal sekali pun, jangan sampai membuang kedua-duanya. Jika buang agama, ibu bapa mendoakan hidayah tanpa putus asa agar kembali kepada agama. Jika buang ibu bapa, agama pula berulang kali mengingatkan kita kembali berihsan dengan ibu bapa, dan bersabar dengan kekurangan mereka. Jika agama dibuang, ibu bapa juga dibuang, mungkin barulah benar-benar seseorang itu menjadi jauh daripada agama. Ia membinasakan. Walaupun ia sudah lumrah, jangan sesekali diterima sebagai kebiasaan. Ia petaka akhir zaman. Petikan Halaqah al-Muta'allimin pelajar Khalifah Model School (Secondary) --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/4/20227 minutes, 47 seconds
Episode Artwork

Perginya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi Meninggalkan Kita 26 September 2022

Perginya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi meninggalkan kita, hari ini, di Qatar, pada usia 96 tahun.   إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، سَمِعْتُ عَبْدَ، اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا ‏"‏ ‏.‏   'Abdullah b. 'Amr b. al-'As menceritarakan bahawa Rasulullah ﷺ) telah bersabda:  Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya daripada manusia. Tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama. Lantas apabila tiada lagi orang berilmu yang tinggal, orang ramai akan mengambil orang-orang yang angkuh lagi jahil sebagai pemimpin, meminta pendapat mereka, dan pemimpin itu berpendapat tanpa ilmu hingga tersesatlah mereka lagi menyesatkan orang ramai. [HR Muslim 2673] Malangnya kita ditinggalkan ilmuan seperti Sheikh Yusuf al-Qaradhawi.   Semoga pemergian ini menjadi kerehatan buat Sheikh. Dan semoga kami dapat terus beragama di akhir zaman ini dengan baik, biar pun perit seperti menggenggam bara api di tangan.   Selamat berkelana, duhai guruku dan guru umat ini.  Sesungguhnya kami juga akan menyusulimu. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/26/202214 minutes, 12 seconds
Episode Artwork

Meninjau Regulasi Emosi Kendiri ADHD Dewasa di Dalam Karya Imam Birgivi

Imam Birgivi (meninggal dunia 1573) menghuraikan tentang peranan proses berfikir (nutq) mengawal emosi marah (ghadb) dan mahu (shahwah) di dalam karyanya al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Ia senada dengan apa yang kita faham melalui sains dan pengetahuan moden semasa bahawa frontal lobe pada otak manusia menggerakkan fungsi eksekutif yang salah satunya adalah 'self talk' pada meredakan ledakan emosi yang terbit dari limbic brain kita. Teringat juga bagaimana Nabi Muhammad ﷺ  mengingatkan kita agar melatih diri semasa berpuasa, apabila menerima kecaman atau penghinaan, jangan ikutkan rasa marah, tetapi katakan "sesungguhnya aku berpuasa". Indah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/23/202211 minutes, 10 seconds
Episode Artwork

Bukan Semua Masalah Orang ADHD Adalah Kerana ADHD

Bukan semua masalah yang orang ADHD hadapi dalam kehidupan, adalah berpunca daripada ADHD.  Testimoni adalah bukti yang lemah. Justeru cerita peribadi, semasa kita saling berempati, perlu disokong dengan usaha membawa perbincangan ke asas ilmunya. Agar kita tidak terjebak mengaitkan sesuatu dengan sesuatu secara tidak benar. Ia bukan sahaja memudaratkan, malah boleh menyebabkan masyarakat memandang rendah isu ADHD, meneruskan senario menganggap ADHD sebagai alasan, bukan penjelasan.   Di Ireland, saya fikir rutin kumpulan sokongan kami ada sesuatu yang bermanfaat untuk dipertimbangkan. Apabila kita berbincang topik tertentu, setengah jam terakhir perbincangan kita akan membuka ruang untuk individu yang profesional / berpengetahuan mengenai topik berkenaan mengulas. Ia bertujuan memastikan kefahaman kita baik, terhindar daripada dakwaan tidak berasas, pseudosains dan yang seumpama dengannya. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/15/20228 minutes
Episode Artwork

My September 11 Memory as an Imam in Belfast

We remember where we were, what we were doing, when we first heard or watched the September 11 tragedy in 2001.    It was also the beginning of my journey being a young imam in Belfast, Northern Ireland.    I was inexperienced, lack of proper training and did not even have sufficient English to communicate.  I did not have the privilege to wait and see but to jump immediately into everything.    When the mosque and members of our community experienced adverse reactions, I had to decide which direction I wanted to take to lead.  We believed it was a test from Allah; it shall pass, do not indulge too much in explaining and being defensive, but remain steadfast and let our attitude speaks about our faith and identity.   "So indeed, with hardship comes ease. indeed, with hardship comes ease." [Q94: 5-6] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/13/20229 minutes, 27 seconds
Episode Artwork

Kemangkatan Queen Elizabeth II: Teladan Buat Diri

8 September 2022, merenung pelajaran-pelajaran berharga berkaitan sejarah panjang Ratu Elizabeth II yang mangkat pada usia 96 tahun, selepas 70 tahun menduduki singgahsana Inggeris. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/9/202215 minutes, 41 seconds
Episode Artwork

Kelebihan Menyendiri | Cabaran Rangsangan Melampau dan ADHD Dewasa

Kita hidup dalam dunia yang bising.  Bukan hanya bising oleh bunyi kenderaan, tetapi ada pelbagai suara dan bunyi yang membelenggu diri hingga sukar untuk menyendiri, menikmati sunyi, dan di dalam sunyi itu merenung diri, mendengar suara hati dan mengingati Ilahi.   Apatah lagi bagi individu ADHD yang sering mengalami kesukaran fungsi eksekutif pada mengawal persepsi hasil input persekitaran yang melampau.   Suatu ketika semasa menghampiri kota Mekah, Rasulullah ﷺ  bersama para sahabat melintasi sebuah gunung bernama Jumdan.   وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسِيرُ فِي طَرِيقِ مَكَّةَ فَمَرَّ عَلَى جَبَلٍ يُقَالُ لَهُ: جُمْدَانُ فَقَالَ: «سِيرُوا هَذَا جُمْدَانُ سَبَقَ الْمُفَرِّدُونَ» . قَالُوا: وَمَا الْمُفَرِّدُونَ؟ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: «الذَّاكِرُونَ الله كثيرا وَالذَّاكِرَات» . رَوَاهُ مُسلم   Abu Hurairah meriwayatkan, ketika Rasulullah ﷺ  di dalam perjalanan ke Mekah, baginda melalui sebuah gunung bernama Jumdan. Lalu baginda bersabda, "teruskan perjalanan. Ini Jumdan. Telah menanglah al-mufarridun (golongan yang 'menyendiri')!"   Sahabat bertanya, "apakah al-mufarridun itu wahai Rasulullah ﷺ?"   Baginda menjawab, " iaitulah mereka yang mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya, lelaki dan perempuan"  [Hadith riwayat Muslim] Sambil bergaul, berorganisasi, bermasyarakat, berjemaah, jangan ditinggalkan kelebihan menyendiri, mengasingkan jiwa dan fikiran, dan mengisi sunyi itu dengan menguatkan hubungan diri dengan Allah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/8/202212 minutes, 35 seconds
Episode Artwork

Moga Pulih Maruah Negara Dengan Sejarah Hari Ini

Kejahatan menghantar manusia ke penjara.   Tetapi penjara bukan kejahatan.   Penjara boleh menjadi peluang seseorang itu memperbaiki diri.   Semoga dengan keputusan mahkamah hari ini yang mengekalkan sabitan bersalah ke atas bekas Perdana Menteri DS Najib Razak di dalam kes penyelewengan Dana SRC, ia memulihkan maruah negara dan menjadi peringatan bahawa tiada siapa yang boleh berada lebih tinggi daripada undang-undang.   Kita tidak berasa aib semasa negara mengalami kemunduran ekonomi. Tetapi korupsi dan kegagalan menegakkan keadilan untuk membetulkannya, ia amat menyedihkan.  Moga keputusan ini juga membuka ruang rahmat Allah yang lebih luas untuk menghadirkan damai di dalam jiwa masyarakat kita.   Berita hari ini bukan berita untuk disorak.  Ia berita untuk disyukuri sebagai terjaganya sesuatu yang penting untuk mencegah umat binasa.   Kebimbangan utama saya adalah pada melihat agama dan sentimen perkauman digunakan untuk kepentingan peribadi terutamanya dalam sedekad mutakhir ini. Hingga Islam dan Muslim juga dipandang sinis.  Sedangkan agama kita adalah agama yang sangat mengambil berat soal keadilan dan mencegah kezaliman.   Nabi kita Nabi Muhammad ﷺ  pernah bersabda:    إنَّما أهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ، أنَّهُمْ كَانُوا إذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وإذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أقَامُوا عليه الحَدَّ، وايْمُ اللَّهِ لو أنَّ فَاطِمَةَ بنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا   "Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa apabila orang berkedudukan di dalam masyarakat itu mencuri, mereka melepaskannya. Apabila orang yang lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman ke atas. Demi Allah, kalaulah sesungguhnya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku yang akan memotong tangannya!" [HR al-Bukhari :  3475]   Hadith ini semua orang agama sudah belajar mengenainya.  Ingatlah kembali asas ini.  Kekalkan peranan orang agama pada meluruskan agama masyarakat, dan menjernihkan kekeliruan. Jangan sekali-kali terjebak menggunakan agama untuk kepentingan peribadi masing-masing. Ilmu agama bukan ilmu untuk buat duit.  Nabi kita ﷺ  pun semasa wafat tidak mewariskan harta.  Baginda hanya mewariskan ilmu agama ini sebagai pedoman kerana sudah tidak ada nabi lain hingga ke akhir zaman.   Semoga Allah jaga kita, dan doakan yang baik-baik untuk semua, amin. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
8/23/20227 minutes, 55 seconds
Episode Artwork

Telephonophobia Dan Cabaran ADHD Dewasa

“Angkatlah telefon tu! Ada telefon tak angkat buat apa ada telefon!” Kegeraman kawan-kawan dengan perangai saya tidak menjawab panggilan telefon sudah pun saya catat semenjak tahun 2007 Semasa itu saya menulis sebuah artikel di saifulislam.com dengan tajuk Telephonophobia. Setiap kali telefon berdering, saya akan berdebar-debar, mood baik jadi terganggu, apatah lagi nombor yang terpapar tidak saya kenali. Saya tidak akan sekali-kali menawarkan pilihan menelefon atau menjawab panggilan telefon, selagi boleh. Ia adalah kebimbangan tidak rasional, yang sukar saya jelaskan. Melihat kembali artikel 2007 berkenaan, saya berikan alasan yang telinga saya tidak cukup baik untuk berbual di telefon. Saya akan mengangguk dan mengiyakan apa yang pihak di sebelah sana sebut, walaupun banyak daripada butir percakapan tidak dapat saya tangkap dan fahami. Tak patutlah, kan? Keduanya, saya tertekan dengan lambakan jemputan ceramah yang andai melalui panggilan telefon, saya perlu berkata ya atau tidak secara spontan. Sedangkan saya beristerikan seorang doktor di wad kecemasan. Sejak dahulu lagi, saya sentiasa memeriksa terlebih dahulu jadual kerja isteri, terutamanya apabila ia membabitkan siapa yang akan jaga anak-anak kami yang masih kecil. Tak seronoklah jika sudah setuju, kemudian perlu berhubung semula untuk membatalkannya. Selepas menerima diagnosis ADHD dewasa, dan memahami tentang kondisi fikiran dan emosi saya yang 'intense', barulah saya mendapat serba sedikit jawapan. Telephonophobia atau telephone anxiety ini ada di dalam DSM-V di bawah social anxiety. Untuk kondosi berkaitan telephonophobia ini menerima diagnosis, keadaan tersebut mestilah berlaku lebih dari tempoh 6 bulan, dan menampakkan 3 ke 5 daripada simptom yang disenaraikan. Andai anda ada sahabat yang susah hendak menjawab panggilan telefon, janganlah berkecil hati dengannya. Dia mungkin sahabat anda paling baik hati. Cuma dia akan lebih mudah berkomunikasi, andai anda sudi menukar panggilan telefon kepada mesej bertulis, atau jumpa bersemuka. Jemput menonton perbincangan mengenainya di Youtube saya. #adhddewasa #adhdmalaysia #telephonophobia --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
8/19/20229 minutes, 29 seconds
Episode Artwork

Risiko Sembunyikan Diagnosis ADHD Kerana Isu Biasiswa

Saya berbual dengan YB Dr Maszlee Malik mengenai hal ini semasa beliau berkunjung ke Dublin, baru-baru ini. Kebimbangan saya ialah pelajar cemerlang SPM menyembunyikan diagnosis atau mengelak daripada mendapatkan diagnosis isu-isu kesihatan mental seperti ADHD, Autisme dan lain-lain, kerana khuatir hilang kelayakan untuk memohon biasiswa bagi membiayai pengajian.   Walaupun keputusan peperiksaan cemerlang dan layak.  Kemudian, di tengah-tengah pengajian, pelajar mula mengalami kesusahan yang tidak dialami semasa di sekolah dahulu. Malang sekali jika ia membawa kepada kemurungan, tekanan jiwa, kemudian berakhir dengan kegagalan menamatkan pengajian, meletakkan pelajar berkenaan di dalam risiko hutang mencecah jutaan ringgit, kes mahkamah, krisis moral, dan sebagainya.   Sedangkan semua itu boleh dielakkan jika penggubal polisi memahami ADHD bukan penyakit. Ia adalah kelainan cara otak seseorang berfungsi. Pemahaman terkini, penyelidikan, teknologi, membolehkan pelbagai strategi digunapakai untuk membantu.   Semasa sekolah, pelajar hidup dengan rutin spesifik terutamanya jika belajar di sekolah berasrama. Ia 'menyembunyikan' masalah individu ADHD hadapi. Apabila ke universiti, rutin itu sudah tiada. Pelajar perlukan kemahiran regulasi kendiri yang tinggi. Ini amat mencabar untuk pelajar neurotipikal, apatah lagi untuk yang mengalami ADHD. Di negara seperti Ireland, 5% pelajar universiti mempunyai ADHD. Mereka berada di semua fakulti. Boleh menjadi doktor, peguam, jurutera, pakar IT, apa sahaja. Dengan diagnosis ADHD, universiti menyediakan bantuan study buddy, pensyarah mengubah suai pendekatan mengajar, pelajar mempunyai tetapan peperiksaan yang bersesuaian, malah sokongan berkaitan penempatan pelajar. Tidak harus sama sekali pelajar ADHD dinafikan peluang mereka untuk berjaya, atau terpaksa menderita akibat polisi yang mendiskriminasi mereka, sedangkan hal ini boleh dicegah.   Saya tidak pasti apa yang YB Dr Maszlee Malik dapat lakukan, namun itulah yang sempat saya sampaikan dalam pertemuan singkat kami.    Jika ada pelajar Malaysia di Ireland, atau di UK, yang merasakan topik ini ada kena mengena dengan cabaran yang anda hadapi, dapatkan sokongan melalui pihak di universiti anda. Andai ada sesuatu yang boleh saya bantu, jangan segan untuk berhubung.  Saya menempuh pengalaman yang perit serta kegagalan demi kegagalan sebagai pelajar kerana tidak kenal ADHD dan hanya menerima diagnosis selepas 15 tahun menempuh kegagalan dalam usaha, dan umur pun sudah lewat 40-an. Saya tidak mahu anak-anak saya menempuh pengalaman itu, dan tidak mahu kalian menempuhnya. ADHD bukan bodoh. Bukan tidak berdisiplin. Bukan seperti yang pensyarah jerkah di muka saya semasa saya menggeletar mengadap pensyarah suatu ketika dahulu.  Saya sudah menulis 25 buah buku, dan saya yakin pembaca yang membacanya boleh percaya bahawa penulis buku itu tidak bodoh. Ia hanya kelainan, yang boleh diatasi dengan ilmu, dan intervensi yang sesuai.   Saya adalah pakcik tua berpangkat ayah yang ada di Naas di Ireland ini. Jika saya tidak dapat menyelamat atau membetulkan perjalanan sendiri, saya harap ada satu dua perkara kecil yang dapat saya gunakan untuk membantu anda. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
8/9/202210 minutes, 53 seconds
Episode Artwork

The Saber Tooth Curriculum: 70% Lepasan SPM Enggan Sambung Belajar

"Kaji selidik Jabatan Pe­rangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran. Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021." [Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/72-1-lepasan-spm-tidak-sambung-belajar/]   Menyedihkan.  Tetapi tidak mengejutkan. Sebelum pandemik lagi, hal ini sudah dikaji. Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara ada menukilkan berkaitan disiplin murid:  "... 𝘓𝘢𝘱𝘰𝘳𝘢𝘯 𝘚𝘚𝘋𝘔 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 2017 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 1.4% (67,053) 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘱𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩. 𝘋𝘪 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘪𝘵𝘶, 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘫𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘗𝘢𝘱𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘉.7, 𝘈𝘨𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘈𝘯𝘵𝘪 𝘋𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢𝘢𝘯 (𝘈𝘋𝘋𝘒) 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘱𝘰𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘳𝘪𝘥 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵𝘪𝘧 𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 2013 - 2016..." Manakala yang berjaya menamatkan pengajian universiti pula:   "... 𝘎𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘴𝘵𝘢𝘵𝘶𝘵𝘪𝘯 𝘥𝘪 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪-𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘛𝘪𝘮𝘶𝘳 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘣𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩𝘪 30%. 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘥𝘪 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘪𝘴𝘬𝘪𝘯 𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘨𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘳𝘢𝘧 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢. 𝘕𝘢𝘮𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘵𝘶, 𝘳𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘨𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘒𝘦𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘴𝘦𝘪𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘷𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘱𝘦𝘴𝘪𝘧𝘪𝘬 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘨𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯..." Itu kisah sebelum pandemik. Kisah yang sudah mula menjelaskan bahawa sistem pendidikan kita sakit. Bukan tidak banyak wang yang dibelanjakan. Bukan tidak ramai guru yang berada di dalam perkhidmatan. Tetapi ada banyak benda yang tidak kena. Saling berkait. Merawatnya tidak boleh dengan menempel sana sedikit sini sedikit. Ia memerlukan 𝘢 𝘸𝘩𝘰𝘭𝘦 𝘴𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘳𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮.  Pandemik tiba. Seumpama datangnya tangan gatal bersama kunci, membuka kotak pandora dan memberanakkan satu demi satu masalah. Apabila pandemik datang, ketidakadilan dan kasta dalam pendidikan mengeluarkan warnanya. Kelemahan infrastruktur serta infostruktur, melumpuhkan pembelajaran, ramai mula terkejut menyedari bahawa ramai murid ke sekolah kelaparan... kemudian viral kisah juruterbang pesawat kehilangan pekerjaan menjadi peniaga makanan, ijazah tidak menatijahkan pekerjaan, doktor tidak menerima pengesahan jawatan selepas bertahun-tahun bertugas, pendidikan tidak lagi berfungsi membantu mobiliti sosial dan mengeluarkan seseorang daripada kemiskinan. Malah pendidikan menjadi punca kemiskinan kerana habis sahaja belajar, kerja belum tentu, hutang sudah bertimbun. Apa yang jelas, game streamers menjana pendapatan lumayan. Pewdiepie melalui Twitch Streaming beliau menjana pendapatan USD40 juta. Daddy Hood di tanahair pun tidak kurang hebatnya, bersama akademi Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile. Bagaimana kita mendepani cabaran ini? Entah apa solusinya. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
8/5/20227 minutes, 33 seconds
Episode Artwork

Masihkah Ia Kesalahan Seorang Bapa?

Baru-baru ini khatib di masjid kami mengulas tentang kesalahan para bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama. Kaum bapa juga ditegur kerana tidak meneladani Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam dalam menyantuni remaja yang 'asi (melakukan maksiat). Banyak perkara baik yang saya ambil sebagai peringatan dan muhasabah diri.  Namun rumusan akhir khutbah meletakkan salah laku anak remaja bulat-bulat ke atas bapa, memberikan kesan yang berat kepada diri saya.   Anak-anak yang turut sama bersolat Jumaat, menyoal saya usai keluar dari masjid, di manakah 'accountability' seorang anak yang sudah dewasa, akil baligh, menerima pendidikan, untuk menyalahkan ayah atas perbuatan-perbuatan buruk yang dirinya sendiri lakukan.   Renungan khutbah itu terus mengingatkan saya kepada komen seseorang kepada artikel yang ditulis oleh isteri saya pada tahun 2010. Tetamu berkenaan mengatakan bahawa "... ada pendakwah yang sibuk berdakwah tetapi anak sendiri dibiarkan tidak bertudung dan solat pun entah ke mana. Siapa yang hendak percaya dengan pendakwah yang sebegitu," katanya.   Mungkin ada ramai ayah di luar saya yang memang tidak mendidik anak. Tetapi bagaimana jika ayah berusaha keras, namun akhirnya anak itu yang di awalnya elok mengamalkan agama tetapi kemudian memilih untuk melawan ibu bapa serta mengingkari Tuhan, masihkah ia kesalahan si bapa?   Terlupakah kita kepada teladan-teladan yang dipelajari daripada susah payah Nabi Nuh, Nabi Yaaqub, malah Nabi Muhammad sendiri, alayhim al-solat wa al-salam, pada menyampaikan didikan, tetapi tidak dapat memaksa penerimaan iman oleh insan kesayangan mereka di dalam keluarga sendiri?  Jika anak-anak Nabi Yaaqub berkelakuan buruk, kita melihatnya, adakah kita masih mengecam Nabi Yaaqub bahawa beliau adalah bapa yang gagal?  Anak kecil boleh dibuat macam-macam ikhtiar. Tetapi kalau anak dewasa, hendak dibuat apa sebab reaksi kita kepada keingkaran mereka?  Mungkin kerana itu, Yaaqub hingga hilang penglihatan menanggung keperitan mengenai ujian Allah ke atas baginda mengenai anak-anaknya?    قَالَ إِنَّمَآ أَشْكُوا۟ بَثِّى وَحُزْنِىٓ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ   (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Yusuf 12:86)   Jauhkan diri daripada kecenderungan semasa pada meletakkan kesalahan kepada ibu bapa secara sewenang-wenangnya.   Kecenderungan membelakangkan ibu bapa dan mengutamakan keseronokan sendiri anak-anak remaja, mengingatkan saya kepada buku Rules of Estrangement: Why Adult Children Cut Ties and How to Heal the Conflict oleh Dr Joshua Coleman.  Antara kisah di dalam buku berkenaan menyebut:   Does my parent limit my potential? My happiness? My distinctiveness? What does it say about me to stay in contact? The prevailing sentiment is sometimes: lose your parent, and find yourself. ‘I’ve just become clear that I don’t need the stress,’ said Robert, a 28-year-old graduate of an Ivy League school. ‘Since I’ve been in therapy, I’m learning to surround myself with people who don’t make me feel guilty about not being around as much as they want me to. My mom is really needy and I just don’t need that in my life.’ Berhentilah daripada kecenderungan menilai hal ehwal kekeluargaan seseorang hanya berdasarkan pemerhatian mata kasar kita pada apa yang kelihatan di luar dinding rumah keluarga itu.  Kita semua saling perlukan empati dan doa, bukan menghukum lagi saling rendah merendahkan.   📌   Support my work  Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
8/2/20229 minutes, 52 seconds
Episode Artwork

Perisai Surah al-Hujurat di Zaman Tandas Wanita Bukan Lagi Hanya Untuk Wanita

Firman Allah SWT:   يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ    Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu ada yang lelaki dan ada yang perempuan. Dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya." [Al-Hujurat 49:13]   Ayat ke-13 di dalam Surah al-Hujurat, memainkan peranan baharu yang belum kelihatan peranan itu di zaman sebelum ini.  Ia lazim menjadi rujukan untuk menjelaskan sisi positif hakikat kehidupan manusia yang berbagai budaya. Bahawa perbezaan bukan punca masalah, sebaliknya sumber kekayaan tamadun manusia. Syaratnya, perbezaan itu difahami dan pendekatan kita adalah pada saling kenal mengenal.   Tetapi perbezaan yang wujud dalam realiti manusia di dalam ayat berkenaan bukan hanya tentang kelainan bangsa, budaya dan bahasa, malah satu lagi perbezaan yang mendahuluinya adalah perbezaan jantina.  Manusia itu ada yang lelaki, ada yang perempuan.  Sama seperti soal budaya, jantina juga adalah perbezaan yang Tuhan sengajakan.  Pencipta kita boleh sahaja menjadikan kita lain daripada realiti itu. Tetapi Pencipta kita kata: "sesungguhnya Kamilah yang menciptakan kamu itu, ada yang lelaki, ada yang perempuan"  kemudian barulah disusuli dengan:  "dan kami jadikan kamu itu berbangsa-bangsa lagi bersuku kaum"   Ia bukan hakikat yang relevan hanya untuk Muslim. Ia adalah hakikat yang universal.  Pencipta kita memulakan ayat berkenaan dengan seruan "wahai sekalian manusia" dan bukannnya "wahai orang-orang yang beriman".   Sama ada kamu percaya kepada Tuhan yang mencipta kamu itu atau tidak, ia tidak mengubah hakikat ini, bahawa jantina individu itu ada lelaki, ada perempuan, dan sosial manusia pula berbangsa-bangsa.   Selepas ilmu agama, kemudian hard science dan soft science diketepikan di zaman kebenaran ditentukan oleh hawa nafsu kemahuan sendiri, Allah menutup ayat berkenaan dengan deklarasi:   "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."   Dunia jadi kucar kacir di dalam perkara selurus ini, apabila persoalan paling awal sudah tidak lagi dipedulikan iaitu, siapa kita, siapa yang buat kita, dan apa tujuan kita dicipta dan wujud di dunia ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
7/25/202215 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

Sukarnya Budak Lelaki Menjadi Lelaki | The Boy Crisis - Episod 1

Ulasan Buku The Boy Crisis - oleh Dr Warren Farrell, PhD Di dalam siri buku Aku Terima Nikahnya (2008-2010) dahulu, saya ada nukilkan kebimbangkan tentang sukarnya budak lelaki untuk berjaya menjadi lelaki, dan budak perempuan berjaya menjadi perempuan. Ia ekoran perubahan pendidikan, norma masyarakat, kekeluargaan dan cara hidup manusia pada masa tersebut.   Keadaannya menjadi semakin parah pada tahun 2022 ini.   Kecacatan dalam dinamik keluarga, kepincangan pendidikan di sekolah, biar pun meletakkan risiko besar kepada semua kanak-kanak, ia lebih berat kepada memangsakan budak lelaki.  Bagaimana?  Saya cuba ungkaikan sedikit demi sedikit melalui perkongsian kali ini dan di dalam siri seterusnya Insya-Allah.  📌   Support my work   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
7/17/202213 minutes, 31 seconds
Episode Artwork

Kebapaan: Andai 'Ibrahim' Tanpa 'Ismail'

Meneladani kisah Ibrahim 'alayhi al-salam di dalam surah al-Saffat ayat 102 di dalam Khutbah Aidiladha oleh Sheikh Hussain Halawa, Imam Islamic Cultural Centre Ireland (Masjid Clonskeagh), Dublin, pada pagi Sabtu, 9 Julai 2022 yang lalu. Semasa Ibrahim a.s. diuji oleh Allah dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s, baginda memperlihatkan sebuah teladan besar sebagai seorang bapa. Biar pun perintah itu daripada Allah, dan baginda akan melakukannya, Ibrahim tetap menyediakan peluang untuk anaknya Ismail menyuarakan pendapat. فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?".  Saya meneladani hal ini semenjak anak-anak masih kecil. Ingin menjadi seperti Ibrahim 'alayhi al-salam. Menyantuni anak, memberi ruang mereka bersuara dan berpendapat. Kita mendengar pandangan anak-anak, bukan untuk mengiyakan semuanya. Itu bukan pendekatan yang betul sebagai seorang bapa.  Anak-anak belum matang, frontal lobe mereka belum siap. Ada banyak blind spot dalam pandangan mereka tentang kehidupan. Mengikut sepenuhnya kehendak anak-anak hanya akan membinasakan diri mereka sendiri. Kita mendengar pandangan anak atas hakikat yang sama, bahawa anak-anak memerlukan bimbingan kita. Sebelum kita membimbing dan memberi nasihat, kita perlu terlebih dahulu memahami apa yang berlegar di fikiran dan perasaan mereka. "Seek first to understand, then to be understood" bak kata Stephen Covey.  Ibrahim sebagai Khalilullah, telah melakukan jauh lebih awal di dalam sejarah. Melakukannya dengan iman dan ketaatan di tahap tertinggi. Justeru baik benar untuk kita sebagai bapa, setelah mendengar saranan Covey itu, mengingati sirah yang mulia  oleh Abu al-Anbiya', bahawa mendengar pandangan anak-anak bukan kerana Covey, tetapi kita ada sebab yang lebih tinggi dan mulia. Meneladani seorang Nabi. Banyak dialog saya dengan anak-anak, saya rakamkan di dalam buku Aku Terima Nikahnya (2008-2010). Saya tahu saya bukan Ibrahim. Jauh sangat. Tetapi teladan yang ini saya komited melakukannya. Apa yang menyentuh hati saya, ialah apabila Sheikh Hussain Halawa membaca bahagian kedua ayat berkenaan. Jawapan Ismail:  ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ  Anaknya menjawab: "Wahai ayah, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". Indahnya jawapan Ismail. Saya belum dapat menikmatinya. Saya masih dalam perjalanan mendidik anak-anak. Semasa memandu dari rumah ke masjid, saya menegur anak-anak yang sedang berbual tentang sekolah mereka. Saya tidak setuju dengan pendapat anak-anak yang menolak mengambil subjek tertentu semata-mata kerana tidak suka. Cuba mengingatkan mereka bahawa kami berhijrah ke Finland dan Ireland bukan untuk main-main. Kena berusaha bersungguh-sungguh. Anak kami berkata "bolehkah jika kita tidak bercakap mengenai hal ini? Sekarang awal pagi, hari raya, dan kerana buka tajuk ini, kami dalam bad mood." Air mata saya bercucuran semasa khutbah, mengenangkan dialog kami di dalam kereta. Saya cuba positifkan fikiran bahawa jalan masih panjang, usaha masih perlu dibanyakkan dan diperbaiki. Termasuk memperbaiki diri sendiri. Kerana saya bukan Ibrahim. Saya teringat aduan Yaaqub 'alayhi al-salam kepada Allah. Bahawa kita para bapa harus berdamai dengan IKHTIAR, bukan HASIL. Selain ikhtiar, bertawakkallah kepada Allah dan mengadu kepada-Nya. Kita boleh meneladani Ibrahim. Namun tiada jaminan untuk mendapat Ismail. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
7/14/20229 minutes, 55 seconds
Episode Artwork

Apa Itu Wanita: Soalan Mudah Jadi Susah di Era Pasca Kebenaran

Ulasan dokumentari dan buku Matt Walsh dengan tajuk "What is a Woman" --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
7/13/202229 minutes, 39 seconds
Episode Artwork

JD vs AH: Kesilapan Pada Membenci Apa Yang Suami Suka

Support my work Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/27/20223 minutes, 50 seconds
Episode Artwork

Dilabel Sebagai 'Wahabi' Ketika Mengkritik 'Wahabi'

Selepas pulang ke tanahair pada tahun 2004, saya direzekikan oleh Allah Ta'ala untuk melintasi demografi Muslim dan Melayu di Kuala Lumpur yang berwarna warni.  Antara segmen yang memberi pengalaman dakwah baharu kepada saya adalah komuniti Melayu Muslim yang berbahasa Inggeris.  Engagement saya dengan segmen ini juga membuka ruang diskusi tentang masalah-masalah yang banyak mereka hadapi, terutamanya pada cabaran memindahkan kesedaran Islam ibu bapa kepada anak-anak. Reaksi kepada cabaran inilah, beberapa program diusahakan, dan disusuli dengan artikel-artikel saya di era itu mengenai isu ini.  Antaranya ialah artikel tahun 2006:   Aku Salafi, Anak Muridku Bagaimana? https://saifulislam.com/2006/06/aku-s...  Aku Salafi, Anakku Bagaimana? https://saifulislam.com/2006/06/aku-s...  Jika pendirian saya yang tidak A dan tidak B menyebabkan saya dianggap sebagai orang jahil, bukan ustaz apatah lagi ulama dan tidak harus dirujuk, saya berbesar hati menerima pandangan sedemikian.  Semenjak awal, tujuan saya belajar agama, adalah untuk saya faham agama saya sendiri.  Saya kongsikan ia kepada mereka di sekeliling saya, semata-mata agar kita sama-sama mendapat redha Allah.  Mana yang salah, betulkan.  Mana yang betul, pujian kita pulangkan semuanya kepada Allah.   Wallahu A'lam   Support my work   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/27/202217 minutes, 3 seconds
Episode Artwork

Wahabi atau Ash'ari: Kita Bertanggungjawab Mengurus Kehidupan Hari ini, Bukan Semalam

Tokoh yang sudah mati tetap sudah mati. Kita peduli dengan mereka adalah demi mengambil teladan daripadanya untuk kehidupan hari ini.   Kita tidak seharusnya mencakar dan merobek si mati, seolah-olah si mati yang telah mati, tetap mahu dibunuh dan dimatikan lagi, berkali-kali. وما فات فات ومن مات مات  “Apa yang telah pergi, telah pergi. Siapa yang telah mati, telah mati!”   Kita sanggup bermati-mati, untuk membuat keputusan terhadap si mati, seolah-olah kita mahu mengambil alih kuasa Tuhan, menentukan nasib si mati di alam kedua.   Kita belajar daripada sejarah, catatan hidup generasi yang sudah mati, kerana mahu mencari teladan dan panduan bagi yang hidup.  Atas dasar itu, saya sentiasa mengingatkan diri, supaya jangan celupar mengkritik generasi yang telah pergi. Yang baik pada si fulan, saya ambil jadi panduan, yang kurang dan cacat cela, saya pulangkan ia kepada Tuhannya yang juga Tuhan saya.  Nasib mereka sudah pasti. Cela kita terhadap mereka tidak menambah hukuman derita. Puji kita tidak mengangkat mereka ke darjat mulia. Kita puji atau kita cela, mereka sudah melengkapkan sirah hidup mereka, dan kepada Allah jua kembali segala ketentuan.   وَٱلَّذِينَ جَآءُو مِنۢ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ   Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu” [Al-Hashr 59:10]   Tidak menjadi lebih mulia seorang abid sufi yang mencaci saudaranya dengan label Wahabi.  Tidak menjadi lebih sejahtera seorang abid salafi yang mencaci saudaranya dengan label bid’ah, Mazhabi dan Hizbi.  Yang mencela Imam Syafie bukan kerana dia Wahabi.   Yang mencela Muhammad bin Abdul Wahhab bukan kerana dia Syafie atau Sufi.  Pencela itu adalah pesakit yang berpenyakit lisan.Yang ilmunya tidak dapat menjinakkan perkataan. Yang perkataannya meliarkan umat Islam. Hawa nafsunya puas pada mencelah sirah si mati.   Daripada Abi Umamah radhiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam telah bersabda:   “Tidaklah sesat sesuatu kaum itu setelah mereka mendapat petunjuk dan mengamalkannya, melainkan dengan kaum itu gemar berdebat berbantah-bantah”    Lalu baginda sallallahu alayhi wa sallam membacakan firman Allah:   مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ  Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan. [Al-Zukhruf 43: 58] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/27/20224 minutes, 30 seconds
Episode Artwork

Musibah Label Wahabi Kepada Umat Islam

Baru-baru ini, sahabat di tanahair memberitahu bahawa Prof Dr Basri Ibrahim al-Azhari hafizahullah ada menulis buku baharu beliau bertajuk Label dan Pelabelan Wahabi. Menariknya, di dalam bab keempat, ada satu topik berbunyi "Pelabelan Berfahaman Wahabi Terhadap Ustaz Hasrizal Abdul Jamil".  Selalunya seseorang itu dibincangkan mengenainya selepas beliau meninggal dunia. Tetapi Allah izinkan saya untuk meneliti hal sebegini semasa masih hidup. Cuma telah meninggal juga, iaitu meninggalkan Malaysia.   Saya bukan people pleaser. Golongan yang memfitnah dan melabel saya (dan berpuluh-puluh yang lain di senarai media sosial itu) dengan tuduhan sebegini bukanlah sepenuhnya orang asing yang tidak mengenali saya secara peribadi. Sebahagian pelopornya adalah sahabat dan kenalan sendiri, sepengajian, yang menempuh susur galur proses menuntut ilmu bersama-sama.  Malang buat umat Islam yang berilmu, setelah belajar tinggi, berguru, berkitab, sujud meletak muka di tanah dan berikrar Allah Maha Besar pun, tetapi seperti tiada takut kepada Allah.   Sedangkan ada pelbagai isu kompleks di belakang label Wahabi ini.  Selain fakta berbalas fakta dan kupasan membidas kupasan, kita juga perlu melihat jurang semantik yang wujud antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu dan Inggeris, pada mengungkap dan menghuraikan konsep-konsep kontroversi seputar istilah Wahabi itu.  Isu ini juga rumit kerana jawapan yang benar sering diminta menggunakan soalan yang salah.  Saya sudah pun beberapa kali menulis mengenai hal ini di dalam buku-buku terdahulu. Antaranya:   Isu Wahhabiyyah: Tingkap Yang Disangka Pintu (2006 / 2016) | https://saifulislam.com/2016/04/isu-wahhabiyyah-tingkap-yang-disangka-pintu/  Keraguan: Adakah Ia Jalan Islah (2006) | https://saifulislam.com/2016/04/keraguan-adakah-ia-jalan-islah/  Iconoclasm di Bumi Haramain (2012) | https://saifulislam.com/2012/10/iconoclasm-di-bumi-haramain/  Lima Tiang Pensejarahan Dakwah Muhammad Ibn Abd al-Wahhab (2014) | https://saifulislam.com/2014/02/lima-tiang-pensejarahan-dakwah-muhammad-ibn-abd-al-wahhab/  The Otherness: Pengitlakan Istilah Mengundang Musibah (2014) | https://saifulislam.com/2014/04/the-otherness-pengitlakan-istilah-mengundang-musibah/  Sindrom Menyerang ‘Ex’ Merentas Sejarah (2015) | https://saifulislam.com/2015/03/sindrom-menyerang-x-merentas-sejarah/  Hidup Berpendirian, Jangan Peduli Apa Orang Kata (2020) | https://saifulislam.com/2020/06/hidup-berpendirian-jangan-peduli-apa-orang-kata/  Wahabikah Aku? (2021) | https://saifulislam.com/2021/11/wahabikah-aku/   Terima kasih Prof. Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari kerana mengulas mengenai hal ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/18/202219 minutes, 47 seconds
Episode Artwork

Risiko Penyakit 'Ain di Era Foto dan Mata Meliar

Penyakit 'ain itu benar.   Walaupun foto dan lukisan hari ini bukan lagi berkonotasi sembahan yang menjurus kepada syirik seperti suatu ketika dahulu, malah menjadi bahan kegunaan harian (pengenalan diri dan sebagainya), ia tetapi mempunyai impak kepada emosi primitif setiap manusia. Sama ada dengan melihatnya kita takjub dan menyukainya, atau cemburu dan hasad terhadapnya.  Kedua-duanya mengundang risiko menambah sumber penyakit 'ain.   Pada kefahaman saya, bukanlah pandangan itu sendiri yang menyebabkan mudarat. Sebaliknya pandangan yang bergelora pada rasa takjub atau cemburu itu mencetus syaitan untuk menyakit subjek yang dirujuk. Oleh kerana ia kerja syaitan, sudah tentu ia tidak terjadi kecuali dengan izin Allah. Tetapi risikonya berat, dan kerana itu baginda Rasulullah ﷺ  memberi peringatakan.   Bayangkan, Amir ibn Rabi'ah yang melawat Sahl ibn Hunaif, tidak berniat buruk semasa memuji kulit beliau yang cantik. Tetapi pujian itu disusuli dengan kejadian Sahl jatuh sakit. Apabila hal beliau diadukan kepada Nabi Muhammad ﷺ , baginda bertanya apakah ada sesiapa yang disyaki menjadi sebab di sebalik kejadian. Mereka memberitahu baginda tentang pujian Amir ibn Rabi'ah tempoh hari.  Lantas baginda berkata:   عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ   "Kenapa salah seorang daripada kalian membunuh saudaranya?!"   Bayangkan.   Satu pujian Amir kepada kulit Sahl, baginda mengungkapkan perbuatan itu sebagai seumpama membunuh saudara sendiri. Bukankah hari ini kita sudah begitu normal bercakap tentang rupa paras; badan slim tak slim, jaw line, hidung, mata, kulit, di media sosial?  Berapa kali sehari kita 'membunuh'?  Tidak hairanlah kita resah gelisah dan ditimpa macam-macam musibah, malah berkolerasi dengan peningkatan penyakit mental dan jiwa.   Nutrisi lebih baik, kualiti hidup lebih baik, tetapi susah benar untuk bahagia dan sejahtera.  Kata Rasulullah ﷺ lanjutan kisah Amir dan Sahl itu tadi:    إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ   "... jika sesiapa di kalangan kamu melihat sesuatu pada saudaranya dengan rasa takjub, hendaklah berdoa untuknya keberkatan daripada Allah!" [HR Ibn Majah (2828) dan al-Nasa’i (10036)]   Lalu baginda mengarahkan agar Amir berwudhu'. Beliau membasuh muka, kedua tangan hingga ke paras siku, dua lutut dan bahagian dalam kainnya. Nabi ﷺ   mengarahkan  air wudhu' itu disiram kepada Sahl dari arah belakang.    Semua yang cantik, yang baik, yang indah, daripada Allah.   Jangan lupa Allah.   Apabila kita lupa Allah, kita terperosok di dalam perangkap nafsu sendiri, dan syaitan mengiringi.   Bagi yang melihat, gigitlah lidah dan jari jemari daripada bercakap atau menulis tentang fizikal atau harta milik orang. Doa dalam diam keberkatan daripada Allah untuknya.  Manakala bagi yang memiliki dan dipandang diri, bersederhanalah dalam memposisikan diri di hadapan khalayak di era kita hidup dikelilingi kamera, cermin, skrin, yang semuanya menambah risiko. Kita juga semakin jarang mencetak foto. Semuanya digital sahaja. Tetapi sekali sekala kita cetak, ia mungkin untuk tujuan istimewa sebagai hiasan rumah. Sama ada kita sendiri atau orang lain, jika memandang foto-foto itu dengan perasaan yang membakar lagi bergelora, baik kerana teruja atau hasad dengki, kedua-duanya menjadi pandangan yang menghantar syaitan untuk menyakiti saudara dan ahli keluarga kita sendiri.   Tidak mengapalah ambil foto muka tak lengkap, atau comot sedikit.  Cantik dan kacak pun, akhirnya jadi tanah dan makanan ulat di kuburan juga.  Kembalikan fokus kita kepada apa yang utama.  Budi pekerti diri, akhlak, diri dalaman yang hakikatnya menjadi tempat jatuh pandangan Allah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/7/20228 minutes, 19 seconds
Episode Artwork

Pergolakan Ideologi di Sebalik Perbicaraan Kes Mahkamah JD vs AH

Apabila peguambela Amber Heard, Elaine Bredehoft muncul di dalam talk show mengkritik keputusan juri di dalam kes perbicaraan JD vs AH, ia memperlihatkan sisi yang bertambah rumit mengenai pergolakan ideologi di belakang kes ini. Lebih malang, mereka yang tidak mengikut rapat proses mahkamah selama hampir 7 minggu itu, berisiko terseleweng pemahamannya disebabkan oleh dakwaan-dakwaan palsu beliau: Kekalahan Amber Heard adalah malang untuk wanita dan mangsa keganasan rumahtangga. Ia mengarut kerana kemenangan JD menambah keyakinan bahawa mahkamah masih berfungsi untuk membela mereka yang teraniaya melalui bukti-bukti yang berintegriti. Banyak bukti dalam perbicaraan di United Kingdom yang dimenangi oleh Amber Heard tidak dapat dibentangkan di mahkamah Virginia Amerika Syarikat. Ini tidak benar kerana di UK, Johnny Depp menyaman akhbar The Sun, dan bukannya Amber Heard. AH memberi keterangan di dalam mahkamah sebagai saksi, dan bukannya sebagai yang tertuduh. di US, pihak yang didakwa bukan Washington Post atau TMZ, sebaliknya Amber Heard sendiri. Ada perbezaan fundamental antara kes di UK berbanding US. Juri tidak dapat menilai kesaksian Amber Heard dengan baik kerana beliau telah 'demonised'. Dakwaan Elaine ini menghina juri dan sistem mahkamah. Di UK, Amber Heard dibantu di mahkamah melalui bahan bukti antaranya laporan perubatan yang tidak dapat dibawa ke sidang US. Ini tidak benar kerana laporan perubatan yang dimaksudkan itu bukan laporan perubatan. Ia adalah nota therapist berdasarkan self report Amber Heard. Ada perbezaan besar antara dua dokumen berkenaan. Hos acara Ireland AM semasa menemubual Dave Neal, menolak keterangan Dave Neal bahawa wanita dan mangsa keganasan rumahtangga tidak harus takut teraniaya hanya kerana Amber Heard kalah kerana selama beberapa tahun Amber Heard telah dipercayai. Tetapi kepercayaan itu musnah akibat pembohongan beliau sendiri yang bertali arus. Kenyataan Dave Neal ini dikatakan 'rubbish' oleh Tommy, hos talk show Irish berkenaan. Kemudian beliau sendiri mengaku tidak mengikuti perbicaraan di US. Ia memalukan. Sentimen di Ireland cenderung kepada toxic feminism kerana Ireland masih di dalam situasi reaktif terhadap tragedi penyelewengan gereja Katholik yang menyaksikan ramai wanita dan kanak-kanak dianiaya atas nama gereja dan agama. Malangnya ia banyak dilakukan oleh lelaki daripada institusi berkenaan. Tragedi tersebut menyebabkan semakin ramai penduduk Ireland mendakwa diri mereka sebagai Atheist, meninggalkan bukan sahaja gereja Katholik, malah agama Kristian dan agama secara keseluruhannya. Ia juga menjadikan Ireland begitu agresif dalam melindungi kaum wanitanya. Ia asasnya bagus malah perlu, tetapi mudah terjebak ke daerah toxic feminism. Kita harus belajar daripada kejadian ini untuk memahami pergolakan ideologi yang berada di belakang naratif semua pihak yang memperkatakannya.  Pada masa yang sama, kita juga hendaklah mengelak daripada berlebih-lebihan mengidola atau membenci selebriti hingga terlupa bahawa mereka adalah manusia biasa, dan sebagai manusia, mereka perlu diberi peluang untuk dibela semasa dianiaya, sama seperti kita. Jangan diremehkan mereka hanya kerana mereka 'selebiriti'. Semoga Allah memelihara kita semua daripada cabaran pemikiran dan moral di akhir zaman ini. Hasrizal Abdul Jamil Naas, Ireland. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/3/202215 minutes, 29 seconds
Episode Artwork

Words Matter: Teladan Kes Johnny Depp vs Amber Heard

Saya bukan 'team JD' atau 'team AH', bukan juga 'team lelaki' atau 'team perempuan'. Kita mesti berusaha untuk berpihak kepada apa yang benar, berpandukan cara mengenal kebenaran yang diajar oleh Tuhan. Walau apa pun keputusan mahkamah di Virginia, semoga 100% hujah, bukti dan analisis yang telah dibentangkan sepanjang 6-7 minggu lalu mampu mendidik kita semua pelajaran penting agar kita cermat memilih perkataan, kelakuan, dan mencegah diri daripada menganiaya sesiapa jua. Kita mesti mampu mengenal makna dan nilai perkataan. Moga selamat dan sejahtera, dunia dan akhirat. Hasrizal Abdul Jamil Naas, Ireland --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/1/202215 minutes, 56 seconds
Episode Artwork

Mendidik Anak Remaja: Semasa Semua Strategi Tidak Menjadi

Perbincangan hati ke hati antara ibu bapa dalam mendidik anak remaja semasa semua strategi tidak menjadi.   📌   Support my work   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/27/202219 minutes, 34 seconds
Episode Artwork

Susahnya Seorang ADHD Dewasa Menguruskan Ibadat

Tidak mudah untuk mengekalkan diri dalam keadaan ingat kepada Allah. Kita mudah lalai, lupa, dan lupa itu lupa kuasa dua bagi golongan ADHD seperti saya. Tidak mudah untuk bersyukur kepada Allah. Kita cenderung memberi fokus kepada benda-benda yang kita tidak ada, hingga tidak bersyukur dengan benda yang kita ada, yang sebenarnya sangat banyak. Apatah lagi fikiran negatif yang melampau adalah sebahagian daripada cabaran sebahagian golongan ADHD hadapi. Tidak mudah juga untuk kita memperelokkan ibadah kepada Allah. Kita lupa, kita lambat, kita terlupa rakaat, macam-macam. Susahnya ketiga-tiga perkara ini, hingga Nabi ﷺ pun minta tolong dengan Allah. Kita juga patut minta tolong dengan Allah. Aturkanlah strategi-strategi yang sesuai agar kita boleh bersolat, berpuasa, dan melakukan ibadah-ibadah yang lain dengan baik. Saya bersyukur kepada Allah kerana agama saya iaitu agama Islam, adalah agama yang diberikan oleh Pencipta saya, dan saya dapati ia selari lagi meraikan diri saya sebagai manusia ciptaan-Nya. Termasuk juga dalam hal ADHD. Dalam solat, saya jumpa elemen-elemen yang berkaitan dengan fungsi eksekutif kita: Self awareness: solat kena spesifikkan niat. Kita kena tahu semasa solat kita solat apa. Permulaan solat adalah lawatan kepada proses self awareness di dalam fungsi eksekutif kita. Inhibition: semasa solat saya kena kawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat. Malah berusaha dari semasa ke semasa untuk kembalikan fikiran kepada bacaan solat berbanding membiarkan diri day dreaming entah ke mana. Non verbal working memory: Semasa solat juga, saya membayangkan maksud bacaan zdi dalam sola, apakah pergerakan seterusnya dan apa yang perlu dibuat apabila sampai ke ayat tertentu. Verbal working memory: Bacaan di dalam solat, zikir semasa berpindah dari satu rukun ke satu rukun, semua itu aktif bekerja semasa saya sembahyang. Emotional self-regulation: Ketika dilanda masalah dan kesedihan, saya cuba sembahyang. Dengan sembahyang, saya cuba bendung emosi-emsoi baik marah, atau sedih, agar tidak melampau hingga mempengaruhi perbuatan saya. Demikian juga semasa berpuasa, ketika netizen kata saya bodoh, saya tidak bertindak balas dan cukup sekadar self talk, sesungguhnya aku berpuasa, seperti saranan Nabi kita Nabi Muhammad ﷺ . Self-motivation: semasa rasa malas hendak solat, saya cuba ingatkan diri agar berusaha mendirikannya. Apatah lagi semasa menjadi satu-satunya Muslim di tempat kerja, implikasi melengahkan solat tidak akan berlaku di depan mata. Maka soal dosa dan pahala yang bersifat future oriented, saya cuba usaha perbaiki dari semasa ke semasa. Plan and problem solving: hidup sebagai Muslim di negeri asing seperti di Ireland ini, setiap kali hendak solat, memang kena rancang awal bagaimana hendak berwudhu’ sebelum pakai stokin, di mana hendak solat dan macam-macam lagi. Semoga solat dan ibadah yang lain mengelokkan fungsi eksekutif saya yang lemah. Dan semoga fungsi eksekutif yang saya pelajari melalui sains, membantu saya menjaga solat. Moga Allah sayang kita semua kerana tidak tidak pernah berputus asa daripada rahmat-Nya. Hasrizal Naas, Ireland adhd.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/25/202213 minutes, 19 seconds
Episode Artwork

Kenapa Susah Untuk Rasa Bahagia di Zaman Ini?

Dahulukala, dunia kita kecil. Perbandingan hanya antara kita dengan adik beradik, rakan sekelas dan kawan-kawan keliling rumah.    Tetapi di zaman internet, kita ada seluruh dunia untuk menjadi cermin perbandingan. Jalan untuk berasa damai dengan apa yang ada semakin susah.    Rawatannya, kita perlu kembali kepada asas SYUKUR, iaitu memberi fokus kepada apa yang kita ada, dan bukannya KUFUR nikmat, yakni terhijab daripada dapat melihat apa yang kita ada lantas sentiasa fokus kepada apa yang tiada.    Bahkan, mungkin kesukaran mencapai kebahagiaan sengaja Allah adakan agar kita kekal ada sebab untuk terus berusaha menuju destinasi abadi yang di situlah kebahagiaan sempurna menanti.    Petikan Halaqah al-Muta'allimin 19 Mei 2022, program dwi bulanan bersama pelajar-pelajar Khalifah Model School Secondary, Malaysia.   📌   Support my work   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/22/20226 minutes, 3 seconds
Episode Artwork

Co-Rumination: Sokong Menyokong Jangan Pula Saling Memurungkan (ADHD Dewasa)

Seseorang boleh melampau pada premis agama pada menanggap ADHD.  Seseorang juga boleh melampau pada premis sains hingga mengenepikan peranan agama dalam regulasi ADHD.   Seorang ADHD masih seorang mukallaf yang berjalan pada lisan dan perbuatannya, betul dan salah, dosa dan pahala.  Rukun iman yang dihayati melapangkan kehidupan untuk memegang hikmah daripada Allah atas ujian-ujian yang berlaku.   Kita belajar daripada Nabi ﷺ  apabila anak baginda, Ibrahim, meninggal dunia pada usia 18 bulan, baginda sangat bersedih lalu menangis. Perasaan dan tangisan tidak salah. Tetapi baginda pesan, mulut hanya menyebut perkara yang Allah redha.   Gunakan CBT untuk mengatur strategi hidup.   Gunakan supplement untuk menampung kekurangan diri, tanpa preskripsi ubat hasil diagnosis.   Gunakan ubat untuk berusaha mengatasi cabaran di akar masalah.   Lapangkan jiwa dengan iman kepada Allah melalui sifat syukur, dengan fokus pada apa yang kita ada. Menjauhi 'kufur' (kufur nikmat), dengan terus menerus mengeluh dan merungut pada perkara-perkara yang kita tidak ada.   Semasa kita bantu membantu, salurkan sokongan dalam bentuk bantuan yang menghampiri solusi. Elakkan 'co-rumination', iaitu perbuatan yang kelihatan seperti saling memahami, tetapi sebenarnya saling mengheret diri kepada emosi negatif yang lebih mendalam. Ia berlaku apabila komunikasi kita berhenti hanya pada faham memahami, tetapi tidak diarah kepada solusi yang benar.   Moga Allah bantu kita semua.   Hasrizal Abdul Jamil https://adhd.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/19/20227 minutes, 56 seconds
Episode Artwork

Mulut dan Tangan Buat Jahat, Kenapa Ubun-ubun Yang Bersalah?

Firman Allah SWT:   كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ  نَاصِيَةٍۢ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ   Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (daripada perbuatan buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka),Ubun-ubun yang berdusta, yang bersalah. (al-‘Alaq 96: 15-16)   Secara peribadi, saya dapati ayat ini adalah antara ayat al-Quran yang memperlihatkan kesukaran ilmuan silam menjelaskan maksudnya. Di dalam bahasa Arab, perkataan nāṣiyah (نَاصِيَة \ نَوَاصِي) diguna pakai dalam makna-makna kiasan merujuk kepada pemuka dan barisan hadapan misalnya apabila disebut هُوَ نَاصِيَةُ قَوْمِهِ ia bermaksud beliau adalah ketua yang mewakili kaumnya. Namun istilah nāṣiyah tersebut mendatangkan makna utamanya iaitu bahagian di mana bermulanya tumbuh rambut di dahi, yakni puncak kepala. Saya sendiri kurang pasti semasa menggunakan istilah ubun-ubun kerana ia adalah bahagian berkenaan untuk bayi, bukan kepada orang dewasa. Apabila bahagian itu yang Allah nyatakan sebagai sang pendusta juga pesalah, ilmuan kelihatannya ramai yang merumuskan bahawa istilah nāṣiyah di sini berkemungkinan adalah makna kiasan dan bukan makna hakiki. Malah selain nāṣiyah  itu berdusta (كَاذِبَة) Allah juga menggunakan istilah bersalah yakni خَاطِئَة dan bukannya مُخْطِئَة.  Istilah مُخْطِئَة digunakan apabila seseorang itu melakukan kesalahan tanpa niat.  Sedangkan خَاطِئَة itu hanya digunakan ke atas seseorang yang melakukan kesalahan dengan niat, dengan sengaja, sebagai pilihan. Pemahaman terhadap istilah nāṣiyah berkenaan, dengan mengambil manfaat sains moden hari ini, menjadi satu pembuktian kebesaran Allah, kebenaran al-Quran dan kenabian Muhammad ﷺ  yang agung. Hari ini kita mengetahui melalui sains moden bahawa bahagian otak manusia mempunyai daerah-daerah induk yang setiap satunya mempunyai peranan tersendiri. Bahagian paling berkait rapat dengan perbincangan kita ini adalah merujuk kepada bahagian hadapan otak yang dikenali sebagai frontal lobe, terutamanya sub kepada frontal lobe berkenaan iaitu prefontal cortex (PFC).    Abu Jahal merancang untuk menganiaya Nabi Muhammad ﷺ  , mendustakan Allah, walaupun lidah yang menuturkannya, dan kaki yang melangkah ke arah melakukannya, Allah memfokuskan hukuman dan ancaman ke puncak kepala Abu Jahal, tempat lahirnya pilihan-pilihan keji berkenaan.   Sebab itu, kondisi seperti ADHD adalah serius. Kelewatan tumbesaran frontal lobe dan defisit kimia otak seperti dopamine boleh mengakibatkan manusia mudah terjerumus ke lembah kejahatan dan kemudaratan. Dengan memahami nāṣiyah sebagai lokasi frontal lobe dan prefrontal cortex, saya ingin selalu membaca doa ini: https://sunnah.com/hisn:120 Kata Rasulullah ﷺ  , “ tidaklah seseorang membaca doa ini melainkan Allah akan hilangkan daripadanya kebimbangannya, dan menggantikan ia dengan kegembiraan” --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/6/202210 minutes, 41 seconds
Episode Artwork

Islam dan Isu Kesihatan Mental Menurut al-Quran dan Sunnah

Walaupun perbincangan mengenai kesihatan mental semakin baik kebelakangan ini, reaksi daripada kita umat Islam masih tidak begitu menggalakkan. Sebahagian menganggap ia sebagai simptom kelemahan iman. Manakala sebahagian lain pula menafikan peranan intervensi sama ada dalam bentuk terapi mahu pun perubatan. Isu kesihatan mental dianggap sesetengah sebagai rekaan 'Barat'.  Islam telah menyediakan dasar yang amat kukuh untuk menggarap isu kesihatan mental secara positif, saintifik dan Rabbani.   Manusia, pancainderanya, apa yang dialami, adalah sebahagian daripada hakikat kejadian manusia yang dicipta oleh Penciptanya (al-Nisa' 4:28).  Apabila kelemahan itu merupakan ciri semulajadi manusia yang Allah jadikan, maka ia menjadi premis penting untuk kita melihat penyakit, gangguan dan komorbiditi bukan sebagai bala, sial, karma atau hukuman, sebaliknya hadir dengan hikmah.  Musibah hadir UNTUK kita, bukannya perkara negatif ke atas diri kita (al-Taubah 9:51). Emosi yang bersangatan hingga ke peringkat menjejaskan fizikal adalah sesuatu yang boleh dialami oleh manusia, termasuk para Rasul yang ulul azmi. Perhatikan apa yang terjadi kepada Nabi Ya'qub alayhi al-salam tatkala menanggung kesedihan yang kronik dan mendalam akibat berita sedih yang menimpa anakanda baginda, Yusuf alayhi al-salam (Yusuf 12:84). Kalaulah kesedihan hingga mata menjadi putih hilang penglihatan itu langsung sahaja dianggap dosa dan mazmumah, mana mungkin ia disandarkan kepada Yaaqub, seorang Rasul, yang maksum? Penentangan terhadap dakwah dan caci nista yang dituju kepada Baginda Nabi Muhammad ﷺ  juga jangan kita sewenang-wenangnya menganggap ia perkara biasa hingga terlupa menyelami apa emosi Baginda akibat hal berkenaan. Allah mengingatkan:   فَلَعَلَّكَ بَـٰخِعٌۭ نَّفْسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا۟ بِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَسَفًا    Maka janganlah pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (al-Kahf 18:6). Pesanan yang sama juga ada disebut di (Fatir 35:8). Baginda Rasulullah ﷺ  juga mengajar kita strategi menguruskan kemarahan seperti mengawal marah semasa berpuasa, mengubah posisi antara duduk, berdiri dan berbaring serta mengambil wudhu'.  Selain baginda sendiri, para sahabat juga ingat mengingatkan sesama mereka andai ada yang tersilap membuat pilihan, seperti nasihat Salman kepada Abu Darda' radiyallahu anhuma apabila beliau melakukan ibadah melampaui kesejahteraan dirinya. Lihat Riyad as-Salihin 149 https://sunnah.com/riyadussalihin:149.   Tidak terhenti setakat strategi demikian, Aisyah radhiyallahu 'anha yang mahir tentang ramuan ubat-ubatan, menyediakan ramuan Talbinah yang dituang ke atas Tharid. Beliau memberinya kepada seorang wanita yang sangat berdukacita dengan kematian ahli keluarganya dan kata Aisyah:   فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ : التَّلْبِينَةُ مَجَمَّةٌ لِفُؤَادِ الْمَرِيضِ، تَذْهَبُ بِبَعْضِ الْحُزْنِ ‏   Aku mendengar Rasulullah ﷺ  berpesan bahawa talbinah menenangkan hati orang yang sakit dan menghilang sebahagian kesedihan yang dialami. (Sahih al-Bukhari 5417) Semoga kita lebih positif pada menguruskan isu kesihatan mental dan emosi kerana ia adalah sebahagian daripada hakikat kita yang Allah cipta, sebagaimana suluhan al-Quran, al-Sunnah dan dikemaskan oleh penyelidikan saintifik masa kini, amin. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/27/202232 minutes, 52 seconds
Episode Artwork

Anak Remaja: Makin Cuba Gembira Makin Sukar Bahagia

Usia belasan tahun adalah usia anak-anak belajar dan mengembangkan identiti diri serta hubungkaitnya dengan peranan mereka dalam kehidupan. Itu kata Erik Erikson di dalam teori psikososial yang terkenal itu.   Peringkat umur ini menjadikan remaja memberi fokus besar kepada dirinya, imej, serta bagaimana dia dilihat dan diungkap oleh kawan-kawan. Sudah tentu, ia menjadikan seseorang 'obses' dengan dirinya sendiri.    Tetapi apabila ia jadi tidak seimbang, fokus kepada diri yang asalnya berguna untuk membentuk identiti diri berubah menjadi krisis keyakinan diri. Keterlaluan dalam memikirkan rupa paras. Masih di bangku persekolahan tetapi mahu membina otot dengan kad keahlian gym, minum minuman protein dan menggunakan barangan kosmetik berjenama.   Malangnya, tetapi tidak gembira, sukar bahagia dan menikmati kepuasan hidup.   Mungkinkah obsesi dengan diri sendiri, menyebabkan remaja terperangkap di dalam paradigma menerima, menjauhkan mereka daripada dimensi memberi.  Nak lagi, nak lagi, tetapi tidak puas kerana hidup tetap kekurangan makna.   Makna lahir daripada perbuatan memberi.   Walaupun mungkin diejek rakan segenerasinya, Greta Thunberg mungkin berasa lebih puas dengan hidupnya, berbanding remaja yang obses dengan diri sendiri.     اللَّهُمَّ  كَمَا أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي. رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَصَحَّحَهُ ابْنُ حِبَّانَ   Daripada Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah ﷺ  telah bersabda:  Ya Allah Engkau telah memperelokkan kejadian (rupa paras)ku, maka Kau perelokkanlah akhlakku. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/23/202211 minutes, 49 seconds
Episode Artwork

Demi Rahmat-Nya, Berehatlah (Kerana Syaitan Itu Tidak Berehat)

Apabila setiap hari masyarakat kita melompat dari satu isu ke satu isu, resah ke satu resah, berehatlah. Berhenti sekejap. Malah tidur. Seperti tidurnya Ashab al-Kahf selepas berdoa memohon Rahmat Ilahi. Kerehatan dan tidur yang sebenarnya rahmat Allah.  Ketika melawan, menjawab, berdebat dan 'berjuang' (sebagai sangkaan) itu menjauhkan kita daripada Tuhan. Berehatlah sekejap. Sesungguhnya syaitan itu tidak berehat. Daripada Ibnu Abbas daripada Nabi ﷺ  . Baginda bersabda : قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ Maksudnya :” Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan itu tidak berehat.” Hadith riwayat al-Tabarani (28) di dalam al-Mu’jam al-Awsat --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/21/202212 minutes, 12 seconds
Episode Artwork

Majalah Additude Untuk ADHD Kita

Doktor berpesan kepada saya, bahawa walaupun kita mahu dunia lebih memahami tentang ADHD dan isu-isu daerah neurodiversiti yang lain, kita tidak boleh memaksanya. Gunakanlah diagnosis untuk kegunaan diri sendiri pada menentukan apakah rawatan yang sesuai serta strategi yang boleh dibuat untuk meningkatkan fungsi seharian kita.   Apabila perubahan positif berlaku, biarkanlah perubahan itu yang berbicara.  Mudah-mudahan ia lebih berkesan untuk mengundang penerimaan.   Sebabnya, ADHD ini sendiri terutamanya ADHD dewasa, tidak berada di dalam domain knowledge masyarakat termasuk para doktor sendiri. Kecuali mereka secara spesifik mengambil tahu, mengemas kini dan merujuk penyelidikan terkini mengenainya. Maka kita bolehlah menghargai kepayahan memenuhi keinginan melihat dunia sekeliling kita faham.   Namun advokasi perlu diteruskan.   Saya juga terus berkongsi. Tetapi perkongsian saya bukan perkongsian pakar. Saya tidak akan membuat diagnosis ke atas sesiapa atau mengusulkannya kerana ia bukan bidang saya.  Mempunyai ADHD tidak menjadikan saya pakar ADHD. Mendakwa diri pakar kerana saya seorang ADHD hanya menyebabkan sains dan ilmu pengetahuan mengenainya jatuh di mata masyarakat. Saya mahu perkongsian saya meningkatkan kefahaman, empati dan menghalakan sahabat kepada pakar untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Kita sama-sama tahu jalannya payah.   Balik ke rumah selepas pertemuan dengan doktor, saya dapati hardcopy majalah Additude yang saya langgan telah tiba. Saya dinasihatkan oleh rakan yang juga seorang psikiatris agar memanfaatkan majalah ini, dan membacanya semenjak 2016. Selepas menerima diagnosis rasmi, saya ingin menghargai usaha majalah Additude ini, antaranya adalah dengan melanggan. Saya langgan juga hardcopy supaya ahli keluarga dan rakan yang berkunjung ke rumah kami, boleh membacanya.   Sahabat boleh membaca majalah berkenaan di https://www.additudemag.com/ walaupun tanpa melanggannya.   Semoga serba sedikit perkongsian saya ini bermanfaat untuk kalian.  Selamat menyempurnakan ibadah di separuh kedua bulan Ramadan kita tahun ini.   Hasrizal Abdul Jamil Naas, Ireland adhd.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/15/20225 minutes, 23 seconds
Episode Artwork

Kenapa Allah Tuhan Kita?

Allah Tuhan kita bukan sebab kita sembah Dia. Jika kita tidak sembah Dia pun, Dia tetap Tuhan kita.  Allah Tuhan kita sebab Dia Pencipta kita.  Kita sembah Dia kerana kita adalah ciptaan dan Dia adalah Pencipta kita.  Ini sangat penting untuk kita fahami sebab sesuatu bukan Tuhan semata-mata kerana kita sembah ia.  Jika sesuatu itu Tuhan kerana kita sembah dia, itu yang mudah menyebabkan manusia anggap Tuhan itu ciptaan manusia, khayalan.  Tuhan itu Tuhan sama ada kita sembah Dia atau tidak.  Itu hikmahnya, semasa kali pertama Allah memperkenalkan diri kepada Nabi Muhammad ﷺ, Allah tidak memperkenalkan Diri-Nya sebagai Tuhan yang disembah, malah tidak juga dengan nama Allah. Sebaliknya, Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai Tuhan kamu sendiri, yang Mencipta. Apabila Allah itu Pencipta dan selain Dia adalah ciptaan belaka, tiada satu apa pun yang seperti Dia.  Ia asas akidah penting, bekalan untuk kami dan anak-anak kami, hidup sebagai Muslim minoriti di negeri asing ini. Perbualan dengan anak-anak usai tarawih dan witir malam tadi. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/12/20229 minutes, 11 seconds
Episode Artwork

Pendidikan Anak Antara Semalam, Hari Ini dan Esok

Bagaimanakah pilihan-pilihan kita berkaitan dengan keibubapaan dan pendidikan anak-anak hari ini berisiko mendatangkan  kesan yang besar untuk masa hadapan.  Saya cuba sedaya upaya menekankan bahawa sistem, kurikulum, silibus tidak ‘maksum’. Ia mempunyai pelbagai isu termasuk berkaitan rekabentuk. Apa yang sempurna dan perlu dipelihara adalah fitrah anak-anak. Kejadian dirinya, perkembangan kognitif, emosi, sosial, yang jangan sekali-kali dikorbankan demi mematuhi mandat pendidikan berkenaan. Sistem jika berjaya diubah akan berubah. Tetapi fitrah anak yang rosak, cedera dan dicacatkan itu, amat sukar proses memulihnya bersama peredaran zaman yang begitu radikal dan fundamental. Petikan Sesi Keibubapaan KMS Februari 2020 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/11/202254 minutes, 17 seconds
Episode Artwork

Ibrahim: 'Seorang Umat Yang Setia Dengan Tuhannya

KISAH NABI IBRAHIM A.S. SEBAGAI UMAT (SURAH AL-NAHL AYAT 120 - 121) إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ كَانَ أُمَّةًۭ قَانِتًۭا لِّلَّهِ حَنِيفًۭا وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ ١٢٠ Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); dia berserah diri kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang menyekutukan Tuhan. شَاكِرًۭا لِّأَنْعُمِهِ ۚ ٱجْتَبَىٰهُ وَهَدَىٰهُ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ ١٢١ Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/11/20221 minute, 33 seconds
Episode Artwork

Kanak-kanak Suka Sains, Murid Sekolah Tidak Suka STEM

Kanak-kanak tidak membenci sains.  Kanak-kanak suka sains.  Sains adalah aktiviti kanak-kanak paling awal, sebelum aktiviti mereka berkembang di dalam segmen kehidupan yang lain.  Tetapi keghairahan untuk tahu, meneroka, menyoal, mati apabila kanak-kanak menjadi murid sekolah.  Sekolah merosakkan fitrah kanak-kanak yang telah secara semulajadi suka kepada sains. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/10/202210 minutes, 40 seconds
Episode Artwork

ADHD dan Kesihatan Mental di Belakang Salah Laku Jenayah

Di dalam masyarakat yang kuat berpegang dengan adat dan agama, perbuatan yang tidak elok mudah ditinjau hanya daripada perspektif moral. Namun, kita tahu, mekanisme perbuatan manusia itu kompleks. Perbuatan Nabi Yaaqub alayhi al-salam yang bersedih dengan gelagat anak-anaknya hingga 'mengorbankan' Yusuf alayhi al-salam, berlarutan hingga mata baginda menjadi putih dan hilang penglihatan. Umumnya, kita mungkin menganggap ia perbuatan yang melampau dan salah di sisi agama. Tetapi Nabi Yaaqub adalah seorang Rasul yang maksum. Allah melindungi para Rasul daripada dosa. Saya tidak sama sekali cuba mengusulkan apa-apa diagnosis dalam hal ini. Cuma ingin membuka ruang kita merenung bahawa apabila manusia melakukan sesuatu, ada latar belakang yang kompleks sebelum ia menjadi betul atau salah, dosa atau pahala. Manusia boleh memilih perbuatan, mengawal, merancang, mengelak, kerana otaknya lebih canggih berbanding spesis lain. Bahagian hadapan otak manusia melakukan pelbagai fungsi eksekutif berkaitan hal berkenaan. Jika di bahagian berkenaan mengalami gangguan, ia mendatangkan masalah kepada individu yang mengalaminya mengatur kehidupan. Profesor Russell Barkley di dalam bukunya ADHD in Adults : What the Science Says menjelaskan bagaimana ADHD yang tidak dirawat secara statistiknya mengurangkan jangka hajat seseorang hingga 13 tahun! Lebih daripada diabetis, merokok, alkohol, dan obesiti . Apatah lagi jika diabetis, merokok, alkohol, obesiti dan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa adalah kerana ADHD yang tidak dirawat. Katanya lagi: In the first study, a random sampling of 102 inmates in the Utah State Prison was employed (Eyestone & Howell, 1994). Results indicated that 25.5% of those inmates evaluated qualified for a diagnosis of adult ADHD. Juga: Torgersen et al. (2006) also found elevated rates of violent crime (24%), theft (27%), and drug-related crime (18%) in their Norwegian sample of adults with ADHD. Barkley, Russell A.; Murphy, Kevin R.; Fischer, Mariellen. ADHD in Adults . Guilford Publications. Kindle Edition. Teringat saya kepada sabda Nabi Muhammad ﷺ : عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا، فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ ‏"‏ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ ‏"‏‏.‏ Daripada Anas: Rasulullah ﷺ telah bersabda, "Bantulah saudaramu; sama ada ketika beliau itu zalim, atau dizalimi" Sahabat bertanya, "Tidak mengapa kami membantunya sekiranya dia dizalimi. Tetapi bagaimana kami membantunya jika dia yang si zalim itu? Baginda ﷺ menjawab, "dengan menghalang beliau daripada melakukan kezaliman itu" Sahih al-Bukhari 2444 https://sunnah.com/bukhari:2444 Bagaimana jika kezaliman itu terbit daripada cabaran gangguan mental yang sebenarnya ada rawatan untuknya? Tidakkah kita mensesiakan ilmu, penyelidikan, serta kemudahan sedia ada, yang amat berkesan untuk itu? ADHD adalah top 3 gangguan di dalam psikiatri yang paling banyak penyelidikan mengenainya. Stimulant untuk ADHD pula adalah antara rawatan paling selamat dan berkesan di dalam psikiatri. Malang sekali jika kita lebih selesa untuk terus melabel, menghukum, menghina, berbanding mencari jalan bagaimana seseorang itu boleh dibantu, sama ada semasa dizalimi, atau semasa menzalimi. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/9/202210 minutes, 10 seconds
Episode Artwork

Cabaran Ramadan dan ADHD Dewasa

Di bulan Ramadan, sahabat-sahabat yang mempunyai ADHD mungkin berdepan dengan cabaran unik berkaitan dengan impairment masing-masing. Saya juga menghadapinya.   Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu yang perlu saya cari jalan bagaimana cabaran itu boleh diatasi. Antaranya:   Tingkatkan kesedaran diri kerana mengambil stimulant pada jam yang tidak ideal. Saya mengambilnya sejurus sebelum masuk waktu subuh di Ireland, maka kesannya bertahan hanya sehingga sekitar jam 5 petang. Justeru saya perlu tingkatkan kepekaan diri untuk jam-jam selepas itu semasa menyediakan juadah berbuka puasa, makan bersama keluarga, solat tarawih dan sebagainya. Menggunakan aplikasi aturan rutin harian yang bersesuaian dengan keperluan diri. Saya menggunakan aplikasi Structured (hanya untuk iOS dan MacOS) untuk offload beban memori kerja saya agar ia visual dan mudah dirujuk. Menggunakan botol air yang air di dalamnya boleh dilihat dan botol berkenaan bertanda dari segi masa cadangan minum, serta berapa kuantiti air yang telah dan perlu diminum. Saya gunakan botol jenama Hydracy. Mengatur cara baca surah semasa bertarawih agar tidak keliru bilangan rakaat. Semoga apa yang dikongsi ini bermanfaat. Kongsikan cara sahabat mengatur strategi untuk kita bualkan bersama, atau barangkali ada nasihat untuk saya yang boleh saya gunakan untuk penambah baikan diri.  Selamat menghidupkan amalan di bulan Ramadan. Salam ukhuwwah. Hasrizal Abdul Jamil Naas, Ireland. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
4/4/20228 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

Will Smith, Chris Rock dan Pensyarah Tidak Suka B40: 'Cancel Culture' Bukan Solusinya

Saya tidak suka dengan ‘cancel culture’. Apabila jumpa seseorang buat sesuatu yang kita tidak berkenan, kita mahu bertindak berlebih-lebihan untuk memusnahkannya. Ia menyemai kita menjadi individu sombong seolah-olah kita bukan manusia yang tidak akan terjerumus buat silap. Menolak ‘cancel culture’ bukan lembik, naif, kolot, jauh sekali menyetujui kejahatan.  Tuhan kata kebaikan dan kejahatan tidak sama. Dia juga janji hanya balas jahat dengan something better, boleh tukar musuh jadi kawan.  Ia memang berat, kecuali orang yang sabar dan beruntung. Apabila anak buat salah, meleterinya, menampar, melibas tali pinggang atau halau dari rumah lebih senang dan ‘puas hati’.  Tetapi ibu bapa yang mahu anak berubah, pilih sabar dan terus berusaha, termasuk semasa anak menolak kesabaran dan usaha itu sendiri. وَلَا تَسْتَوِى ٱلْحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُ ۚ ٱدْفَعْ بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيْنَكَ وَبَيْنَهُۥ عَدَٰوَةٌۭ كَأَنَّهُۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌۭ ٣٤ Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat 41:34) وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍۢ ٣٥ Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (Fussilat 41:35) Tuhan kita Allah. Tuhan yang tidak pernah berhenti memberi peluang kepada kita sebagai makhluk ciptaan-Nya, membetulkan kesalahan. Bukan sahaja Allah itu suka mengampunkan dosa, malah Dia sayang pula kepada hamba yang Dia ampunkan itu. Ghafur, Rahim. Jumpa orang buat salah, tegur dan betulkan jika mampu. Bukannya berbondong-bondong menjadi ababil menabur batu neraka untuk membinasa. Kita semua sama. Hanya masa buat silap yang berbeza-beza. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/30/202211 minutes, 9 seconds
Episode Artwork

Persediaan Menyambut Ramadan: Antara Motivasi Dalaman dan Luaran

amadan bukan hanya bulan mengenai puasa. Ia juga bulan untuk kita meningkatkan penghayatan al-Quran. Mengutamakan bacaan adalah yang ideal, namun mengimbangkan antara baca dan cuba memahami apa yang dibaca adalah munasabah untuk meningkatkan rasa cinta seseorang kepada kalam Allah ini. Saya ambil peluang menyentuh sedikit di dalam program Jiwa Ramadan Yang Hilang anjuran HALUANSISWA UniKL Business School baru-baru ini, beberapa strategi mudah berkaitan al-Quran untuk Ramadan yang bakal tiba. Install aplikasi al-Quran yang bersesuaian di komputer, tablet atau telefon pintar dan posisikan ia di skrin agar mudah dilihat untuk dibaca. Letakkan mushaf di rumah di lokasi yang mudah dilihat oleh seluruh ahli keluarga. Mengadakan aktiviti berkumpulan untuk regulasi bersama (co-regulate) pembacaan ini. Lakukanlah apa-apa langkah yang sesuai untuk saling membantu sesama kita meningkatkan bacaan. Cuma kita perlu bijaksana dalam keghairahan untuk menggalakkan sesama kita membaca al-Quran, janganlah kita terperangkap dalam sikap berlebih-lebihan sama ada semasa memberi galakan, mahu pun ketika memberi amaran.  Kita wajar berhati-hati jika mahu menjadikan bacaan al-Quran sebagai suatu kewajipan melebihi hukum asalnya, lantas mengenakan tindakan organisasi dan yang seumpama dengannya. Ia juga boleh mengundang akibat-akibat yang tidak baik. Halusilah pemahaman kita tentang reinforcement dan punishment secara negatif dan positif, sejauh manakah ia berfungsi meningkatkan dampingan kita dengan al-Quran, agar kita tidak meninggalkan targhib dan tarhib sedia ada di dalam Al-Quran dan Sunnah baginda ﷺ sendiri. Semoga Allah rahmati kita semua dengan kedatangan bulan yang mulia ini pada meningkatkan amal ibadah kita semua, amin. Hasrizal Abdul Jamil Naas, Ireland --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/28/20228 minutes, 23 seconds
Episode Artwork

13 Strategi Keibubapaan di Bulan Ramadan Untuk Anak-anak ADHD

Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini meminta pandangan bagaimana untuk beliau menguruskan anaknya, seorang ADHD, untuk berpuasa di bulan Ramadan. Anaknya awal-awal lagi sudah menyatakan keengganannya berpuasa di bulan Ramadan.  Pada usia kanak-kanak, sebelum aqil baligh, Allah belum menjadikan ibadah puasa itu wajib ke atas si anak. Justeru, puasa di peringkat ini hendaklah dikomunikasikan dalam bentuk memperkenalkan, menggalakkan, melatih, yakni sebagai satu proses belajar, pendidikan. Dengan ADHD, hadir bersamanya pelbagai cabaran seperti gangguan regulasi emosi dan lain-lain, pasti sukar untuk hal ini dilakukan.  Saya sendiri bukanlah pakar. Saya hanya seorang ADHD yang juga guru, memahami serba sedikit sains pembelajaran, saya gunakan 13 strategi keibubapaan yang diterbitkan oleh majalah Additude ini, untuk diaplikasikan ia kepada usaha kita memperkenalkan ibadah puasa dan Ramadan itu sendiri kepada anak kita yang ADHD.  Dokumen berkenaan boleh dimuat turun secara percuma di https://www.additudemag.com/download/raising-a-child-with-adhd/   13 strategi yang dimaksudkan itu ialah: Percaya dan berpegang kepada masa hadapan anak. Puasa adalah komitmen sepanjang hayat seorang Muslim. Fokus kepada objektif besar dan jangka panjang ini sebagai mindset kita. Menjadi role model yang baik.  Tidak terlalu cepat berkata 'TIDAK' atau 'JANGAN' Beri perhatian kepada tingkah laku yang positif. Membuat persiapan dan peka dengan kebarangkalian situasi ledakan emosi. Elakkan terpengaruh dengan label-label negatif orang lain terhadap anak kita. Disiplin, bukan hukuman. Bezakan di antara keingkaran dengan kecemerkapan diri. Hindari mengungkap salah laku anak dengan label. Jadikan si anak, bukannya ubat, sebagai pihak yang bertanggungjawab. Libatkan anak dalam perancangan dan penyelesaian masalah. Berhenti menyalahkan orang lain. Dapatkan bantuan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan. Hasrizal Abdul Jamil Naas, Ireland ramadan.hasrizal.com adhd.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/22/202215 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

Makan Tumpah Jalan Tergolek: Postural Sway Dalam ADHD Dewasa

Jika anda atau ahli keluarga anda seorang yang accident-prone, kalut, selalu terpecah barang, pertimbangkanlah untuk mereka tidak dileter “tak boleh ke, tak boleh ke…” seolah-olah semua itu terjadi semata-mata kerana perangai. Boleh jadi, ada isu-isu yang organik di dalam otak individu berkenaan yang berada di sebalik keadaan itu. Tidak semua orang ADHD ada masalah ini dan tidak semua orang yang ada masalah ini mempunyai ADHD. Hanya psyciatrist terlatih yang pakar sahaja, boleh mengenal pasti simptom-simptom yang benar, mana yang mimic, atau mungkin ada isu lain selain ADHD, dyspraxia atau postural sway berkenaan. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/27/20229 minutes, 56 seconds
Episode Artwork

ADHD: Menghargai Kejadian Otak Dan Fungsi Akal

Semenjak sekian lama saya sentiasa teruja dengan kehebatan otak dan fungsi akal. Oleh kerana saya bukan daripada bidang sains, bidang agamalah medan saya meneroka keterujaan ini. Suka dengan pembelajaran yang membabitkan diskusi, debat, bertukar pendapat, kerana saya dapat rasa yang otak saya bekerja semasa belajar sebegini. Pembelajaran secara hafalan dan pengulangan (rote learning) agak berat untuk saya, tanpa mengetahui ADHD merupakan latar belakangnya. Selepas memulakan pembelajaran di bidang sains pembelajaran di Oulu Finland, saya berkenalan dengan psikologi kognitif yang diguna dalam pengajian kami. Di situlah saya berkenalan dengan isu-isu executive function, regulasi emosi dan macam-macam lagi, terutamanya semasa belajar subjek Self-Regulated Learning (SRL). Ironinya, ketika itu jugalah saya ditimpa kondisi paling berat dalam pengalaman belajar dan diusul diagnosis ADHD dewasa. Demi memahami masalah sendiri (sementera belum berpeluang melakukan assessment formal), saya membaca kajian-kajian khusus berkenaan masalah executive function dan regulasi emosi serta kaitannya dengan ADHD. Ia membuka kefahaman saya pada menghargai betapa kompleks cara otak bekerja, dan menjadikan diri lebih cermat semasa melihat perangai-perangai seseorang yang kita tidak berkenan. Ada keadaannya, ia bukan masalah ingkah laku semata. Sebaliknya ia ada kaitan dengan kondisi fizikal otak seseorang itu, misalnya defisit dalam penghasilan serta penyebaran kimia-kimia yang otak hasilkan, seperti dopamine dan rakan-rakannya. Saya terima diagnosis ADHD ini bahawa ia ujian daripada Allah yang sayalah penentu sama ada ia musibah atau manfaat. Saya yakin ADHD itu walaupun menjadi penjelasan kepada banyak kerumitan hidup yang saya alami, ia jugalah yang berperanan mencorakkan saya menjadi siapa saya yang sahabat kenal dalam penulisan, percakapan dan pertemuan. Alhamdulillah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/19/202210 minutes, 59 seconds
Episode Artwork

Nasihat Imam Ghazali Apabila Silibus Tinggi Sangat

Perbincangan nasihat keenam Imam Ghazali rahimahullah kepada para guru di dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din. Ia berkaitan dengan bahana kandungan pelajaran terlampau tinggi, mengatasi keupayaan murid untuk memahaminya. Nasihat ini disampaikan pada abad ke-12 ini amat relevan untuk menyuntik kesedaran serta kesungguhan kita menyelesaikan masalah pendidikan abad ke-21 yang sedang kita alami. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang mempunyai subjek dan kandungan pelajaran di kalangan murid tahun satu di sekolah. Ini bukan bukti kemajuan, sebaliknya berisiko menjadi ancaman larinya fokus sebenar. Di usia berkenaan, murid perlu dibantu untuk mengukuhkan kemahiran literasi dan numerasi (membaca, menulis, mengira) dan bukannya belajar macam-macam, banyak-banyak. Bagaimanakah Imam Ghazali mengupas hal ini? Ayuh kita tinjau bersama-sama. Teks Kitab Ihya’ yang dibincangkan ini ada disertakan di halaman Youtube dan FB My Learning Journey saya. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/17/202253 minutes, 58 seconds
Episode Artwork

ADHD dan Faktor Genetik

PLAYLIST VLOG ADHD: https://adhd.hasrizal.com Mengambil kira genetik sebagai faktor penting di sebalik ADHD seseorang, mengetahui akan hal ini boleh membantu kita meningkatkan kepekaan terhadap cabaran-cabaran yang wujud di dalam keluarga sendiri, serta saudara mara. Perkara ini boleh memainkan peranan yang besar untuk melawan stigma negatif yang menyebabkan ADHD diabaikan atau dipandang remeh. Ia bukan hanya berisiko menyebabkan seseorang mengalami kemerosotan kualiti hidup dari segi pelajaran dan pekerjaan, malah turun mengurangkan kadar jangka hayat secara signifikan akibat pelbagai masalah diri yang 'sistemik', dengan ADHD tersembunyi di belakang semua krisis hidup tersebut. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/16/202213 minutes, 27 seconds
Episode Artwork

Senario Ilmuan vs Penglipurlara (Qussas) Merentas Zaman

Orang bercakap hal agama tetapi penuh dengan hadith palsu dan maklumat yang tidak masuk akal, tetapi disayangi masyarakat, bukan senario baharu. Zaman berzaman, masalah ini menguji kita. Ikhlas mencari kebenaran dan beriltizam dengan ilmu, adalah jalan yang perlu dipilih agar selamat menempuh fitnah besar ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/14/20229 minutes, 7 seconds
Episode Artwork

Cabaran Rejection Sensitive Dysphoria (RSD) di Dalam ADHD Dewasa

Rejection Sensitive Dysphoria (RSD) adalah keadaan tidak selesa yang bersangatan seseorang alami semasa menghadapi penolakan atau kritikan. Ia keadan yang banyak ditemui di kalangan mereka yang didiagnosis dengan ADHD, sebagai satu daripada dimensi kegagalan fungsi emosi yang baik mereka. Saya kongsikan di dalam episod kali ini pengalaman saya menempuhnya, bagaimana ia terserlah di dalam penulisan dan komunikasi, dan mungkin sedikit sebanyak membantu anda memahami ADHD dengan lebih berempati. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/1/202216 minutes, 40 seconds
Episode Artwork

Kenangan Diupah Kerja Untuk Berfikir | Hari Pertama Rawatan ADHD Dewasa

Terkenang pengalaman hampir 15 tahun yang lalu ketika saya dilamar oleh almarhum Prof Khazani untuk bekerja dengan beliau. Kerja saya ketika itu ialah berfikir. Saya disediakan ruang pejabat yang selesa untuk berfikir dan menghasilkan produktiviti yang bukan secara khusus untuk manfaat syarikatnya, tetapi untuk masyarakat. Semoga Allah merahmati almarhum Prof yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Hari ini juga saya memulakan rawatan ke atas ADHD dewasa dengan Concerta XL. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/30/20228 minutes, 35 seconds
Episode Artwork

Akhirnya Saya Menerima Diagnosis Klinikal ADHD Dewasa

Jika anda pensyarah universiti, anda mungkin biasa berjumpa dengan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan seperti yang sepatutnya. Mungkin ada yang memang malas, tidak bermotivasi dan tidak berminat untuk berjaya. Namun di celah-celah itu mungkin ada pelajar yang bermati-matian berusaha namun tetap gagal, kerana ada sesuatu pada dirinya yang hanya dapat dilihat dengan mata ilmu dan kasih sayang, bukan mata mengeji dan hukum. Bagi sahabat yang senasib, berusahalah untuk jangan self-diagnosed atau diagnose orang lain. Berusaha untuk mendapatkan bantuan profesional oleh pakar terlatih (dan ia mungkin membabitkan perbelanjaan yang tidak murah). Hanya selepas didiagnosis secara klinikal dan 'rasmi' oleh konsultan psikiatris, saya berani untuk menulis perkara ini. Mungkin diagnosis ini agak terlambat untuk membantu menyelamatkan saya daripada belenggu the 'unfinished business' selama 20 tahun ini, mudah-mudahan ia menjadikan kehidupan berbaki lebih bermakna dan baik untuk terus berperanan lagi berbakti. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/27/202215 minutes, 33 seconds
Episode Artwork

Politik Ulama dan Ulama Politik

POLITIK ULAMA DAN ULAMA POLITIK Politics of Piety ini merupakan kajian yang sangat mendalam tentang hiruk pikuk politik sesama ulama (komuniti ilmiyye) Dawlah Uthmaniyyah, terutamanya pada abad ke-17. Kajian oleh Madeline Zilfi ini masih belum ada tandingannya dan terus menerus menjadi rujukan pihak yang mahu menyelidik tentang isu-isu yang berlegar di kalangan ulama Dawlah Uthmaniyyah ketika itu, sebagai kelompok yang sangat berpengaruh dalam politik negara. Misalnya, salah seorang tokoh penting dalam gerakan Kadızadeli iaitu Vani Mehmed Efendi. Di satu ketika, beliau telah mencemar reputasinya kerana berceramah membenarkan dirinya minum sedikit arak (khamar) dan mengharamkannya untuk orang ramai. Alasan beliau ialah, larangan al-Quran terhadap arak adalah untuk orang awam memandangkan orang awam mudah tersasar dan berlebih-lebihan. Ada pun golongan yang lebih kuat pegangan agamanya, seperti beliau, mampu menentukan kadar yang perlu sahaja untuk minum tanpa menjadi mabuk. Oleh kerana risiko mabuk itu sangat rendah, maka harus baginya meminum arak (mukasurat 188). Tindakan menyalahgunakan nas di kalangan agamawan ini berlaku dari semasa ke semasa. Ketaksuban kepada golongan ulama, mengkuduskan mereka, menyerang golongan yang mengkritik mereka secara kritis, adalah sikap yang salah serta membelakangkan sejarah. Kebelakangan ini, politik agamawan menjadi kudus. Sebahagian anak muda pula seperti sanggup mati untuk mempertahankan agamawan tarbiah mereka, menyerang sesiapa yang tidak membeli idea kudus itu. Dan dengan rujukan sejarah, kita bukan ahli nujum tetapi boleh menjangkakan ia menuju ke arah mana. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/24/20226 minutes, 41 seconds
Episode Artwork

Nasihat Keempat Imam Ghazali Kepada Guru: Tegur Berlapik

Tanggungjawab keempat, yang mana ia merupakan sebahagian daripada cara kita berhalus di dalam seni mendidik iaitu: hendaklah seorang guru itu menghalang muridnya daripada kecelaan akhlak dengan pendekatan berlapik selagi boleh dan tidak secara berterus terang. Andai perlu berterus terang, lakukanlah ia dengan kasih sayang dan bukan secara menghina. Ini kerana, kaedah berterus terang itu menyingkap hijab maruah seseorang, merangsangnya untuk melawan dan melakukan apa yang berlawanan dengan nasihat, serta mendorong untuk terus berdegil dengan salah laku tersebut. Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah bersabda: Seandainya orang ramai dilarang daripada mencicah tahi unta ke dalam bubur, nescaya itulah yang mereka lakukan dan mereka berkata tidaklah kita dilarang daripada melakukan hal ini melainkan padanya ada sesuatu! (Al-'Iraqi mengulas bahawa hadith ini lemah). Hal ini juga diperingatkan kepada dirimu melalui kisah Adam dan Hawa alayhima al-salam dan larangan Allah ke atas mereka berdua (Surah al-A'raf ayat 20-21). Dan kisah ini tidaklah dinyatakan kepadamu sekadar menjadi halwa telinga di waktu malam melainkan ia adalah supaya kamu beringat-ingat dengan iktibar daripadanya. Dan juga, pendekatan berlapik ini akan menggalakkan mereka yang luhur jiwanya dan bijak fikirannya untuk cenderung memikirkan mengenai nasihat tersebut hingga mereka beroleh kepuasan mendapat ilmu mengenainya, yang tidaklah hal berkenaan melangkaui upaya akal mereka untuk berfikir mengenainya. Wallahu a'lam. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/21/202256 minutes, 52 seconds
Episode Artwork

Dilarang Mengikuti Ceramah Hasrizal

Sekitar tahun 2011, bermula era saya berhadapan dengan mahasiswa dan mahasiswi menerima larangan mengikuti ceramah saya, atau jika menjadi AJK maka tidak dibenarkan menjemput saya sebagai penceramah. Larangan itu tidak praktikal di era maklumat berada di hujung jari tanpa sempadan. Malah larangan seumpama itu turut pernah dibuat oleh kaum musyrikin Mekah ke atas Tufail ibn ‘Amr r.a. yang diberi nasihat agar tidak mendekati seorang lelaki bernama Muhammad kerana beliau berbahaya. Larangan itu tidak berkesan kerana Tufail ibn ‘Amr orang pintar. Beliau tahu membezakan mana ahli sihir dan mana bukan ahli sihir, siapa gila dan siapa siuman. Pemikiran yang sama turut mengundang ramai Irish datang ke masjid untuk bersoal jawab tentang Islam tanpa rasa takut walaupun media ghairah memburuk-burukkan agama ini setiap masa. Orang berpendidikan dan berakal, boleh membuat pendirian sendiri, tanpa perlu ditekan-tekan mana yang boleh dibaca mana yang tidak, mana yang boleh didengar, mana yang perlu disekat. Di kala itu, apabila mahasiswa menyorok-nyorok berjumpa dengan saya secara senyap kerana bimbang dimarah oleh pihak atasan, saya menegur kebimbangan mereka. Tiada siapa boleh marah-marah kita kecuali kita yang mengizinkan diri kita ditekan dan dimarah. Semasa saya di usia mereka, jika penceramah merepek, saya tidak akan biarkan sahaja mereka terlepas. Saya akan tanya dan pertikai. Apabila khalayak mendiamkan diri, di situlah bermulanya keberanian penceramah merepek-repek tanpa khuatir disanggah kemerepekan mereka. Sehinggalah sampai ke era, tiada siapa lagi yang melarang sesiapa mendengar apa. Sebaliknya dalam kebebasan mendengar, pendengar sendiri hilang keinginan mendengar kerana lebih selesa mendengar apa yang mereka mahu, bukan lagi apa yang mereka perlu. Penceramah merepek makin merepek. Pengisian yang sifatnya mencabar status quo sukar mencapai objektif kerana pengisian yang diutamakan adalah yang menghiburkan, memberi kegembiraan dan memenuhi keinginan kita sendiri. Jalan menyingkap kebaikan di era kebaikan diselaputi asap seperti kata Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam kepada Huzaifah r.a. tidak lagi ramai yang ingin menempuhnya kerana ia jalan yang tidak selesa lagi memerlukan kesabaran dan kecekalan. Justeru, secara peribadi, terima kasih saya ucapkan kepada setiap kalian yang sudi mendengar, menonton, membaca, dan mempertimbangkan pandangan-pandangan yang saya kongsi selama ini. Kesudian itu mampu melawan tembok sekatan dan larangan. Paling utama, ia menjadikan kalian bersabar lagi pemaaf terhadap kekurangan saya dalam penyampaian. Hasrizal Naas, Ireland --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/20/20227 minutes, 5 seconds
Episode Artwork

Apabila Sang Alim Jatuh

Di dalam Muqaddimah Hasyiah Ibn Abidin, terdapat sebuah kisah yang menceritakan semasa Imam Abu Hanifah rahimahullah berjumpa dengan seorang budak yang sedang bermain tanah. Katanya kepada budak itu “wahai budak, jangan kamu terjatuh ke tanah” Budak itu melihat beliau dan berkata, “Bahkan engkau wahai Imam, jangan engkau terjatuh. Kerana jatuhnya orang alim, adalah jatuhnya alam!”   Semenjak kejadian itu Imam Abu Hanifah tidak berfatwa melainkan meluangkan masa sebulan penuh meneliti permasalahan bersama anak muridnya.  Jatuhnya orang alim, ilmuan, ulama, adalah musibah kerana kerosakan yang terjadi kepada golongan ini memberanakkan pelbagai kerosakan lain yang membinasakan.  Hasrizal Abdul Jamil Naas Ireland www.hasrizal.com --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/20/20221 minute, 26 seconds
Episode Artwork

Strategi Ibubapa Sokong Persekolahan Anak Walaupun Sistem Sakit

Bukan semua ibu bapa mempunyai pilihan alternatif kepada pendidikan anak. Tetapi pilihan alternatif itu sendiri bukan penyelamat muktamad. Sebaliknya, ibu bapa boleh melakukan banyak perkara walau di sekolah mana pun anak belajar. Sesi live di Facebook dan Youtube tadi mengusulkan perkara berikut: 1. Beri sokongan emosi dalam pembelajaran anak 2. Saring kehendak sistem dan sekolah 3. Belajar ilmu pedagogi 4. Bina hubungan baik dengan guru dan sekolah 5. Rancang kewangan keluarga 6. Bertawakkal kepada Allah --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/13/20221 hour, 3 minutes, 13 seconds
Episode Artwork

Sifat Rabbani Pada Ilmu, Pengajaran dan Pembelajaran (Penuh)

Rakaman Halaqah Pendidikan Islam anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah pada 19 Februari 2016, mengupas ayat 79 surah Āl 'Imrān dan ulasan buku The Collapse of Parenting oleh Dr Leonard Sax. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/11/20222 hours, 6 minutes, 55 seconds
Episode Artwork

Renungan Kes Theranos dan Elizabeth Holmes Untuk Ekosistem Startup

Baru-baru ini mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan yang Elizabeth Holmes daripada startup Theranos bersalah. Saya mengikuti kes beliau ini semasa di Finland lagi. Saya tertarik kerana pada masa itu saya mengalami keresahan duduk di dalam ekosistem startup melalui program-program entrepreneurship yang ada di Finland. Malah sebahagian trainers datang dari Silicon Valley dan ia menjadi pengalaman baru buat saya. Hype yang meresahkan itu menyebabkan saya terfikir adakah saya rasa tidak selesa kerana saya sudah tua, atau memang ada sesuatu yang tak kena. Saya tidak berkenan dengan peranan yang dimainkan oleh sesetengah ‘experts’ dan ‘investors’ di dalam pitch sessions. Moga kes Elizabeth Holmes ini menjadi pengajaran kepada experts dan investors, agar lebih merendah diri dan mendengar dengan lebih cermat sebelum ‘meminjamkan’ reputasi mereka kepada projek-projek yang menang. Dan syabas juga kepada anak muda seperti Tyler Shultz atas keberanian dan kebijaksanaannya menjadi whistleblower penting di sebalik jatuhnya empayar palsu Theranos ini. Ikuti Podcast saya yang memperincikan hal ini  --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/7/202216 minutes, 56 seconds
Episode Artwork

Diskusi Buku The Collapse of Parenting oleh Leonard Sax

Diskusi buku 'The Collapse of Parenting" oleh Dr. Leonard Sax. Sekolah menanggung bebanan yang lebih besar apabila anak-anak yang datang ke sekolah tidak menerima proses pembentukan budaya baik yang sepatutnya dilaksanakan oleh ibu bapa. 'The culture of respect' tidak terhasil, menatijahkan dominasi 'the culture of disrespect'. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/7/20226 minutes, 1 second
Episode Artwork

Cara Ibubapa Sokong Pdpr Anak

Apakah yang boleh ibubapa lakukan untuk menyokong pembelajaran anak semasa PdPr?  Banyak yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah dengan memberi sokongan emosi.  Sokongan emosi bukan satu privilege, yakni beruntung pelajar yang dapat, tidak rugi apa-apa mereka yang tidak menerimanya. Emosi adalah ‘enabler’, yakni faktor yang mempengaruhi terjadi atau tidaknya pembelajaran. Ia berkaitan dengan motivasi mereka, kecekalan untuk terus belajar dan sebagainya.   Sokongan emosi bukan hanya dibuktikan kepentingannya oleh sains pembelajaran moden. Tetapi ia juga adalah sesuatu yang telah kita teladani daripada Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam.  Apabila baginda dapati anak-anak muridnya (Malik bin al-Huwairith r.a dan sekumpulan anak muda) rindukan keluarga, baginda memberhentikan pengajaran, bertanya mengenai hal tersebut dan apabila mereka kongsi, baginda tidak sekadar, “oklah, moga baik-baik semuanya. Jom teruskan pembelajaran!” Sebaliknya, baginda mengambil kira faktor itu dan mengubah ‘setting’ pembelajaran dengan memindahkannya ke rumah murid-murid. Baginda berikan beberapa panduan untuk pembelajaran itu diteruskan dan dijayakan di rumah, di luar ‘bilik darjah’ baginda.  Bertanya khabarlah tentang kondisi emosi anak-anak semasa PdPr. Ia anugerah besar untuk mereka.  Jangan menangkan silibus, peperiksaan, apa kata cikgu, apa sekolah cakap, kerana semua itu boleh menunggu. Kita hantar anak bersekolah supaya anak-anak berjaya, bukan supaya sekolah berjaya. Kejayaan sekolah ialah apabila murid-murid berjaya belajar, iaitu sesuatu yang sangat individu, kerana ia hak individu. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/5/20221 minute, 44 seconds
Episode Artwork

Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan

Berpakaian untuk perlindungan diri adalah dharuriyyat (ضروريات). Berpakaian dengan ketebalan yang sesuai dengan cuaca pula adalah hajiyyat (حاجيات). Manakala berpakaian yang ketebalannya sesuai serta materialnya selesa untuk kulit kita, itu adalah tahsiniyyah (تحسينيات). Dharuriyyat adalah keperluan asas yang tanpanya, menjejaskan kelangsungan hidup. Hajiyyat menjaga kesejahteraan dan ketiadaannya tidak sampai menyebabkan kerosakan nyawa, akal dan survival hidup. Tahsiniyyat pula adalah elemen keselesaan yang memberikan kualiti hidup yang lebih baik. Semasa kita rasa tidak selesa membaca buku digital, sayangkan pengalaman mencium buku dan menyelak lembaran, membuat catatan dan menjaga upaya mata, serta keperluan kepada isi kandungan sesebuah buku, manakah satu dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat? Mungkin dengan penjelasan ini, keazaman untuk mengutamakan yang utama, boleh ditingkatkan --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/2/20225 minutes, 19 seconds
Episode Artwork

2022: Tahun Berhijrah ke Ebook Ok Tak?

Semasa banjir melanda tanahair di penghujung 2021, salah satu pemandangan yang menyedihkan adalah melihat jutaan buku ditenggelamkan oleh air. Bumi ini tidak nampak macam akan pulih dalam jangkla masa terdekat ini. Mungkinkah 2022 ini kita boleh mempertimbangkan kebarangkalian berhijrah secara berperingkat kepada buku elektronik seperti Kindle, Google Play Book dan sebagainya? Saya kongsikan di sini juga beberapa strategi semasa membaca buku digital. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/1/20227 minutes, 11 seconds
Episode Artwork

Terima Kasih Sahabat Podcast dan Selamat Tahun Baru 2022

Selalunya podcast saya hanya audio yang diambil daripada video di Youtube. Saya kurang mendedikasikan audio khusus untuk Podcast ini, dan kurang menyapa anda. Terima kasih kepada semua yang setia mengikuti perkongsian saya di sini. Moga tahun 2022 ini saya dapat lebih produktif menyediakan kandungan yang menarik dan bermanfaat untuk anda. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/1/20225 minutes, 22 seconds
Episode Artwork

Kisah Nabi Musa (Surah al-Kahf) dan Iktibar Iqra' Dalam Pendidikan Generasi Yang Hilang

Pendidikan generasi kini semakin hilang nilainya malah lebih parah dengan kehadiran pandemik. Adakah harapan dalam mendepani masalah ini? Bagaimana kisah Nabi Musa dalam Al-Quran menjadi panduan dan solusi?  Apakah iktibar surah al-'Alaq pada menyemak kembali tujuan dan matlamat pendidikan kita yang sebenar? Kupasannya bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, dengar rakaman ini, anjuran Wacana Al-Quran. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/25/20211 hour, 2 minutes, 24 seconds
Episode Artwork

Banjir 2021 di Malaysia dan Muhasabah Perubahan Iklim Dunia

Banjir musim tengkujuh 2021 kali ini luar biasa. Alam ini, tidak bekerja secara rawak tanpa sistem. Ia mengikut hukum alam dan hukum alam itu Allah letakkan ia pada neraca keseimbangan:  Di dalam surah al-Rahman, Allah menyebut:  وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ  Dan demi langit yang ditegakkan ia, dan diletakkan al-Mizan (pengimbang).  أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ  Agar dengan mengetahui hal itu kalian tidak bersikap melampau pada mengekalkan keseimbangan. Bagaimana kita meninjau hikmah di sebalik apa yang terjadi? --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/20/202116 minutes, 11 seconds
Episode Artwork

Apa Punca Jurang Antara Tahu Yang Lain Buat Yang Lain?

Allah rezekikan kita belajar macam-macam benda. Namun kita akur, banyak belajar belum tentu amalan jadi lebih baik. Ada jurang antara apa yang kita tahu, dengan apa yang kita buat. Jika kita hanya berminat dengan ilmu demi ilmu, dan tidak mahu meneroka jurang, lama-lama ilmu pun jadi hiburan dan lagha. Suka pergi kursus, suka dengar ceramah, suka pergi kuliah, suka baca buku, tetapi manfaat daripada apa yang dipelajari tidak terhasil.  Sebab itu Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam berdoa memohon perlindungan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Imam al-Ghazali juga ada menyenaraikan ilmu-ilmu yang boleh jadi tercela, bukan kerana ilmu itu sendiri, tetapi kerana kesannya dalam bentuk perbuatan kita.  Jadi, sebelum mengikuti ceramah seterusnya, kenal pasti jurang masing-masing. Fikirkan apa perancangan kita untuk menangani jurang berkenaan. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/9/20219 minutes, 42 seconds
Episode Artwork

Being a Muslim and Youth Today is Tough

Recently, Jeremy contacted me and asked 5 questions. I think those questions are important and my response might be useful for him and you. So here I share my thought on the questions Jeremy asked. May Allah guide and protect us all, amin. What are the visible struggle or problem that ustaz think the Muslim youth in this century face? Based on that problem, what do ustaz think is the best approach in handling it - how can the youth overcome it? What can Muslim youth do with each other to develop and become better khalifah on earth? If a Muslim youth is struggling with istiqomah, what are the things need to get straight first and how can they maintain the motivation to do istiqomah? If a Muslim youth was once pious and a practicing Muslim, but down the road they went astray, what advice can we give them to reroute themselves into the straight path? --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/9/202114 minutes, 19 seconds
Episode Artwork

Teguran al-Ghazali Kepada Guru Yang Kutuk Subjek & Bidang Guru Lain

Apa barang belajar pasal wudu’ kentut tak kentut ni? Tak intelek langsung.  Pernahkah anda mendengar kenyataan sebegini?  Hujjatul Islam, Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah, pernah memberi teguran dan nasihat khusus kepada guru di dalam bukunya Ihya’ Ulum a-Din mengenai hal ini. Di dalam Kitab Ilmu, beliau menyampaikan 8 pesanan kepada guru, dan nasihat kelima yang beliau sampaikan berbunyi begini:   ‎أن المتكفل ببعض العلوم ينبغي أن لا يقبح في نفس المتعلم العلوم التي وراءه   Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk mengajar ilmu-ilmu tertentu, tidak harus baginya menanam kehinaan di dalam diri anak muridnya terhadap ilmu-ilmu lain yang tidak diajarnya. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/9/202111 minutes, 11 seconds
Episode Artwork

Akhlak: Ajar Yang Tak Menjadi

Di dalam sains pembelajaran, mendidik anak murid supaya tidak loyar buruk, mencarut dan lain-lain isu yang lazimnya disebut sebagai ADAB atau AKHLAK, ia duduk di dalam bidang PENDIDIKAN KARAKTER (character education).   Antara penjelasan mudah mengenai character education ini ialah, ia mempunyai 3 komponen sebagaimana yang dirangka oleh The Jubilee Centre for Character and Virtues (2017: 9). CAUGHT (tangkap) SOUGHT (dapat) TAUGHT (terajar) --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/9/20214 minutes, 31 seconds
Episode Artwork

Teguran Ibn al-Jawzi Terhadap Kebodohan Sesetengah Guru

Buku Akhbār al-Hamqā wa al-Mughaffalīn (Perihal Golongan Dungu dan Akal Singkat) ini dikarang oleh Ibn al-Jawzi (508-597H) pada membahaskan tentang masalah kebodohan yang meracuni umat Islam.  Beliau memperuntukkan satu bab khas iaitu bab ke-21 mengenai kebodohan yang menimpa para guru.  Menurut Ibn al-Jawzi, apa yang menyebabkan guru-guru menjadi bodoh dan akal singkat adalah kesan ‘semulajadi’ pergaulannya dengan kanak-kanak. Atau dalam bahasa mudah saya, bergaul dengan kanak-kanak hingga sudah dewasa pun fikir dan perangai jadi macam budak-budak. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/9/20214 minutes, 33 seconds
Episode Artwork

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu sudah lama berlegar di media sosial dan saiznya bertambah panjang dari semasa ke semasa. Jika senarai itu mahmudah, baik, berkebajikan, maka banyaklah pahala di sisi Allah orang yang menghasilkannya. Tetapi jika senarai itu mazmumah, dusta dan bermaksud melemparkan tuduhan sesat atau fasiq, atau kafir ke atas sesama umat Islam, maka amat besarlah ancamannya di sisi Allah dan Rasul yang kita kasihi, sallallāh ‘alayhi wa sallam. Pesan Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam: ‎لا يرمي رجلٌ رجلاً بالفسوق، ولا يرميه بالكفر، إلا ارتدت عليه، إن لم يكن صاحبه كذلك Barang siapa menuduh fasik atau kafir terhadap seseorang lain adalah dia sendiri yang akan menjadi fasik atau kafir jika tuduhan itu tidak benar. (Riwayat al-Bukhari). --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/22/20218 minutes, 14 seconds
Episode Artwork

Menjadi Bapa Dengan Merujuk Hanya Kepada Pengalaman Diri Sebagai Anak

Antara kesilapan yang berlaku dalam melaksanakan peranan kita sebagai bapa adalah dengan merujuk hanya kepada pengalaman diri sendiri sebagai anak.  Kasih sayang kita dan penghargaan tertinggi untuk ayah dan ibu, tidak bermaksud semua yang mereka lakukan suatu ketika dahulu adalah betul dan perlu diteruskan. Baik, jadikan teladan, buruk jadikan sempadan. Rujukan kita semasa memperbaiki kebapaan bukanlah kepada ‘Barat’ tetapi menyantuni anak adalah dengan meneladani para Rasul ‘alayhim al-Salam.  Petikan Webinar “Cukupkah Sekadar Menjadi ‘Ayah’?” Anjuran Asatizah Selangor (ANAS) pada 24 Julai 2021. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/24/20218 minutes, 7 seconds
Episode Artwork

Tidak Beradabkah Murid Jika Menegur Salah Laku Guru?

Bagaimana kita imbangkan antara mendidik soal adab dengan melunaskan tanggungjawab apabila guru atau pihak sekolah terbabit dalam salah laku dan ia diketahui oleh murid? --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
10/16/20219 minutes, 51 seconds
Episode Artwork

Bimbang Memikirkan Tanahairku

Luahan hati perantau tentang nasib tanah tumpah darahnya di era pandemik semasa. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
7/13/202110 minutes, 5 seconds
Episode Artwork

Satu Sekolah Untuk Semua: Sudah Tiba Masanya

Sembang KASIS 88 bersama guru-guru kami tentang pendidikan dan keibubapaan. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/22/20219 minutes, 53 seconds
Episode Artwork

Tulis Apa Yang Orang Suka Atau Apa Yang Orang Tidak Suka?

Adakah kita patut menulis sesuatu yang orang suka atau menulis sesuatu yang berisiko menjadikan orang marah dengan tulisan berkenaan?  Jika kita menulis sesuatu yang orang tidak suka, mana mungkin apa yang kita tulis diterima, atau dibeli?  Tetapi jika kita menulis sesuatu berdasarkan apa yang orang suka, semata-mata, ia berisiko menjadikan kita kehilangan integriti di dalam penulisan. Solusinya? Ikuti perkongsian ringkas ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/30/20213 minutes, 8 seconds
Episode Artwork

Salah Laku Pelajar: Selesaikan Atau Sebarkan?

Salah laku pelajar, jika kita jumpa, kita selesaikan atau sebarkan? Isu ini timbul semasa saya melawat sebuah sekolah di Vantaa Finland bila mana saya ajukan soalan mengenai SOP sekolah mengendalikan masalah disiplin murid.  Guru berkenaan memberikan jawapan yang membuka mata saya untuk melihat betapa reaksi simple yang ‘memang sepatutnya begitu’ itu mempunyai kesan besar kepada kebaikan dan keburukan hidup, bukan sahaja di sekolah, malah bagi masyarakat seluruhnya.  Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam sendiri berpesan jika terlihat kemungkaran, langkah itu bukannya 'mencegah' ia, tetapi MENGUBAHNYA. Ertinya, reaksi kita mestilah mempunyai kualiti yang boleh mengubah, menukar keburukan dan kesalahan menjadi kebaikan. Justeru jangan sewenang-wenangnya memberi alasan mahu mencegah kemungkaran atau membela kebenaran, semasa melakukan pembulian siber dan menyerang sesiapa. Apatah lagi jika subjeknya adalah anak murid kita sendiri. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/6/20216 minutes, 19 seconds
Episode Artwork

Jangan Bunuh Pertanyaan Itu

Pertanyaan jangan mudah diketepikan. Ia hendaklah disantuni. Kegagalan menyantuni pertanyaan, menggunakan hujah 'agama' untuk menutup mulut orang yang bertanya mencari jawapan, adalah perbuatan membunuh soalan. Perbuatan membunuh soalan akan memberanakkan lebih banyak soalan. Ia boleh mengheret manusia kepada kebinasaan. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
3/4/202110 minutes, 4 seconds
Episode Artwork

Al-Quran Menyegarkan Jiwa dan Akal Fikiran

Selepas Perhimpunan Musim Sejuk 2020 akhir Disember lalu, saya diajukan beberapa soalan tambahan pasca tamat program. Berikut adalah soalan-soalan berkenaan, yang saya kongsi reaksi di dalam vlog kali ini: Salam ustaz, what lessons can we derive from Ibrahim PBUH in the way he asked his existential questions? Will everyone always arrive at his conclusions? Apa makna Qur'an mudah difahami, sedangkan untuk benar-benar memahami Qur'an kita perlu ilmu yang tinggi dengan pengetahuan sirah Assalamualaikum. Selepas surah Al Alaq, adakah Rasulullah kekal tidak boleh membaca / menulis sehingga kewafatan Baginda?jika benar, apakah hikmah di sebaliknya? Ustaz, apakah cadangan bahan bacaan untuk memahami tafsiran Quran? Salam ustaz, bagaimana nak kuasai Al Quran dan Sains secari serentak? Salam ustaz, apa nama buku yg kupaskan bahasa Quran yg ustaz cakap tadi? Menarik buku tu. Terima kasih. Salam ustaz, are there any questions that we should avoid asking ourselves in light of finding the right path? Semoga bermanfaat. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/24/20211 hour, 17 minutes, 7 seconds
Episode Artwork

Ke Mana Hilangnya Cinta Kepada Membaca

Diskusi bersama saudara Muhammad Nasrullah mewakili Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir - MP3M, membincangkan tentang budaya membaca masyarakat kita dan bagaimana mahasiswa serta mahasisiwi menggarapnya. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/24/20211 hour, 18 minutes, 59 seconds
Episode Artwork

English, Ustaz! English!

Di dalam travelog Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu saya kongsikan sedikit pengalaman saya berbahasa Inggeris semasa mula bertugas di Ireland Utara. Sudahlah baru berhijrah dari ‘Dunia Arab’ ke ‘Dunia Inggeris’, dicabar lagi pula dengan loghat Ireland Utara yang ya Allah Tuhan sahajalah yang tahu.  Tetapi bahasa adalah bahasa, alat komunikasi. Ia bukan ukuran intelek atau kelebihan dan kekurangan seseorang. Bahasa juga tiada jalan lain untuk memperbaikinya kecuali dengan menggunakannya. Berani tidak sempurna, berani silap, dan berani membetulkan apa yang kurang. Tetapi ia memerlukan persekitaran yang baik. Jika kita dikelilingi individu yang suka mentertawakan orang yang salah dan silap dalam berbahasa, keadaan menjadi sukar. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/24/20215 minutes, 44 seconds
Episode Artwork

Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat: Boleh Pilih Ke?

Ilmu dunia dan ilmu akhirat tidak pernah berpisah. Dua-dua datang daripada Allah. Dunia adalah jambatan akhirat. Kita berjalan dan bukan terbang menuju akhirat. Justeru jambatan itulah cara kita sampai kepada destinasinya. Tiada akhirat tanpa dunia yang diatur mengikut aturannya sebagaimana yang Penciptanya tentukan. Akibat pemisahan ilmu dunia vs ilmu akhirat, kita menjadi reductionist. Melihat sesuatu secara sempit hingga menyangka sama ada dunia boleh berdiri tanpa akhirat, atau pun menyangka akhirat boleh dituju dengan meminggirkan dunia. Sekular kerana menolak 'agama'. Sekular kerana menolak 'sains'. Syariatullah dan sunnatullah yang kedua-duanya daripada Allah. #ertiberagamayanghilang --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
2/24/20219 minutes, 10 seconds
Episode Artwork

Sejarah Pemerintahan Umar bin al-Khattab ra (Episod 2)

Episod 2 pengkisahan sejarah pemerintahan khalifah kedua umat Islam, Umar bin al-Khattab r.a. berdasarkan kitab al-Khulafa' al-Rashidun: Bayna al-Istikhlaf wa al-Istisyhad oleh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi. Rakaman tahun 2013. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/25/202151 minutes, 16 seconds
Episode Artwork

Sejarah Pemerintahan Umar bin al-Khattab ra (Episod 1)

Episod 1 pengkisahan sejarah pemerintahan khalifah kedua umat Islam, Umar bin al-Khattab r.a. berdasarkan kitab al-Khulafa' al-Rashidun: Bayna al-Istikhlaf wa al-Istisyhad oleh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi. Rakaman tahun 2013. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/24/202159 minutes, 59 seconds
Episode Artwork

Co-Rumination: Anak Remaja Berduet Menuju Kemurungan

Keadaan ini diburukkan lagi dengan penggunaan media sosial tanpa had. Ibu bapa kepada anak remaja, kuatkanlah semangat dan carilah kekuataan untuk menguruskan anak tatkala mereka terjebak dalam situasi sebegini. Nasihat kita mungkin dianggap musuh kerana mengganggu persahabatan mereka, walaupun mereka sedang saling menuju ke lembah masalah. Berhati-hatilah dalam memberi kebenaran kepada penggunaan telefon pintar dan media sosial. Ia mungkin keputusan yang paling anda kesali di kemudian hari. Semoga Allah melimpahkan petunjuk dan kekuatan untuk kita mendidik anak-anak remaja di akhir zaman ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/11/20219 minutes, 37 seconds
Episode Artwork

2021: Kita Sudah Amat Jauh Jarak Masa Dengan Rasulullah SAW

Apabila Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar radiallahu 'anhuma: ayuh kita melawat Ummu Aiman.  Bila mana mereka berdua menziarahinya dan memaklumkan berita sedih itu, Ummu Aiman menangis.  Abu Bakar dan Umar berkata kepadanya: apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam?  Ummu Aiman menjawab kepada mereka berdua: sesungguhnya aku demi Allah maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu adalah lebih baik untuk Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam, dan aku bukan menangis kerana itu.  Akan tetapi aku menangis kerana (dengan pemergian baginda) wahyu dari langit sesungguhnya telah terputus buat selama-lamanya.  (Petikan Al-Bidayah wa al-Nihayah 5: 273 - 275) Tidak kiralah apa jua masalah yang kita hadapi, tiada lagi wahyu yang akan hadir menjawab secara langsung. Apa yang ada hanyalah dua bekalan, yang Nabi Muhammad sallallāh 'alayhi wa sallam janjikan bahawa selagi kita berpegang dengannya, kita tidak akan tersesat.  Kitab Allah (Al-Quran), dan  Sunnah Nabi sallallāh 'alayhi wa sallam.  Sesibuk mana pun kita, peruntukkanlah masa dan usaha untuk berdamping dengan al-Quran, dan sunnah baginda, mempelajari, berusaha memahami, dan konsisten mengamalkannya. Moga ia menjadi agenda penghias tahun 2021 kita, walau apa jua ujian yang sedang dan bakal melanda. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
1/4/202110 minutes, 14 seconds
Episode Artwork

Solat Tak Boleh Rukuk dan Sujud: Kisah Cabaran Amalan Agama di Negeri Asing

Tinggal di negara ‘asing’ yang Muslim adalah kaum minoriti, memberi cabaran unik yang mungkin kurang difahami oleh mereka yang tidak mengamalkannya. Berkaitan dengan solat, bagaimanakah ia boleh dilaksanakan oleh kita, dan anak-anak kita, dalam suasana asing seperti ini? Jom kita bersembang mengenainya, bersama kenangan bersolat Jumaat di London bersama al-Marhum Dr Abdul Aziz Hanafi, seputar firman Allah: فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ "Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.." (Al-Taghabun, Ayat 16) --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/25/202011 minutes, 26 seconds
Episode Artwork

Ubah Bahasa Mengajar Untuk Ubah Hasil Belajar

Ulasan Buku Teacher & Child oleh Dr Haim Ginott: ACCEPTANCE AND ACKNOWLEDGMENT Teachers are told that children need understanding and acceptance. What they are not told is how to convey it under difficult classroom conditions. Communicating acceptance and understanding is a complex art with a unique language. Here are some guidelines: In communicating with children there is a crucial difference between critical and uncritical messages. In making demands on children an uncritical message invites cooperation, a critical one engenders resistance. Examples: A child interrupts his teacher. TEACHER A: I Would like to finish my statement. TEACHER B: You are very rude. You are interrupting. Two boys are conversing while homework is being assigned. TEACHER A: I am assigning homework now. It needs to be written down. TEACHER B: Don't you have anything better to do than to talk? Why don't you start writing this down? Scene: Monday morning. Class is in disorder. Children walk around, talking noisily. TEACHER A: I Would like to begin. TEACHER B: Stop the noise. Sit down. All of you. The weekend is over. This is not a discotheque. A boy answers a teacher's questions without raising his hand or waiting his turn. TEACHER A: I Would like to hear answers from many children. TEACHER B: Who gave you permission to talk? You are not the only one in the class. Stop monopolizing the discussion. It's rude and unfair. Do we want to be Teacher A or Teacher B? Which one our students deserve? --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
12/10/20206 minutes, 58 seconds
Episode Artwork

Tip Keibubapaan Mendepani Anak Remaja Yang Ingin Membun** Diri

Saya memilih untuk tidak berkongsi pandangan dalam bentuk penulisan kerana tidak mahu ia dipetik secara salah di luar konteks. Selepas dihubungi beberapa pihak yang meminta saya mengemukakan pandangan mengenai ‘confession’ seorang ibu di halaman IIUM Confession mengenai masalah anaknya yang suic****, saya kongsikan pandangan saya melalui video ini.  Pada minit ke 18:52 saya ingin menyebut bahawa tindakan membun** diri adalah ‘permanent reaction kepada temporary *problem, dan bukannya temporary solution seperti yang saya sebut. Maaf atas kesilapan pertuturan.  Artikel asal ibu berkenaan boleh dibaca di https://iiumc.com/945am11262020/ Ia bukan pandangan professional. Saya hanya seorang bapa, dan guru, berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan serba sedikit ilmu pengetahuan yang ada. Jika anda, atau insan tersayang dikenal pasti berada di dalam risiko dan memerlukan bantuan, segera dapatkan bantuan daripada pihak profesional.  Antaranya adalah befrienders.org.my di talian 03-76272929 [24 hours] atau emel [email protected] --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/29/202020 minutes, 24 seconds
Episode Artwork

Abah Bukan Menyibuk

Assalamualaikum dan hello sahabat semua. Apabila saya tanya anak soalan-soalan selepas pulang dari sekolah, saya bukan menyibuk. Sembang itu bagus. Tetapi sembang dengan beberapa strategi berasaskan sains pembelajaran akan memaksimumkan manfaatnya. Apabila saya tanya anak kawan-kawan hari ini makan apa, siapa yang hadir siapa yang tidak hadir, saya sedang cuba menanam soalan-soalan yang mendorong anak lebih peka dengan persekitarannya, selepas terkesan dengan toksik skrin (telefon bimbit) yang menyempitkan fokus hingga tidak peduli apa yang berlaku di kelilingnya. Ikuti perkongsian kali ini, terima kasih. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/26/20207 minutes, 6 seconds
Episode Artwork

Gagak, Dua Anak Adam dan Iktibarnya

Sains memberitahu kita bahawa gagak adalah burung yang sangat bijak. Pintar dalam 'problem solving' dan cermat memerhati sekelilingnya. Allah telah menghadirkan gagak untuk 'mengajar' anak Adam alayhi al-salam yang telah membunuh adik beradiknya sendiri, bagaimana jenazah tersebut patut diurus.  Nabi sallallāh 'alayhi wa sallam berpesan agar kita mengikut teladan anak Adam yang baik itu, terutamanya di zaman fitnah.  Jemput mendengar perkongsian ini, untuk beberapa peringatan, moga ia bermanfaat buat kita bersama, hamba-hamba-Nya yang mukmin. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/10/202028 minutes, 58 seconds
Episode Artwork

Socratic Method: Hidup Yang Tidak Diuji Tidak Bererti

Hidup yang tidak diuji, tidak bererti. Itu kata Socrates. Menyingkap makna di sebalik ujian, memandu kita mengenal hikmah. Allah SWT menyebut di dalam al-Quran: ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ Dia lah yang telah menjadikan mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67: 2) Hidup ujian. Mati pun ujian. Bukan sekadar cakap kosong. Tetapi sesuatu yang memerlukan upaya menyingkapnya. Jika datang kesusahan, apa yang Allah mahu kita belajar? Jika duji dengan kesenangan, apa ertinya itu semua? Untuk membolehkan kehidupan dihadapi dengan akal fikiran yang sihat lagi cergas menyingkap makna, Socratic Method mengundang beberapa persoalan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran. Ikuti perbincangan mengenainya di dalam vlog kali ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
11/6/202010 minutes, 40 seconds
Episode Artwork

Between Parent and Teenager by Dr Haim Ginott: Preface

Chit chat on the preface written by Dr. Haim G Ginott in his book "Between Parent and Teenager".  Here is what he said:  A day comes in any parent's life when there is a sudden realization: "My child is a child no longer." This is a unique moment of elation and fear. There is joy in seeing our seed—a sapling. There is also apprehension: No longer can we protect him from all winds. No longer can we stand between him and the world, to shield him from life's dangers. From now on he must face unavoidable challenges unaccompanied by us.   There is also conflict. As parents, our need is to be needed; as teenagers, their need is not to need us. This conflict is real; we experience it daily as we help those we love to become independent of us.   This can be our finest hour. To let go when we want to hold on requires utmost generosity and love. Only parents are capable of such painful greatness. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/6/20206 minutes, 18 seconds
Episode Artwork

Andai Lelah Mendidik Anak Remaja (Between Parent & Teenager oleh Dr Haim Ginott)

Membaca Chapter 2 buku Between Parent and Teenager oleh Dr. Haim G Ginott: Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan semasa berinteraksi dengan anak-anak remaja: Accept his restlessness and discontent. Don’t try to be too understanding. Differentiate between acceptance and approval. Don’t emulate his language or conduct. Don’t collect thorns. Don’t step on corns. Bersambung selepas ini, Insya-Allah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/6/20201 hour, 11 minutes, 49 seconds
Episode Artwork

Anak Umur 6 Tahun Belum Boleh Membaca?

Antara soalan paling kerap diajukan kepada saya adalah kekhuatiran ibu bapa apabila anak belum boleh membaca sedangkan masa semakin hampir untuk memulakan persekolahan formal di Tahun 1. Apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kegusaran tersebut dan bagaimanakah anak boleh dibantu? Jom berkongsi pandangan melalui diskusi ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
9/6/20207 minutes, 52 seconds
Episode Artwork

Sistem Pendidikan Finland: 5 Manfaat Dan 5 Limitasi

Walaupun anak bersekolah di sekolah terbaik, ibu bapa tetap perlu aktif terbabit dalam keibubapaan. Sekolah bukan pengganti. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
8/5/202012 minutes, 12 seconds
Episode Artwork

Khullah: Antara Cinta Ibrahim Kepada Allah dan Anaknya Ismail

Kisah Ibrahim dan Ibadah Korban menginsafkan kita tentang keutamaan hidup ini. Mengungkapkan kesaksian bahawa “AKU BERIMAN DENGAN ALLAH” malah “AKU MENCINTAI ALLAH” bukan kesaksian sebarangan.  Andai Allah keutamaan tertinggi hidup ini, apakah ada yang lebih penting daripada apa yang Allah pentingkan? Apakah ada kerunsingan pada memikirkan perkara yang tiada dalam kepentingan-Nya?  Iman membuahkan cinta.  Cinta membentuk nilai dan keutamaan.  Keutamaan menentukan pengorbanan.  Dalam sebuah hidup bernama PERJUANGAN.  Salam Aidiladha!  Hasrizal Naas, IE. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
8/1/20207 minutes, 36 seconds
Episode Artwork

Maklum Balas Fynn Jamal Dan Saranan Budaya Ilmu

Pertanyaan saya mendapat maklum balas daripada Fynn Jamal.  Isu ini bukanlah perihal siapa betul siapa salah dan mahu berpihak kepada yang mana. Ia adalah ujian ke atas kita sebagai umat Islam yang agamanya dibina di atas asas ilmu. Kekeliruan yang terjadi adalah sistemik. Kesan kegagalan memahami macam mana ilmu dalam agama berfungsi, bagaimana sesuatu hukum diputuskan dan bagaimana ia disampaikan kepada masyarakat. Umat Islam tidak rugi jika ramai yang patah hati hendak berdakwah lalu mengundurkan diri. Dakwah hari ini menjadi musuh kepada proses belajar. Belum cukup belajar, tidak sabar-sabar hendak berdakwah.  Akibatnya musibah.  Al-Imam al-Bukhari di dalam hal Ilmu, memperuntukkan satu bab khusus bertajuk باب العلم قبل القول والعمل iaitu BAB ILMU SEBELUM BERBICARA DAN BERAMAL. Sesiapa yang suka hendak berdakwah, mesti mampu mencari di mana bab itu di dalam karya al-Bukhari dan mampu membaca apa yang diriwayatkan serta dibincangkan di situ. Instagram, Facebook dan Twitter menggoda kita untuk berkata-kata semasa belajar baru sedikit. Belum sembuh kejahilan dan kebodohan diri, sudah tidak sabar mahu memandaikan orang lain.  Anak muda yang mengaji agama juga habis sahaja belajar, malah ada yang belum habis belajar, sudah menjebakkan diri di dalam dunia dakwah, menjadi tokoh muda, menjadi 'influencer' dan 'content creator' semasa baru berilmu tetapi belum sempat berbijaksana. Jika ingin berpahala, gunakanlah jalan kerja-kerja kebajikan kerana membantu golongan yang memerlukan jarang sekali salah. Ia bermanfaat, dan impaknya besar kepada yang dibantu.  Jangan cari pahala melalui aktiviti berdakwah secara bercakap, berceramah dan menulis kerana sangat banyak dosa, fitnah, dan kehancuran, andai dakwah itu mengatasi bekalan ilmu. Gunakan hadith 'sampaikan daripadaku walaupun satu ayat' untuk suami berdakwah kepada isteri, isteri kepada suami, ibu bapa kepada anak-anak, dan mungkin serba sedikit sesama kenalan ketika minum teh bersama. Haramkan diri daripada berbekalkan hadith itu untuk berdakwah kepada masyarakat. Tiada siapa yang rugi andai pendakwah berhenti berdakwah demi menambah ilmu. Ramai yang rugi apabila penuntut ilmu berhenti menuntut ilmu kerana tergesa-gesa hendak berdakwah. Jangan jadikan viraliti satu bentuk sembahan moden. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
7/3/20201 hour, 1 minute, 26 seconds
Episode Artwork

Debat Fynn Jamal Dan Caprice: Sebaiknya...

Podcast ini adalah ulasan ringkas merujuk kisah perdebatan antara Fynn Jamal dan Caprice mengenai jenayah kes rogol.  Banyak nasihat yang Fynn Jamal kongsikan itu bagus dan perlu diberi perhatian bagi penambahbaikan diri kita semua.  Bahagian yang perlu diperbaiki ialah korelasi antara gagal mengamalkannya secara sempurna, dengan terjadinya jenayah rogol. Ia dibelenggu pelbagai falasi dalam berbahas. Ada slippery slope, post hoc ergo propter hoc, hasty generalisation hingga berputar-putar menjadi circular argument. Kecacatan proses mantiq dalam mengulas hukum.  Saya sendiri, walaupun berkelulusan bidang Syariah untuk sarjana muda, saya tidak fikir saya ahli untuk berbicara mengenai aplikasi hukum jenayah rogol itu sendiri. Namun, ilmu yang serba sedikit pernah dipelajari cukuplah untuk menyuluh saya di mana daerah yang saya tahu dan mana yang saya kena belajar lagi. Panduan di media sosial ialah: yang arif bukan yang viral. Yang arif adalah yang ahli. Cari ahli berkenaan, bukan rujuk sesiapa yang viral, termasuk saya sendiri. Sebab itu vlog berkenaan bukan bermaksud mengupas hal hukum hakam Fiqh Islam. Ia hanya tazkirah untuk kita menjauhkan diri daripada menzalimi agama kita sendiri tanpa sedar dek kegagalan kita bergerak hanya di bawah sinar lampu yang terbatas semasa dunia pengetahuan kita masih malam. Kegelapan malam akan dicerahkan oleh matahari. Tetapi kegelapan akal fikiran kita hanya boleh disingkap setapak demi setapak dengan ilmu. Bahagian yang masih gelap, jangan redah tanpa cahaya.  Netizens juga perlu mengekang lidah daripada mengumpat dan memburukkan sesama kita. Hakikatnya kita semua masih jahil dan perlu sibukkan diri dengan ilmu, bukan dengan isu. Ilmu itu cahaya. Isu hanya membuang masa. Amal kebajikan sentiasa berguna. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
7/3/20207 minutes, 30 seconds
Episode Artwork

Kesediaan Mendengar: Pra Syarat Mendapat Petunjuk Allah

Kesediaan mendengar dan kemahiran mengenainya boleh menjadi pembuka jalan untuk seorang yang berada di luar daerah kepercayaan masuk ke daerah iman. Tanpanya pula, ia boleh menyebabkan seseorang itu walaupun sudah beriman, meraba-raba di dalam kegelapan kerana enggan mendengar lalu terhalang daripada mendapat petunjuk Allah. Siapakah yang dapat menunjuk jalan orang yang terhalang daripada mendapat petunjuk-Nya?  Sebab itu hal ini amat penting.  Di dalam surah al-Zumar ayat 18, Allah SWT menyebut:   الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ - 39:18  "Iaitu mereka yang berusaha mendengar perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah golongan Ulu al-Albab." Perhatian perlu diberikan kepada konotasi perkataan يستمعون yang digunakan oleh Allah. Terjemahan menyebutnya sebagai mendengar. Namun ia bukan dengar sebarang dengar. Jika di dalam bahasa Inggeris pun ada perbezaan antara hear dan listen, di dalam bahasa Arab, apabila kata akar سمع dikembangkan menggunakan acuan (wazan) يفتعل hingga menjadi يستمع atau يستمعون maka makna asal telah berkembang menjadi dua konotasi baharu, iaitu: 1. Al-Musyarakah: Iaitu saling mendengar, berkongsi dengar, saya dengar pendapat awak, awak dengar pendapat saya.  2. Al-Muthāwa'ah: iaitu keserasian; yakni mendengar dengan hati yang terbuka, benar-benar untuk memahami, dan bukannya sambil mendengar, fikiran sibuk mencari hujah untuk membidas, atau membiarkan 'pre-conceived idea' mengenai sesuatu atau seseorang menyebabkan kita bias semasa mendengar.  Hanya dengan memenuhi ciri-ciri ini semasa mendengar, kita terbuka jalan untuk mendapat petunjuk daripada Allah. Mereka ini jugalah yang disebut sebagai Ulu al-Albab. Ulu bermaksud yang memiliki. Manakala al-Albab (الألباب) itu adalah kata jamak kepada Lubb (لبّ) yang bermaksud isi atau intipati. Ulu al-Albab adalah orang yang dapat isi, bukannya sekadar kulit (face value), atau orang yang 'get the point'. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/27/202010 minutes, 54 seconds
Episode Artwork

Kasih Tanpa Syarat: Keeratan Emosi Antara Ibu Bapa dan Anak Asas Keluarga

Hanya ibu bapa yang mampu menyayangi seorang anak tanpa syarat. Menyayanginya semasa anak itu comel, dan kanak-kanak, patuh dan taat. Menyayanginya semasa anak itu sudah bukan lagi kanak-kanak dan ketika membuat kesilapan dan kesalahan. Ketika dunia menghukum si anak yang memusnahkannya, atau memuji si anak dengan pujian yang menyesatkannya, ibu bapa dengan cinta tanpa syarat itu, boleh terus meneruskan menjadikan rumah, sebagai jalan pulang.  Orang yang bercinta suka disuruh.  Jika anak-anak meyakini yang ibu bapa sayangkan mereka, ketika itu mereka lebih bersedia untuk mendengar, disuruh, malah didisiplinkan. Namun, amat sukar untuk mengekalkan keeratan emosi antara ibu bapa dan anak-anak terutamanya semasa ibu bapa semakin menghukum, dan anak semakin remaja lagi memberontak.  Tidak rugi bersusah payah untuk mendidik anak-anak.  Susah dan payah, sebab kita bukan mahu melakukannya mengikut amarah dan cara sendiri, tetapi mahu melakukannya dengan cara yang betul, yang kita belajar daripada para anbiya' dan orang yang baik-baik, daripada Syariatullah, dan Sunnatullah.  Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.  --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/12/202018 minutes, 30 seconds
Episode Artwork

Sinergi: Menukar Cara Pandang Terhadap Perbezaan

Sedikit tazkirah berdasarkan Surah al-Hujurat ayat 13, rakaman 15 Oktober 2011 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/5/20203 minutes, 57 seconds
Episode Artwork

Pemikiran Sejarah Dalam Kehidupan Seharian

5 teras yang membentuk pemikiran sejarah, rakaman 8 November 2013 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/5/20209 minutes, 35 seconds
Episode Artwork

Percaya dan Berjaya: Inspirasi Maal Hijrah

Bersiaran bersama Abby Fana (Habsah Omar) dan Mazidul Akmal di MHI sempena Maal Hijrah memperkatakan tentang PERCAYA UNTUK BERJAYA --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/5/20208 minutes, 44 seconds
Episode Artwork

Berkatalah Yang Benar Walaupun Pahit

Ulasan buku Representations of the Intellectual oleh Edward Said. Dirakam pada tahun 2011 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
6/5/20205 minutes, 54 seconds
Episode Artwork

Membebaskan Diri Daripada Taklukan Faktor Luaran

Petikan Siri Motivasi Pagi Radio IKIM, 2010. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/30/20208 minutes, 29 seconds
Episode Artwork

Kematian dan Kehidupan Adalah Ujian

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20201 minute, 41 seconds
Episode Artwork

Dunia Perlu Mencontohi Sistem Kesihatan Awam Malaysia

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20201 minute, 43 seconds
Episode Artwork

Kenapa Finland Buka Semula Sekolah Ketika Jangkitan dan Kematian Masih Tinggi?

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20205 minutes, 50 seconds
Episode Artwork

Tidak Malukah Berjumpa Kaunselor Keluarga?

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20202 minutes, 2 seconds
Episode Artwork

Menguruskan Diri dan Anak-anak Sendirian di Finland, Bagaimana Melakukannya?

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20204 minutes, 47 seconds
Episode Artwork

Pelbagai Fatwa Pelbagai Amalan Mengenai Puasa di Finland, Bagaimana?

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20201 minute, 11 seconds
Episode Artwork

Kenapa Tukar Jadual Solat Dan Puasa Sekarang?

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20203 minutes, 29 seconds
Episode Artwork

Puasa di Oulu Finland 22 Jam?

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20204 minutes, 4 seconds
Episode Artwork

Kuasa Transformasi Pendidikan di Tangan Guru

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20201 minute, 38 seconds
Episode Artwork

Penerimaan Anak-anak Terhadap Sistem Pendidikan di Finland

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20201 minute, 32 seconds
Episode Artwork

Kenapa Berhijrah ke Finland?

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20204 minutes, 57 seconds
Episode Artwork

Rindukan Kampung Halaman | Aidilfitri 1441H

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20201 minute, 21 seconds
Episode Artwork

Khutbah Raya Spontan Dengan Anak-anak Remaja di Oulu Finland

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20203 minutes, 13 seconds
Episode Artwork

Pengalaman Beraya di Oulu Finland: Norma Baharu

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/28/20202 minutes, 42 seconds
Episode Artwork

Catatan di Bumi Khilafah (1996)

Lagu Catatan di Bumi Khilafah, petikan album Dunia Ini oleh Usrah al-Firdaus, Jordan. Diterbitkan di Amman pada tahun 1996. Lagu, lirik dan nyanyian oleh Hasrizal Abdul Jamil --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/24/20205 minutes, 34 seconds
Episode Artwork

Syukur dan Kufur Dalam Nikmat Rumahtangga dan Keluarga

Salah satu daripada sumber kekecewaan adalah apabila kita salah membuat perbandingan. Jika ingin membuat perbandingan, maka bandingkanlah diri sendiri semasa dengan sebelumnya, keadaan keluarga semasa dengan sebelumnya. Jika bertanding, bertanding dengan diri sendiri.  Pertandingan yang disebut oleh Allah:  “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorkannya.” (al-Shams 91: 7-10)  Elakkan membandingkan keluarga kita dengan keluarga orang lain. Suami kita dengan suami orang lain. Isteri kita dengan isteri orang lain. Tambah-tambah, anak kita dengan anak orang lain. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/21/20208 minutes, 24 seconds
Episode Artwork

Bagaimana Jika Perjalanan Kehidupan Anak Kita Tidak Selurus Lebuhraya?

Perlukah kehidupan anak-anak kita berlaku secara linear dari tadika ke sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, kerja, kahwin dan pencen? Mungkinkah kehidupan masih boleh harmoni dan seimbang andai jalan yang dipilih tidak seluruh sebuah lebuhraya? --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/21/20206 minutes, 44 seconds
Episode Artwork

Pulas Telinga, Budak Lebih Cerdik?

Baru-baru ini saya ditanya mengenai kenyataan yang dikemukakan oleh al-Imam al-Zarqani rahimahullah semasa mengulas al-Muwatta' karya al-Imam Malik rahimahullah bahawa "murid yang lazim dipulas telinga lebih baik kefahamannya." Ia merujuk kepada peristiwa Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam menarik cuping telinga Ibn Abbas radiallahu 'anha untuk mengalihkan Ibn Abbas yang berdiri di kiri baginda, agar bergerak ke kanan baginda semasa mereka berdua berqiamullail. Apakah kefahaman yang sejahtera untuk isu ini? Adakah Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam menarik telinga Ibn Abbas itu merupakan perbuatan menghukum, atau menyantuni Ibn Abbas? Wajarkah kita mengambil ini sebagai dalil untuk pulas telinga anak atau anak murid demi memandaikan mereka? Saya cuba ulas sedikit hal ini di dalam vlog ringkas ini, mudah-mudahan ia bermanfaat buat kita semua. Barakallahu fikum. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/17/20207 minutes, 20 seconds
Episode Artwork

Tadabbur Ayat Iqra'

Merenung komponen-komponen penting di dalam ayat Iqra' untuk pendidikan. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/16/202032 minutes, 40 seconds
Episode Artwork

Hati Yang Sejahtera, Berdamai Dengan-Nya

Sebelum al-Quran diwahyukan buat pertama kalinya kepada Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam di bulan Ramadan, Baginda terlebih dahulu meluangkan masa beberapa tahun bertahannuth di gua Hira'. Bertahannuth itu dalam erti kata menjernihkan jiwa untuk berfikir dan merenung, memisahkan diri daripada pengaruh persekitaran dalam menaakul kehidupan sebelum benar-benar bersedia menerima wahyu.  Kejernihan jiwa itu membolehkan Baginda menyingkap makna-makna yang terkandung di dalam wahyu Allah agar lahirnya pedoman, teladan, dan bimbingan daripada baginda kepada umat manusia seluruhnya. Di bulan Ramadan ini, selain fokus kita kepada membaca al-Quran sebanyak mungkin, dapatkanlah ruang untuk bersunyi-sunyian, melapangkan fikiran daripada terlalu dipengaruhi oleh apa yang sistem, kebiasaan, adat, dan budaya kehendaki dalam mempercayai sesuatu. Supaya akhirnya keimanan dan keyakinan kita kepada Allah adalah tulus sebenar-sebenarnya antara kita dan Dia. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/16/202016 minutes, 52 seconds
Episode Artwork

Kepentingan Sejarah Dalam Mengukuhkan Pembinaan Kehidupan Semasa

Audio ini adalah rakaman pengenalan kepada satu program yang diusahakan oleh Moocmeen.com untuk pembelajaran atas talian secara percuma pada tahun 2015. Malangnya usaha berkenaan tidak dapat diteruskan disebabkan oleh pelbagai kekangan. Namun video ini terkandung di dalamnya beberapa saranan yang penting, mengapa sejarah merupakan satu disiplin penting untuk kita 'troubleshoot' pengalaman manusia.  Semoga bermanfaat --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/16/20205 minutes, 43 seconds
Episode Artwork

Mencermati Bahasa Dalam Mengungkapkan Ilmu dan Agama

Apabila Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menyenaraikan bahasa sebagai satu daripada enam kategori ilmu, ia bermaksud menjadikan pendakwah dan kita sebagai umat Islam keseluruhannya, peka terhadap fungsi bahasa dalam mengungkapkan makna, pemikiran dan jati diri. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/16/202037 minutes, 2 seconds
Episode Artwork

Adab di Antara Orang Mengajar dan Belajar Menurut Imam Birgivi

Petikan nasihat Imam Birgivi (m. 1573M) di dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah berkenaan adab murid dengan guru, orang jahil dengan orang alim.  Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batang Hati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang  Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang Bergaul mesra dengan anak murid tidak menjadi sebab untuk anak murid bertindak tidak sopan, bagai kaduk naik junjung, seandainya adab-adab yang menimbulkan rasa kasih sayang dan hormat dipupuk pada kedua-dua arah guru ke murid dan murid ke guru. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/16/20205 minutes, 36 seconds
Episode Artwork

Usaha Islah Akhirnya Perlu Pergi ke Jalan Pendidikan

Di dalam sejarah, ramai tokoh yang berusaha mengislah masyarakat memilih jalan pendidikan. Apabila syirik, bid'ah dan khurafat hendak dibanteras, ia memerlukan kepada penambah baikan bukan hanya pada persekitaran, tetapi perlu mengubah 'dalaman' manusia membabitkan cara berfikir, sistem nilai, kaedah percaya, yang semua ini memerlukan kepada pendekatan sistemik yang teratur. Kita boleh melihat contoh daripada tokoh-tokoh seperti Umar bin Abdul Aziz, demikian juga Muhammad Abduh, Buya HAMKA dan Sayyid Sheikh al-Hadi di tanah air ini.  Pendidikan adalah jalan islah.  Petikan Workshop on Islamic Pedagogy 2016 (WIPE2016) anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/16/20206 minutes, 16 seconds
Episode Artwork

Kebahagiaan Hidup: Menjemput Rahmat Allah ke Dalam Kehidupan

Rahmat adalah premis kebahagiaan. Ia mengeluarkan Ashab al-Kahf daripada kesempitan dunia kepada keluasan gua. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/16/20204 minutes, 40 seconds
Episode Artwork

Bagaimana Kita Melihat Murid Sebagai Bakal Ibu dan Bakal Bapa?

Melihat murid-murid sebagai bakal ibu dan bakal bapa, mengubah idea kita mengenai pendidikan dan akademik. Petikan Kuliah Maghrib 2016 di Surau al-Nur, Bandar Baru Bangi. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/16/20209 minutes, 35 seconds
Episode Artwork

Masih Ada Betul Yang Betul Dan Salah Yang Salah

Audio Book Setia Dengan Kebenaran Bab 23: Masih Ada Betul Yang Betul Dan Salah Yang Salah --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/20204 minutes, 1 second
Episode Artwork

Bagaimana Solat dan Puasa di Kawasan Latitude Tinggi?

Perkongsian mengenai cara mengharmonikan nas dengan konteks mencabar seperti berpuasa di kawasan jauh di utara bumi seperti Oulu, Finland. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/15/202017 minutes, 57 seconds
Episode Artwork

Akhlak Ulama’ Yang Dikenang

Kupasan Kitab al-Khumasiyyat al-Mukhtarah oleh Sheikh Fadhl Hasan Abbas rahimahullah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/14/202013 minutes, 15 seconds
Episode Artwork

Ketidakpastian Yang Disengajakan

Petikan ebook Transformasi Ramadan 2.0 mengenai Lailatul Qadar --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/14/20206 minutes, 8 seconds
Episode Artwork

Hasrizal (Trailer)

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message
5/13/202043 seconds